|
Anis dan Farah |
29 November 2011. Selasa.
Maka inilah saatnya...
Awal pagi lagi kami sudah tercongok depan rumah transit BPH untuk diambil oleh Cik Nurul,MAMPU, yang baik hati. Terima kasih, Cik Nurul. 'Driver' aku tak sudi mau hantar ke PICC sebab tak tau jalan jadi terpaksa berjanji dengan Cik Nurul untuk sama-sama bertolak ke sana.
|
Tengok tu Cik Ton, saya dah ramping. Silalah cemburu...ngeh. |
Kami sampai di PICC, dewan yang jadi pujaan Anis sejak mula-mula datang KL lagi. Akhirnya, tercapai juga hajat dia sampai diciumnya dinding dewan PICC. Majlis bermula jam 9.00pagi sementara si Qayyim yang ditunggu-tunggu belum datang-datang juga. Waktu first masuk dewan yang besar tu, rasa macam masuk ke anugerah akademi award pulak. Sebenarnya event ni adalah PERSIDANGAN CHIEF INFORMATION OFFICER (CIO) MALAYSIA & MyGOSSCON. Persidangan ni adalah persidangan antarabangsa. Antara agendanya adalah pelancaran kit software opensource terbaru, pameran dan Pertandingan Multimedia Perisian Sumber Terbuka Antarabangsa, pembentangan dan yang paling penting, anugerah Pertandingan Openoffice.org yang kami ikuti hari tu juga akan disampaikan di sini, hari ini.
Majlis ni dirasmikan oleh YBhg. DATO' MOHAMMAD ZABIDI ZAINAL, KETUA PENGARAH MAMPU. Maaf ya, aku tak dapat nak elaboratekan sangat pasal event ni pasal akku tak berapa faham sangat. Kalau nak tau lebih lanjut, bolehlah google di sini dan di
sini atau di laman web rasminya di
MyGosscon.
Kami masuk ke dewan dalam jam 9 pagi. Acara dimulakan dengan ucap tamah dan kemudiannya ucapan perasmian. Akhirnya Qayyim yang ditunggu-tunggu pun sampai. Dia datang dengan papanya, cikgu Asnan yang kebetulan memang bercuti sefamily di sini.
|
Akhirnya, dapat juga kusatukan dorang bertiga balik. Terima kasih JPN Sabah. |
|
Ni pix untuk Naimi dan cikgunya. |
|
Anis pakai trademark Sabah. |
Akhirnya, keputusan pun diumumkan...dan inilah dia keputsannya...
|
Tempat ke 3, Sk.Sri Mahjung, Perak |
|
Naib Johan...kamilah tu... |
|
Johan sekolah rendah, Sk.Linggi, Negeri Sembilan |
Oh, jadi dapat jadi naib johan. Syukurlah sebab kami memang tau kami bukan juara dan kami juga tak target yang kami dapat no 3. Dapat jadi naib johan ni kira oklah juga memandangkan waktu sesi soal jawab hari tu dorang Anis kantoi berbanding Sk.Linggi yang lebih petah bercakap. Qayyim pula macam tak dapat terima dapat jadi naib johan. Sedih pula dia meski pun at the same time dia happy juga sebab dapat pegang replika cek yang besar tu.
1 comments:
Congrats Kak.... I'm proud of yours... Naib johan pun da kira great da...
Post a Comment