Monday, September 24, 2012 | By: Luna Biru

Coklat oh coklat


Sudah beratus biji coklat aku buat, sekalipun tak pernah sempat untuk dirakam. Cuma ini saja yang ada untuk dijadikan pencuci mata. Hajat di hati mahu meninggalkan saja bidang baru ini kerana konsekuensinya sama saja macam yang dulu-dulu. 

Tapi mungkin aku perlu perbaharui niatku; azamku; tekadku.

Sampai bila aku mahu harus hidup dalam impian? Sering aku menjadikan walau sekecil hama alasan untuk mematahkan semangat perjuangan. Peluang terlalu banyak tapi kekuatan cuma sedikit. Sokongan moral berbaris di belakang tapi aku perlukan lebih dari sekadar penyorak.

Kalau berkat yang diperlukan, maka berkatilah aku wahai manusia-manusia mithali. 


0 comments:

Post a Comment