Petang dua hari lepas aku menerima jemputan ke majlis rumah terbuka dari seorang murid tahun 6, BFF Anis, Nisha namanya.
Mulanya malas nak pergi sebab dia ni anak PGA. Satu, kuaters PGA ni jauh di Kinarut; keduanya sebab nak masuk ke kuaters tu perlu pula lalui kawalan keselamatan yang agak ketat. Pelawat terpaksa parking agak jauh dari gate, lepas tu lapor diri dan tinggalkan IC untuk digantikan dengan pas pelawat. Waktu pulang pun macam tu juga.
Tapi kerana mengingatkan minggu lepas seorang murid tahun 4 aku yang mengadakan majlis harijadinya di kelas tak mahu menjemput aku atas alasan dia tak suka aku, maka aku rasa baiklah aku penuhi jemputan dari orang yang suka aku, kan? Orang dan berbudi, kita berbahasalah. Orang memberi, kita merasa.
Apapun, terima kasih buat keluarga Nisha yang sediakan banyak makanan yang sedap-sedap. Terima kasih sebab kenyangkan perut teacher yang sememangnya tengah lapar gila tu...
Semoga kamu semua lulus UPSR dengan cemerlang. Amin....
0 comments:
Post a Comment