Pekan ini selalu menjadi pilihan kesukaanku untuk singgah menikmati dunia laut dipinggir dermaga. Ada nostalgia penuh memorabilia di sini. Aku menggelarnya kota cinta.
Perjalanan ke sini bukanlah sesuatu yang dirancang khusus, seperti kebiasaannya. Ia hanyalah untuk memenuhi permintaan umi yang mahu melawat keluarganya, Kak Ros, yang pernah kuceritakan dalam Cinta, Suatu Penyerahan. Sudah agak lama tidak bertemu dengan Kak Ros sejak November tahun lepas.
Bezanya perjalanan hari ini ialah abang tidak ikut serta dalam jemaah rombongan. Jadi tugas menjadi pemandu terpikul sepenuhnya di bahuku sementara adik aku, si Khairol Oyo dilantik menjadi driver hellper. Jarak Papar-Sipitang mengambil masa kurang dari 2 jam perjalanan sejauh 135km.
Kami sampai di rumah Kak Ros sekitar jam 12.30 p.m. Kami dihidangkan soto ayam yang lazat dan kemudiannya bertolak balik dua jam selepas itu. Hajat di hati mahu menghabiskan petang yang indah itu di Esplanade Sipitang. Tapi oleh kerana sambutan Hari Malaysia peringkat sabah disambut di daerah ini dan tumpuannya sudah tentulah di Esplanade, maka hajat itu hanya tinggal keinginan yang meletihkan.
Akhirnya kami pulang dengan minyak yang bersemu di kulit muka. Kota Cinta ku pun lenyaplah dari pandangan tanpa memberi ruang untuk aku menikmatinya dengan aman. Ini adalah sebuah perjalanan yang tidak meninggalkan apa-apa makna pun. Jauh untuk dinikmati apalagi dikenang sebagai catatan perjalanan yang menyeronokkan. Mungkinkah keseronokan itu hilang kerana abang tidak bersama atau kerana dua jemaah baru yang hadir dalam rombongan ini memberi sedikit ketidakselesaan?
Entahlah...yang pasti aku pulang dengan sakit kepala yang menyengat di ubun-ubun.
Kembangan orkid hasil tangan Kak Ros |
1 comments:
Wow.... Percutian yg menarik...
Post a Comment