Tapi bukan semua manusia beruntung. Ada yang menangis tiap malam merintih agar cintanya diterima oleh sang kekasih pujaan. Ada pula yang mengharap agar bumi mampu diputar semula agar dapat memperbaiki kesilapan. Namun cinta itu selalu masih terlalu mahal untuk dimiliki.
Lalu mesti apa? Lelah sudah mencumbu bayang dalam igau saban malam. Jenuh jua menjadi adiwira yang kental jiwa dalam merebut takhta di hatinya. Jerih jua melakon watak selamba seolah tidak terluka. Kosong. Hatinya tak pernah tersentuh walau sedepa tangan direntang memburu bayang.
Oh, lepaskanlah. Tak usah mengemis kasih, kelak dia mengasihimu kerana kasihan. Sungguh tak adil untukmu, dicintai kerana simpati. Izinkan saja cinta itu pergi.
Lepaskanlah....kau takkan rugi kehilangan cintanya. Bahkan dialah yang rugi kerana tak mampu memiliki cinta yang begitu hebat darimu.
Lepaskanlah.
1 comments:
Aku paling Suka ini....TQVM my Dear Zue...sahabat cantikku
Post a Comment