Seorang sahabatku, seorang perempuan, seorang isteri seperti aku, mengadu padaku soal kemelut rumahtangganya. Suaminya, yang juga merupakan sahabatku, datang jua padaku dan mengadukan hal yang sama; dalam rentak dan versi yang berbeza. Namun sungguh aku tahu, ada lagu yang sama dalam alunan kisah mereka. Keduanya masih berharap agar mendung segera berlalu dan hujan cinta kembali membasahi hidup mereka.
Aku bukanlah perunding perkahwinan yang baik. Rumahtanggaku sendiri kucar-kacir tak menentu. Lalu aku mengambil keputusan untuk tidak menyebelah mana-mana pihak. Pada si suami, aku lebih bersikap sebagai pendengar. Kutelan setiap kata-katanya dan kubalas hanya dengan anggukan kepala dan senyuman simpati tanda aku memahami situasinya. Pada sang isteri, dengan segala rendah hatinya, kuberikan dia sepotong doa yang kukirim lewat email. Doa ini pernah kuamal ketika perkahwinanku menghadapi kemelut yang sama seperti mereka beberapa tahun dahulu. Aku adalah seorang wanita tradisional yang tetap percaya pada kehebatan kuasa sebuah doa. Apalagi kalau doa itu kita lafazkan dengan niat yang penuh ikhlas dan tawadhu yang yang mendalam.
Malangnya, sahabatku itu menolak mentah-mentah doaku. Sungguh indah bahasamu, katanya. Tapi sayang, suamiku tidaklah sebegitu layak untuk kurintihkan seperti itu. Alasan itu menyentap hatiku. Lama aku termangu membaca mesejnya lewat telefon selular. Lalu akhirnya aku membalasnya dengan kata-kata yang pernah seseorang lafazkan pada aku tidak lama dahulu.
“Simpanlah dulu doa itu di tempat yang paling sembunyi, yang takkan dapat kau lihat melainkan kau cari. Tapi ingatlah di mana kau sembunyikannya supaya suatu hari, bila kau memerlukannya, kau akan tahu di mana harus mencarinya,”
Aku tak tahu apakah nasib sepotong doaku itu di tangannya.
Dalam keghairahanku cuba menyelamatkan rumahtangganya, aku terlupa sesuatu. Aku terlupa kandungan doa itu adalah bersifat rayuan dan rintihan seorang isteri yang sudah penat berjuang mempertahankan mahligai perkahwinannya. Aku terlupa bahawa rintihan itu adalah lahir dari sebuah rasa yang dipanggil kepasrahan. Kepasrahan itu pula lahir setelah segala kemarahan dan dendam lebur dalam derai airmata dan batas waktu. Kepasrahan adalah satu penyerahan. Penyerahan mutlak zahir dan bathin kepada yang Maha Kuasa yang bersandar pada tiang tawakkal yang paling tinggi. Nilai itu tidak dapat dikongsi. Setiap manusia perlu melalui fasa itu sendiri untuk sampai ke tahap itu. Manakan mungkin sahabatku yang kusayangi itu, mampu mencapainya kalau di hatinya masih tersumat rasa marah dan dendam pada suaminya? Suatu hari, ya, aku berharap benar suatu hari nanti, dia akan bertemu dengan nilai kepasrahan itu. Dan aku Cuma mampu berharap agar waktu itu, dia masih menyimpan sepotong doaku…
Inginku kongsi secebis kisahku, semoga memberi manfaat untuk direnungi bersama.
Kisah kemelut perkahwinanku ketika pertama kali untuk seumur hidupku ku kenal erti pasrah. Saat pertama kali aku mengerti bahawa aku bukanlah sekuat yang kusangka. Saat pertama kali juga aku mengenal tauhidku dalam sujud Istikharah. Saat itu jugalah aku yakin, betapa hebatnya kuasa sebuah doa. Saat itulah semua untuk pertama kalinya.
Mencari Jawapan : Kemana hilangnya cinta?
