Thursday, September 27, 2012 | By: Luna Biru

Karnival PPDa Daerah Papar


27 September 2012 berlangsunglah acara Karnival PPDa bertempat di Sk.Nyaris-Nyaris, Bongawan. Acara ini merupakan acara tahunan dan tentunya menjadi acara yang paling ditunggu-tunggu. Objektif utama karnival ini adalah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai bahaya penyalahgunaan dadah. Namun agak malang apabila pengisian karnival ini hanya lebih menumpukan kepada pertandingan melukis poster dan deklamasi puisi sahaja. Seharusnya pihak yang bertanggungjawab terhadap bahaya najis dadah seperti AADK, PUSPEN dan pihak berkuasa terlibat sama dalam menjayakan program ini. Satu-satunya penganjuran PPDa yang sangat berprestij yang pernah aku hadiri ialah di sekolah aku sendiri, iaitu Sk.Surati. Tiba-tiba rasa kagum pula pada pasukan kerja PPDa di sekolah aku yang diterujui oleh Teacher Noy. 


Aku bertugas sebagai guru pengiring sekaligus jurulatih (ceh...sedap bunyinya) kepada dua murid aku yang menyertai pertandingan melukis poster. Kesempitan ruang dan masa menyebabkan aku kurang dapat memberikan tumpuan kepada kedua peserta ini hingga masa latihan terpaksa ditunda-tunda. Tapi syukurlah keduanya mendapat tempat sebagai naib johan bagi kedua-dua kategori yang dipertandingkan. 

Aku pernah bersuara agak lantang yang telah menyinggung hati beberapa pihak dalam Apakah poster itu? Ajarilah aku guru PSV.  Kepada yang berkecil hati aku dengan rendah hatinya meminta maaf. Namun aku tetap berpegang pada stand aku yang stand itu pula bersandar kepada fakta-fakta yang betul. Ok. Itu aku tak mahu ulas lagi. Apa yang penting ialah, keputusan juri bagi pertandingan kali ini agak berbeza dari keputusan sebelumnya. Bukan kerana murid aku yang menang ok! Menang atau kalah memang adat pertandingan. Apa yang penting ialah keadilan dan ketelusan kita dalam membuat penilaian. Mungkin ada setengah pihak ini adalah perkara enteng yang pemenangnya boleh dipilih hanya menggunakan hakim mata. Tapi alangkah malang dan tidak adilnya kepada para pelajar yang telah bertungkus-lumus menyiapkan hasilan tetapi akhirnya hasil kerja mereka tidak dinilai dengan ketelusan dari seorang yang berilmu PSV lebih sedikit dari orang lain. 

Kepada mereka yang menganjurkan pertandingan poster, adalah dinasihatkan agar anda dapat menyediakan garis panduan khusus sebelum pertandingan dijalankan. Ini penting agar guru mahupun pelajar tahu mengenai kriteria yang perlu ada dan yang tidak perlu ada dalam hasilan mereka. Pihak pengajur juga perlu menyediakan borang rujukan kriteria kepada pihak hakim untuk memudahkan pihak hakim memberikan markah. Janganlah terlalu bersandar kepada pengalaman hakim semata-mata untuk membuat penilaian. 

Aku berpuas hati dengan pemilihan kali ini kerana ia sangat menjelaskan konsep poster seperti yang termaktub dalam rang undang-undang poster. Perlu diingatkan bahawa poster adalah salah satu media untuk menyebarkan maklumat. Penggunaan topografi dan ilustrasi yang bersesuaian amat penting agar mesej yang ingin disampaikan dapat diterima dengan baik oleh masyarakat. Jangan salahi konsep ini kerana hasilnya nanti pelajar kita akan menjadi manusia yang buta seni. Hadi, muridku misalnya sudah melalui fasa ini hasil daripada salah konsep yang diterapkan dalam entry Apakah Poster itu? Aku belum sempat lagi menulis tentang itu. Nanti aku explain ok...

Tahniah kepada pasukan hakim yang bijaksana. 

Sekitar pertandingan poster...

