Beginilah gamatnya sambutan Pertandingan mewarna dan melukis poster sempena Bulan Kemerdekaan Peringkat Daerah Papar anjuran YB Rosnah Shirlin.
Majlis dimulakan dengan bacaan ikrar dan laungan kemerdekaan sekaligus perasmian yang disempurnakan oleh YB sendiri. Aku tak sempat lalui masa penting itu sebab sibuk membahagi-bahagikan masa dengan acara raya di sekolah. Aku berbaju lawa sungguh hari ini sebab ingatkan majlis poster ni hanya mengambil masa 3 jam. Tahu-tahunya majlis dimulakan lambat dan masa pulangnya pula serentak dengan masa pulang sekolah. Cesss...kalau kutahu aku pakai baju cincai-cincai saja supaya taklah kotor baju mahal aku ni kena poster kaler budak.
Apapun, tahniah kepada YB Rosnah atas penganjuran ini. Murid-muridku gagal mendapat sebarang tempat dan memamg layak jugalah dorang kalah. Tapi bak kata Hadie, lepas ni dia akan terus berusaha utnuk memperbaiki mutu posternya dan dia takkan jera walaupun dia akan kalah lagi. Abe pula cakap, lepas ni dia akan belajar lukis muka PM pula sebab kalau lukis muka PM kompom boleh menang walaupun hasilnya tak ikut lunas-lunas konsep poster. Nampaknya lepas ni murid tadika pun kena belajar lukis muka PM kalau nak menang pertandingan poster. Haha...sarkastik.
0 comments:
Post a Comment