Tanpa menyebutkan sebabnya, maka, aku jugalah perempuan itu, seperti perempuan-perempuan yang lain, yang gagal mempertahankan kebahagiaan dalam mahligaiku. Perkahwinan yang kami bina atas dasar cinta itu hampir-hampir tidak mampu diselamatkan lagi. Setiap hari segalanya jadi semakin nanar. Pertengkaran demi pertengkaran sudah berbalik mengganti lumur cinta dalam hubungan kami. Kami punya sejumlah alasan untuk bertengkar; dari sekecil-kecil silap bahkan sebesar-besar salah. Pertengkaran itu kemudiannya menjadi satu perkelahian yang besar yang diringi caci maki yang tak berpandu bahkan hujan yang tak berasas. Rasa muak, jemu dan bosan menjadi raja menguasai hati kami. Lalu ku cari dunia baruku di luar sana. Tenggelam dengan kesibukan sebagai juru itu dan juru ini hingga bertaraf kebangsaan. Aku gah di mata orang, sedang rumahtanggaku sendiri bagai telur dihujung tanduk. Hampir jua aku tersungkur dalam arus masa, namun jernih kolam di mata anak-anak kecilku menyedarkan aku, bahawa mereka sebenarnyalah yang lebih menderita.
Namun masih jua sekadar keinsafan itu tidak memberi sebarang makna.
Hati, adalah segumpal daging yang tak pernah mahu puas. Sentiasa mahu meminta dan mendesak. Syaitan pun menyelit antara qulbi yang lemah dan jauh dari Tuhan. Lalu kami sama-sama tewas dalam emosi yang tak terkendalikan. Berputar-putar bahtera kami tanpa arah dan kompas. Tangisan pun tak mampu meredakan kegusaran hati. Berkali-kali kutanya diriku setiap hari; diakah lelaki itu? Lelaki yang pernah menyentuh hatiku di kolej dulu? Yang Berjaya menawan hatiku dari sederetan jejaka yang menginginkanku? Diakah lelaki yang sama yang kuserahkan perawan kasihku? Yang telah kukorbankan seluruh jiwa dan raga semata-mata kerana menyintainya? Inikah harga yang terpaksa kubayar kerana menyintainya? Kenapa tidak kurasa lagi degup cintanya dalam aliran nafasku? Kemana hilangnya cinta? Mustahil ia hilang begitu saja. Bekubur mati tanpa nisan?
Ya, ke mana hilangnya cinta setelah kita melalui satu fasa perkahwinan? Kenapa segalanya terasa hambar? Semua orang pernah melaluinya. Ada yang kandas dan ada yang Berjaya melaluinya. Mungkin akulah antara mereka yang kandas itu.
Ke mana hilangnya cinta?
Soalan itu bermain lagi dan terus menyeksa aku.
Akhirnya aku mengambil keputusan untuk mencari jawapan itu sendiri. Padanya, aku pamit mengatakan ada urusan mendesak di luar kota yang memerlukan keahlianku. Pada umi dan abah, kutitipkan empat anak kecilku. Kulihat kilatan jernih di kolam mata abah saat melepaskan aku pergi.
“ Kau tidak perlu kemana-mana untuk mencari jawapan itu, Rin,” kata abah perlahan. Aku tahu dia cuba untuk menahanku pergi. “ Allah telah menyediakan jalan pada setiap hambaNya kerana kasihNya yang begitu tinggi. Dia memberikan kita Istikharah untuk meminta petunjuk serta tahajjud dan Hajjat untuk meminta. Dia juga menyediakan kita hati quran yang terbentuk dengan rahsia tujuh mubin dalam Yassin. Semua itu adalah janji yang tidak pernah Dia mungkiri. Kau hanya perlu duduk berteleku di hadapan sejadah dan membuat penyerahan diri. Tapi kalau perjalananmu ini bakal membawa satu pengalaman baru dalam hidupmu, kau teruskanlah. Insya Allah…semoga kau tidak tersesat di jalan yang terang,”
Ya. Semoga aku tak tersesat di jalan yang terang. Semoga jua aku tidak termasuk dalam golongan yang sesat.
