Fuh...ini lagi satu entry yang paling susah aku mau upload. Mungkin sebab di akhir gambar ni ada sesuatu yang bakal menyentuh hati kawan baik aku sendiri,kali? Entahlah...apapun, setelah lebih 10 kali percubaan sejak gambar ni diambil iaitu pada 05 Nov 2011, akhirnya ini sajalah pix yang mampu aku persembahkan.
Sebenarnya ini adalah projek filem pendek abang yang bertemakan pendidikan. Tajuknya How Do I Go To School, khas untuk sekolah rendah. Sk.Kuala terlibat dalam program English Language Teacher Development Program yang dikuasakan oleh British Counsil dengan kerjasama KPM. Mrs. Maria Drysz merupakan mentor untuk daerah Papar. Filem ini bertujuan untuk memperkayakan P&P agar lebih mudah difahami oleh murid.
Jadi, apa kaitannya aku dengan program ni?
Hehe...oleh kerana tiada bajet yang dibekalkan, maka abang tak dapat mau tempah mana-mana jurugambar sedangkan dia kena direct filem tu at the same time. So, terpaksalah aku jadi cameraman yang tak seberapa best dan bodo-bodo alang.
Pada hari terakhir shooting, kami terbengong sekejap sebab tak tahu mana mau cari bus untuk scene budak naik bas. Fikir punya fikir, akhirnya kami terpaksa minta ehsan adik kawan baik aku si Sandy untuk pinjamkan kami mini bus dorang. Syukurlah Sandy mau beri kerjasama. Thanks so much to Sandy...
Mrs. Maris sedang bagi taklimat untuk scene seterusnya |
Panita BI Sk.Kuala, Puan Soumie dan Puan Normahani |
Ready to shoot |
Eh, ni cikgu Kuala juga ka? Macam benggali yang selalu minta utang di rumah aku jak nih... |
This is the mini bus... |
Misi selesai babe! |
Besar maknanya mini bus ni dalam kehidupan remaja aku dulu. Bas ni lah yang selalu tunggu aku depan rumah kalau lagi ada dating sama Susan. Aku masih ingat lagi aku dan Susan berbaring sambil menyanyi dalam bas ni dari Papar sampai ke Ranau. The owner, yang kupanggil arwah papa adalah seorang lelaki yang membawa impak besar dalam hidup aku. Aku kagum pada kesungguhannya dan kecekalannya. Aku suka bila arwah papa tidak pernah mengucilkan aku dari hidup anaknya meski aku terkenal sebagai budak pembawa masalah dari dulu. Setiap kali aku datang ke rumahnya, setiap kali itu jugalah dia yang membukakan pintu dengan senyum manisnya. Pemergian papa satu kejutan buat aku. Aku tak sempat langsung berjumpa dengannya,malah aku tak ingat bila kali terakhir aku jumpa dia sebelum aku menerima berita itu. Al-Fatihah untuk papa... Susan, I love you. K. Ini last pix yang dapat aku entrykan walaupun sudah tidak menurut urutan. Ni pix aku dan Soumie, KP BI SK.Kuala. Well, team Surati, bila mau start buat filem nih? |
2 comments:
De, terharu aku baca ni entry. Itulah sebabnya mini bas tu kami sekeluarga ndak sampai hati mau jual. Eh, mau juga saya tengok tu filem pendek, bole ka tu? Anyway, rindu kamu. Terkilan betul ndak dapat jumpa when you were in kl but will tell you the reason in private ah. Love you more!
Dearest dear. Jangan jual tu bas sebab maknanya begitu besar sekali. Nostalgik betul.
Mau tengok filem pendek tu? K. Nanti kami buat preview kau mesti datang. Harga tiket boleh runding. Hehe...
Pasal KL tu, don't worry. I understand. Love you.
Post a Comment