|
Anis menjadi refree bola jaring |
Aktiviti selepas UPSR perlu dirancang dan dijalankan dengan baik dan mantap. Ianya amat penting agar murid-murid yang merasakan diri mereka sudah bebas dari azab dan sengsara belajar ini dapat mengisikan masa yang terluang tersebut dengan lebih bijak.
Perlawanan persahabatan merupakan salah satu usaha untuk mengisi ruang-ruang kosong ini. Tahun ini kami mencuba hanya dengan dua buah sekolah. Mungkin tahun depan, jika dirancang dengan lebih telus misalnya, mungkin pihak atasan dapat menganjurkan karnival sukan permainan khas untuk budak-budak ni pula. Yalah...kan sudah penat-penat belajar dari awal tahun, sekarang masanya untuk enjoy...
Waktu kami sampai ke Sk.Kuala, terkejut juga tengok padang yang becak dan berlumpur. Silap-silap langkah, boleh cedera anak orang. Siaplah aku berjawab dengan mak bapak ni. Sungguhpun aku tahu budak-budak ni semua memang lasak, tapi aku tak mahu kalau kecederaan berlaku di tangan aku. Namun akhirnya kami teruskan juga dengan syarat jangan lawan bersungguh-sungguh dan jangan cari menang. Main hanya untuk keluarkan peluh dan untuk sihat. Syukurlah sampai akhir perlawanan, tiada yang cedera kecuali anak Teacher Zue. Itu pun sebab dia masuk ke padang dalam keadaan marah sebab team bola jaring kalah teruk. Konon mau jadi heroin selamatkan keadaan, na...ambelmu Anis...
Apapun, Terima kasih kepada SK.Kuala atas jemputan dan pelaksanaan yang sangat mantap.
(3 acara yang dipertandingkan : Bola jaring, bola baling (lelaki/perempuan) dan futsal lelaki. Perempuan Sk.Surati tarik diri. Trauma konon, pasal akulah tu....huhu)
|
Sebelum mula, kena jadi storage barang berharga budak-budak dulu |
|
Perlawanan bola jaring yang banyak berpihak kepada SK.Kuala. Waktu ni sudah jaring 7-0 |
|
Tak tahan dengan kegagalan SK.Surati, akhirnya Anis letak jawatan jadi refree dan mula beraksi di atas padang pada masa kedua. Kemunculan Anis membawa tuah kerana akhirnya telur yang kosong tadi terus pecah. Keputusan: Sk.Kuala 10 Sk. Surati -3. |
|
Aku tak faham apa-apa benda pasal bola jaring nih. Di sebelah aku, Fiqree yang sudah jatuh teruja dengan Anis yang baginya serba boleh dan sapu habis semua bakat dalam dunia. |
|
Kantoi...setelah discan rupanya cuma terselisih bukan patah. Kecederaan lama berulang kembali. Anis akan kembali berentap untuk pasukan bola baling |
|
Ni pula team Bola baling aku sejak dulu dan sekarang. Terima kasih sebab setia. Aku ingatkan dorang akan lari ke futsal. Aku harap dorang dapat mengulang kembali sejarah kegemilangan kami waktu MSSD hari tu walaupun tanpa latihan. |
|
Oh...memang hebat! Sk. Surati 10 dan Sk. Kuala 5 |
|
Team bola baling yang diketuai Anis. Dari awal lagi aku tahu dorang ni takkan menang. Bukan tak percaya pada kemampuan dorang tapi keadaan padang yang becak menyukarkan pergerakan terutamanya kepada budak-budak ala-ala bandar. |
|
Semangat dan kesungguhan memang patut dipuji. Tapi aku tersilap mengatur strategi. Sepatutnya Anis menjadi wing dan Everlyn jadi stricker. Shireen pula lebih kepada pengeliru lawan. |
|
Akhirnya Surati tewas 3-5 |
|
Team futsal yang berlawan tanpa kehadiran aku. Aku terpaksa berkejar ke sekolah untuk ambil makanan. |
|
Kalau Fiqree kagumkan Anis, maka dia juga patut kagum dengan Qayyim. Budak sorang memang sangat talented dan smart. |
|
SK.Surati berjaya tewaskan Sk.Kuala dengan jaringan 3-2. |
Acara pun selesai pada jam 11.50 pagi. Aku sampai balik ke Sk.Kuala waktu team futsal sudah habis beraksi. Dari luar pagar lagi dorang jerit-jerit bagitau aku berita gembira tu. Sayang aku terlepas saat kejayaan itu hanya kerana kakak kantin tu lupa buat order tapau aku. Jadi aku terpaksa menunggu lama sebab waktu aku sampai baru dia start nak kaut-kaut nasi. Chesss....
Oleh kerana lori PGA yang percuma itu berjanji untuk mengambil kami pada jam 1.30, maka itu bermakna kami mempunyai 1 jam 30 minit masa luang yang tak tahu nak buat apa. Inilah aktivitinya bila sudah kehabisan idea untuk membunuh masa.
Terima kasih kepada Encik Roniun yang baik hati.
Seronok jadi cikgu weh....
p/s : petang ni ada janji temu penting.
0 comments:
Post a Comment