Doa dan restu dari abah dan umi mengiringi langkahku menembusi batu-batu kerikil beratus-ratus kilometer jauhnya hanya untuk mencari sebuah jawapan.
Sebenarnya, aku sendiri tidak tahu mahu ke mana. Aku hanya mengikut haluan gerak hatiku. Dan gerak hatiku menyuruh aku ke satu daerah kecil yang indah, untuk bertemu dengan seorang sepupuku yang ku gelar Kak Ros.
Aku sampai ke daerah itu saat senja hampir menjenguk. Lalu kesempatan itu kuambil untuk menikmati senja yang indah itu di tepi dermaga sebelum bergerak ke rumahnya. Pekan ini agak unik bagiku kerana lokasinya yang agak strategik berhampiran dengan laut sering mengundang perantau untuk singgah bermalam. Laut dan langitnya biru lazuardi. Ombaknya yang putih salju sentiasa cuba memecahkan dermaga. Angin pantai yang sejuk dalam cuaca petang yang sempurna begini terasa begitu melalaikan. Gerai-gerai makan menjual sate dan kuih-muih berderet di sepanjang dermaga. Para penjual berebut-rebut mengambil hati pelanggan yang tak pernah putus. Di hujung gerai pula ada taman permainan yang penuh dengan hilai tawa kanak-kanak. Semua itu menjadikan pekan ini begitu indah dan unik sekali. Aku sudah lama ingin berhijrah di pekan ini. Kalaulah bukan kerana aku terlalu awal melangkah waadat, sudah tentulah daerah ini menjadi pilihanku untuk berkhidmat. Ah…penyesalan lagi. Sampai bila kita akan berhenti menyesali keadaan?
Ketika matahari sudah terbenam, aku mula berangkat menuju ke rumah sepupuku itu. Sudah tentulah dia terperanjat melihat kehadiranku yang tidak disangka-sangka itu. Namun mereka sekeluarga tetap menerimaku dengan ramah.
Malam itu, setelah semua isi rumah sudah hanyut dibuai mimpi, aku mendatangi Kak Ros yang sedang sibuk menyiapkan bahan jajaannya. Mereka sekeluarga menampung hidup dengan cara menjaja soto dan rojak di gerai hadapan rumah. Sedikit cerita yang dapat kukongsi tentang Kak Ros ialah, dia merupakan idolaku sejak dari kecil lagi. Dia adalah seorang wanita yang kupanggil raja pada segala kelembutan. Wajahnya ikhlas dan sentiasa bersahabat. Senyumannya simpatik dan datang dari hatinya yang begitu luhur. Bicaranya lembut dan penuh susila. Menatap wajahnya sahaja sudah cukup mendamaikan hati. Dia adalah contoh seorang wanita mithali yang rela mengorbankan dirinya untuk keluarganya. Ketika mudanya dia adalah seorang jururawat, yang kemudiannya berhenti kerja kerana desakan tanggungjawab, dan tentu saja kerana permintaan suaminya sendiri. Perkahwinannya yang menjangkau hampir suku abad itu telah dikurniakan enam cahaya mata. Anaknya yang tua saja sudah seumur aku.
Aku selalu berfikir bahawa dia adalah contoh wanita isi syurga. Tapi alangkah terperanjatnya bila suatu hari aku menerima berita tentang penceraian mereka. Alasannya, si suami sudah punya calon lain. Kalau wanita seperti dia pun, hati suaminya berpaling, apakan lagi perempuan seperti aku?
Tapi sebenarnya bukan itu yang membuat hatiku tergerak untuk ke sini. Aku ke sini kerana setahun selepas penceraian mereka, akhirnya kini mereka sudah kembali menyatu. Hatiku mendesak ingin tahu, sebesar apa alasan Kak Ros mahu menerima dan memaafkan suaminya semula setelah hatinya ditoreh-toreh dengan siri kecurangan demi kecurangan? Pastilah dia mempunyai alasan yang cukup kuat untuk itu.
“ Ia adalah satu keputusan yang paling sukar untuk dibuat, Rin,” luah Kak Ros dalam menung yang panjang. Matanya menakung kolam air yang jernih, menitis ke pipinya.
