Wednesday, September 12, 2012 | By: Luna Biru

I spit on Your Grave

http://bloody-disgusting.com/news/3188651/the-writer-of-i-spit-on-your-grave-2-is/
Dalam usaha mencari filem percuma "The Jennifer's Body" lakonan Megan Fox di jaringan maya, terjumpa pula filem I Spit on Your Grave lakonan Sarah Butler. 

Masih berkisar kisah nyata, filem ini adalah reboot dari filem yang sama pada tahun 1978. 

Ia adalah kisah seorang penulis novel yang berisolasi di sebuah pedalaman untuk mendapat idea baru. Malangnya kehadiran kurang disenangi malah mengundang sentimen seksualiti di kalangan penduduk kampung. Jennifer, lakonan Sarah Butler diperkosa setelah didera secara mental dan fizikal. Jennifer nekad melepaskan dirinya dengan terjun ke dalam tasik. Tidak ada penemuan tentang mayatnya hingga si pemerkosa menganggap bahawa kisah itu akan lenyap begitu sahaja. Namun mereka silap kerana Jennifer memang sengaja menunggu saat mereka melupakannya untuk bangkit kembali berjuang menebus maruahnya.

Di sinilah misi membalas dendam bermula...Something that you called Sweet Revenge!

Dendam boleh saja mengubah watak dan personaliti manusia. Dendam juga boleh menjadikan manusia kehilangan laluan dan mula mencipta misi baru dalam hidup. Dendam memberi ruang untuk syaitan dalam diri menjadi raja hingga kita hidup tak bertuan lagi pada akal. 

Oh, kalau aku berada di tempatnya, barangkali aku juga akan melakukan apa yang dilakukannya. Atau aku cuma perlu menangis dan meminta Tuhan membalaskannya untuk aku...


0 comments:

Post a Comment