Monday, November 21, 2011 | By: Luna Biru

Cemerlang & Disiplin

Ini bukan artikel pasal macamana mahu jadi manusia yang cemerlang. Juga bukan pasal macamana mahu mendisiplinkan diri agar menjadi manusia yang cemerlang. Ini adalah artikel pasal isu SKT dan Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) yang jadi idaman mana-mana kakitangan awam di dunia ni.

Korang percaya tak kalau aku cakap, seumur hidup aku jadi cikgu, aku tak pernah sekali pun dapat anugerah cemerlang? Haha...it's been almost 12 years dan aku masih jauh ketinggalan berbanding kawan-kawan aku yang lain, bahkan suami aku dan ahli kelaurga aku sendiri. Sudah tiga buah sekolah aku kerja, seorang guru besar pun tak sudi mahu cemerlangkan aku. Pernah juga sekali tu nama aku dicalonkan untuk menerima APC, tau-tau, pada hari yang dijanjikan, aku dipaksa mengubah namaku untuk digantikan dengan nama orang lain. Tahun depannya pulak, sekali lagi nama aku naik, tapi sekali lagi namaku diubah dan digantikan dengan calon lain. Bezanya, kali ni aku tak tahu langsung.

Kenapa ya?

Semuanya sebab aku ni tiada disiplin. Honest. Bunyinya macam membuka pekung di dada sendiri. Tapi aku harap kisahku ini jadi iktibar pada semua orang. Sesunggunya,walaupun kehadiran kita ke sesuatu tempat itu banyak membawa perubahan positif mahupun kejayaan yang membanggakan, tapi jika tidak diiringi dengan disiplin diri, maka semua itu tidak akan dipandang sama sekali. Disiplin diri adalah nilai utama dalam pembentukan pekerja yang cemerlang. Tak kisahlah macamana teruknya pun kita kerja sampai bermalam di sekolah sekalipun, kalau disiplin kita hancur, maka rosaklah segala penilaian baik pada kita. Sebaliknya, kalau kita menjaga baik disiplin diri, maka walaupun kita macam tunggul mati, maka kita layak dinobatkan untuk menerima APC.

Eh, ini bukan sakastik ok. Ini kenyataan. Dan aku menuliskan entry ini adalah berdasarkan keinsafan aku atas kedaifan aku dalam menjaga perilaku dan disiplin aku yang haru-biru ni. Aku akui memang aku ni teruk orangnya. Memang secara luarnya aku aktif dan menjawat jawatan tinggi tapi secara peribadi,inilah aku. Jadi, aku tak pernah nak question kenapa dan kenapa aku tak pernah terima anugerah ni. Aku terima dengan terbuka. Dan aku belum pula bersedia untuk mengubah diri aku semata-mata untuk rangkul anugerah tu. Terserahlah pada pihak PPK yang bertanggungjawab.

So, kepada rakan-rakan di luar sana, ingatlah disiplin diri itu adalah ciri penting dalam kehidupan. Mau jadi cikgu, mestilah ada disiplin,kan? Kalau tak, macamana mau disiplinkan anak murid.

0 comments:

Post a Comment