“ Menerimanya kembali dalam hidupku setelah apa yang berlaku adalah sesuatu yang aku sendiri tidak mengerti. Mulanya kufikir kerana anak-anak. Tapi kerana semuanya pun sudah besar dan pandai berdikari, aku tahu, alasannya sebenarnya lebih dari itu…,”dia berhenti menyeka airmatanya, lalu menyambung lagi. “ Lama selepas dia melamarku kembali baru aku menerimanya semula. Itupun setelah aku mendapat petunjuk dari Allah lewat solat istikharah,”
Istikharah lagi…keluhku dalam hati. Bukankah itu juga usul abah sebelum aku ke sini?
“ Hakikatnya, aku juga masih menyintainya. Dan aku juga tahu dia juga sangat menyintai aku. Tapi sesuatu itu terjadi mengikut kehendakNya untuk menguji sejauh mana cintamu. Dan ujian itu pula harus dilalui oleh setiap pasangan untuk mengukur kukuh atau lemahnya cintamu. Kami sama-sama gagal melaluinya,”
“Kami?” Tanya ku kehairanan. “Maksudnya, kakak pun gagal juga? Bukankah kesilapan itu bermula dari dia?”
Kak Ros tesenyum mendengar pertanyaanku. “Kepayahan hidup kadang-kadang buat kau lupa pada intipati kehendak perkahwinan itu. Kita terlalu tertekan dengan tanggungjawab hingga menyisihkan sisi-sisi romantik yang seharusnya dikongsi dalam perkahwinan. Aku juga bukanlah wanita sempurna. Jauh dari isteri yang penuh penyerahan,”
Rasanya aku mengerti apa maksudnya. Tapi sungguh aku tak dapat menerimanya.
Perlahan dia memegang bahuku, “Pertama sekali yang kau harus lakukan ialah menerima kenyataan bahawa kita bukanlah seorang yang sempurna. Dengan membuka diri pada kenyataan itu, membuat kita lebih terbuka menerima kelemahan orang lain. Kau takkan dapat jawapan yang kau cari selagi kau tidak membuka mata hatimu untuk melihat dirimu sendiri,”
Berpusu-pusu kalimah berebut keluar dari mulutku untuk menjawab hujah itu. Tetapi segalanya terhenti ketika tiba-tiba suami Kak Ros, Abang Syuib datang dan memeluk isterinya dari belakang. Kak Ros terkejut menerima pelukan suaminya dan menoleh, cuba mencari mata suaminya untuk ditatap. Ketika mata mereka bertemu, satu komunikasi tanpa lisan dapat kufahami lewat renungan mata yang begitu syahdu. Ada kesal yang dihantar melewati satu tafsiran yang sukar untuk kuselami. Hanya mereka sahaja yang memahaminya.
“Maafkan aku,” bisik abang Syuib seraya mengucup pipi isterinya. Air mata mengalir membahasi pipi mereka.
Keadaan itu begitu mengharukan aku.
“Cinta tidak pernah hilang Rin,” ujar abang Syuib dalam esaknya yang tertahan.”Ia hanya terhenti di suatu tempat. Kerana, kadang-kadang kau terlupa untuk membawanya atau terlalu berat untuk memikulnya bersama-sama dengan tanggungjawabmu yang lain. Baliklah semula di jalan mana kau tinggalkan ia, kau akan dapati ia masih ada di sana,”
Kata-kata itu menembus sukamaku.
Dimana cinta terhenti?
Malam itu aku termenung panjang, cuba bermuhasabah diri dan merenung kembali sejauh 7 tahun usia perkahwinan kami. Aku tertanya sendiri, di manakah cintaku terhenti sepanjang perjalanan itu? Atau tercicir kerana kami terlupa membawanya bersama lantaran tanggungjawab yang begitu besar? Manakan tidak, ketika usia perkahwinan baru mencecah 6 tahun, kami sudah dikurnia 4 orang cahaya mata. Terus-terang saja, tanggungjawab itu terasa amat berat sekali, apatah lagi bila ia digalas dalam usia yang begitu muda. Kerakusan kami mengejar karier dan memperkembangkan potensi diri dalam kerjaya juga mungkin menjadikan komitment itu semakin bertambah. Kami sama-sama berlumba untuk menjadi yang terbaik, bersaing untuk melihat siapa yang lebih maju hingga mungkin kami terlupa untuk menyiram cinta kami baik-baik. Lalu ketika aku menang dalam persaingan itu, sengketa antara kami mula menjadi dalang yang memudarkan rasa kasih yang kami pahatkan selama ini. Dia pula mula menyisihkan diri dengan dunianya yang sepi dan langsung tidak aku fahami.

