Monday, September 10, 2012 | By: Luna Biru

Kisah murid aku II

Muridku hilang.

Melilau mencari sampai ke tengah malam dengan bantuan beberapa orang murid yang lain. Semua berasal dari masalah keluarga. Dan cintaku yang begitu banyak ini telah membuatkan aku mampu menyibukkan diri untuk ikut-ikut mencari dia...

Sampai ke sudah kami gagal menemukan dia.

Entah ke manalah kau, wahai muridku? Sudah 2 malam kau hilang, entah kau makan apa, di rumah siapa? Tidur beralaskan apa dan sejuk dibalut apa? Kalau penyakit asmamu menyerang ganas, mahu ke mana kau minta bantuan?

Esok kau akan mengikuti peperiksaan UPSR, muridku...Mudah-mudahan kau masih ingat janji kita. Janji untuk berjuang memecah tradisi kegagalan untuk menjadi manusia cemerlang. Sedarkah kau muridku? Kau punya potensi untuk semaju apapun yang kau mahu tapi sayang mahu itu selalu lemah melawan nafsu remajamu.

Akankah kau datang mengota janji?

Ya Allah...kirimkanlah salam sayangku padanya di lewat tengah malam ini. Bisikkanlah ke telinganya bahawa besok, ada masa depan menantinya di muka pintu. Sentuhlah hati kerasnya agar mahu berlembut melawan serakah marah dan egoisme. Buatlah dia mengerti tentang apa saja yang ingin kau buat dia mengerti.

Datanglah muridku...

Amin...

0 comments:

Post a Comment