Kategori Sekolah Rendah
Mengintai....buat apa tu Mak Jemah?
Tahap 1 sudah mahir gunakan poster colour, Tahniah...
That is Audrey...datang jauh dari Sk.Kaiduan. Cikgunya cakap, dia terpaksa lalu 3 buah sungai untuk
sampai ke sekolahnya. Payahnya hidup di luar bandarkan? 
Ni murid aku, Farhani Shamran tahap 1. Sampai duduk di lantai dia cuba menyudahkan karyanya. 
That's Ade Az Zaarif, anak buah aku yang kali kedua mengikuti pertandingan poster. Mudah-mudahan mewarisi kehebatan abang-abangnya. 
Wah...sampai begitu hebat sekalli persediaan murid sorang ni...
Yang ni pun murid aku, Khairiah, tahap 2. Tahun lepas dia ikut tapi tak menang so aku bagi dia peluang untuk tebus balik tahun ni. Nasib dia tak siakan peluang yang aku berikan kerana aku sanggup korbankan keinginan Abe yang teringin sangat ikut pertandingan ni. 

Kategori Sekolah Menengah


Bila masuk bilik Sekolah Menengah, terus pahit air liur aku. Terkesima tengok hasilan pelajar-pelajar yang sememangnya berbakat dan well trained dari cikgu-cikgu. Inilah yang aku maksudkan ketelusan dalam penilaian yang tidak boleh dipandang remeh. 

Apapun, hati agak kalut sedikit bila mendapati masih ramai cikgu yang tak alert dengan peraturan-peraturan asas. Samada cikgu PPDa tak deliver info dengan baik atau cikgu yang buat-buat tak dengar atau murid yang memandai-mandai, aku tak pasti. Dua kesalahan teruk yang aku dapati sepanjang hari ini ialah, masih ramai murid yang menggunakan unsur negatif dalam menghasilkan poster PPDa. Perkara ini sudah berkali-kali diingatkan. Keduanya, pertindihan topografi. Mungkin ada antara pelajar yang dihantar hanya untuk memenuhi undangan hingga cikgu sendiri tak sempat nak latih di sekolah. Oh come on- lah cikgu...kesian murid. Malu tau bila salah konsep....akhirnya kesilapan itu akan terkena balik juga pada batang hidung kita sendiri.

Ok. Jom layan pula pix untuk sekolah menengah.


Aizat a.k.a Ejat dari SMK Majakir. Dia ni abang si Ade Az Zaarif tadi tu. Memang sangat berbakat. Aku pujilah kesungguhan budak ni. Tahniah pada cikgu dan ibunya.



Serentak dengan acara poster dijalankan, pertandingan deklamasi puisi sekolah menengah dan rendah juga turut dijalankan di dewan. Aku cuma dapat dengar saja dari bilik poster. Malangnya murid aku tidak dapat menyertai pertandingan ini atas sebab-sebab yang sebenarnya masih boleh dielakkan. Tapi memang mungkin bukan rezeki dia. Aku rasa bersalah sangat sebab tahun lepas aku ada hutang dia untuk ikut pertandingan yang sama. Aku janji betul dia akan ikut pertandingan tu tahun ni. Kelmarin, sewaktu friendly match bola baling pun dia tak dapat ikut untuk memberi ruang padanya berlatih. Dia ni lah boleh diibaratkan yang dikendong berciciran, yang dikejar bertempiaran. Sampai saat aku menaip entry ni pun aku masih rasa bersalah. Aku rasa macam dia sudah tak percayakan aku lagi...huhu...(Gambar ehsan azmiladis.blogspot.com)


Walaupun lobang hidungmu besar....hehe
Sumandak Kotobian Tadau Kaamatan
Budak ni memang hebat. Dari atas pun boleh terasa keikhlasannya. Watch link here

Sebelum keputusan diumumkan, suka aku nak berkongsi dengan korang semua tentang benda di bawah ni....

Ha...lama sudah tak nampak benda keramat satu ni. Kira barangan berharga sudah ni papan tulis warna hijau dan kapur putih yang kita buat kapur kasut waktu ada sport check dulu-dulu. Haha...rupanya masih ada di dunia ni selain dari di kedai snooker,kan? 

Jadi aku pun tak mahu lepaskan peluang yang sangat langka ini....


Ok. Pasal sudah terlalu panjang maka aku bahagikan dua entry ini. Stay tune untuk mengetahui keputusan penuh....love. 


0 comments:

Post a Comment