Thursday, September 27, 2012 | By: Luna Biru

S - M - C ku...

Sayangku,
Kalau suatu hari kutegur salahmu
bukanlah bermakna aku mencari kelemahanmu
melainkan kerana aku ingin kau menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Manjaku,
Kalau suatu hari aku meninggikan suara padamu
bukanlah bermakna bahawa aku derhaka padamu
melainkan kerana aku sudah jenuh memendam suara itu dibalik lakumu

Cintaku,
Kalau suatu hari aku tidak menyapamu
bukanlah bermakna aku sudah mati untukmu
melainkan kerana aku ingin memberimu waktu
agar kita mampu bermuhasabah dan menggali dewasa ke rantai usia.

Sayangku, Manjaku, Cintaku,
kau nyawaku
nadi jiwaku.

0 comments:

Post a Comment