Thursday, September 20, 2012 | By: Luna Biru

Saya amat mencintaimu

"Kita selalu cakap kosong dengan orang yang kita sayang. Bukankah itu kebahagiaan?"


Itu adalah petikan dialog dari filem SAM, Saya Amat Mencintaimu. Filem ini sudah ditayangkan di pawagam sejak awal Syawal lepas. Aku terlepas menontonnya sebab permintaan aku untuk menonton filem sehabis beraya open-house ditolak mentah-mentah oleh ahli jemaah sebab tak sanggup nak berbaju kebaya dan selangor ke pawagam. Haha...

Baru malam ini hasrat untuk menontonnya tercapai. 

Tertarik dengan genre psiko thriller, filem arahan sulung Syafiq Yusuf ini nyata memberi impak kepelbagaian dalam perasaan. Syafiq mungkin sedar bahawa filemnya membawa unsur yang agak berat lalu dia cuba meringankannya dengan unsur jenaka. Kisah bermula apabila Lisa, lakonan Lisa Surihani yang menjadi kekasih Sam, Shahiezy Sam menjadi rebutan ramai jejaka di lingkungan kerja mereka. Percintaan mereka menjadi bualan dan mengundang cemburu dari ramai pihak. 


Kemuncak cerita bermula apabila Haiqal, the workmate, bersikap ekstremis terhadap Lisa lantaran cintanya yang ditolak hingga mengancam keselamatan Lisa. Haiqal kemudiannya dibuang kerja. Semenjak kejadian itu, insiden demi insiden berlaku hingga akhirnya Lisa diculik. Saat inilah episod permainan Cat and Mouse bermain peran. 

Kalau kau fikir ini adalah angkara Haiqal atau mana-mana workmates yang lain, kau silap. Ini adalah cerita tentang duo personality di mana tikus sebenarnya hanya mengejar bayang-bayangnya sendiri. Kucing hanya berperan mengikat loceng di ekor si tikus hingga tikus pun tersesat mencari musuhnya. 

Secara peribadinya, aku cukup mengkagumi Syafiq kerana keberaniannya untuk memecah tembok hala selera peminat kaki wayang. Filem bergenre psiko keluaran Malaysia sebelum ini gagal menyengat sukma bukan kerana minda kita gagal menyelaminya tetapi kerana garapan yang diberi tidak sampai ke tahap yang sepatutnya. SAM cuba menampilkan kelainan dengan menyuntik elemen jenaka cinta di permulaan cerita sebelum ia membawa kita ke suatu dunia yang mendebarkan. 

Namun suatu hal yang agak menganggu ialah bila pembinaan karakter tidak disempurnakan dengan lebih murni terutamanya watak Haiqal. Kegilaan Haiqal pada Lisa seharusnya tidak hanya tertumpu kepada waktu pejabat saja. Oleh kerana Haiqal adalah kambinghitam dalam filem ini, maka karakter itu seharusnya dikuatkan dengan lebih dramatik lagi. Pengarah cuba mengalihtumpuan penonton dengan mencarca-marbakan watak Haiqal dalam bentuk fizikal seperti pakaian, riak muka dan tingkahlaku. 10 minit pertama adalah babak yang agak membosankan dan klise. Sedikit ketara bahawa pengarah seperti dipengaruhi oleh beberapa filem lain dan cuba menggabungkan idea-idea tersebut. Pengarah baru mampu menjadi diri sendiri pada pertengahan cerita iaitu saat cerita sudah berada di kemuncak yang ingin disampaikannya dengan sebenar-benarnya. 

Kepada yang belum menonton, I recommend you to watch this movie. This is a good movie. Kalau beginilah hasil dari seorang manusia yang baru pertama kali mengarah, maka suka aku nak katakan:
SHAME ON YOU LAH AHMAD IDHAM. 

Kepada yang ingin menonton, bolehlah terus ke sini. 


p/s : I like Syamsul Yusuf. Seksi ooo...hehe

0 comments:

Post a Comment