Lalu di mana cinta ku itu terhenti?
Malam itu, aku bermimpi terjatuh dari sebuah gunung beribu-ribu batu jauhnya hingga kakiku patah. Tiba-tiba, di bawah gunung, ada seorang lelaki sedang menungguku. Seseorang yang sangat aku kenali. Seseorang dari masa laluku yang begitu tulus menyintai aku, menyayangi aku apa adanya, yang kemudiannya aku tinggalkan kerana satu salah faham yang kemudiannya sangat aku kesali. Marahku padanya ketika itu mengatasi semua rasa kasihku padanya hingga aku tak mahu menerima permohonan maafnya. Dalam mimpi itu, aku memohon ehsannya untuk membantuku, tapi dia hanya berdiri mematung di situ. Berkali-kali aku merayunya namun dia diam tidak bergerak dan hanya memerhatikan aku.
Rasanya aku mendengar dia bersuara;
“Apa rasanya berjalan tanpa kaki, Rin? Apa rasanya bila kau telah mendaki setinggi gunung, lalu kau jatuh hingga kau tak dapat bangkit dan berjalan kembali? Apa rasanya bila semua harapanmu musnah dan hingga kau tak tahu bagaimana harus hidup kembali?”
Mendengar itu aku menangis. Lalu lelaki itu hilang begitu sahaja ditelan gelap hutan rimba. Aku terus menangis hingga akhirnya aku terjaga dan mendapati airmataku masih di pipi.
Mimpi itu menganggu emosi sedarku. Maha suci Allah…perasaan terluka ini, kehampaan ini, kekecewaanku ini, adakah juga perasaan yang sama dia rasakan ketika kutinggalkan dia mentah-mentah lapan tahun dahulu? Sedemikian terlukanya dia? Jadi, semua ini berlaku, kerana natijah sita laku ku? Suatu pembalasan dalam rentak karma yang telah ditentukanNya? Kerana, rupa-rupanya, di sebalik kegembiraanku menikmati haluan cinta baru, ada insan yang begitu terluka dan tidak merelai kebahagiaanku? Tiba-tiba aku dicengkam rasa bersalah yang begitu menyeksakan.
Entah syaitan apa yang menyusup antara qulbiku, esoknya aku nekad mengharung lautan menuju ke suatu pulau tempat lelaki itu bermastautin. Aku akan berjumpa dengannya dan memohon maaf padanya dan aku akan memintanya merelai kebahagiaanku hari ini. Semoga perjumpaan ini akan menghapuskan semua dendam antara kami.
Namun ketika kakiku berpijak di bumi tempatnya bernafas, hatiku mula diserang gundah yang tak tertahankan. Aku mula ragu. Apa yang aku lakukan di sini? Aku tak sepatutnya berada di sini. Aku tak seharusnya bertemu dengan dia. Bagaimana kalau pertemuan ini mengundang satu kesalahan lagi yang semakin menghancurkan perkahwinanku? Membawa hati yang rapuh begini mungkin saja menjadikan aku terlaknat sebagai isteri yang curang. Bagaimana pula kalau dia tidak meyambutku dengan baik? Bagaimana juga jika dia mentertawakan kekalahanku dan meludah maafku? Tidak, ini satu kesilapan besar.
Akhirnya aku kembali ke daratanku dengan bot yang sama yang membawa ku tadi.
Rasanya, cukuplah aku tahu yang dia masih menyimpan dendam padaku. Akan kusampaikan di angin lalu permohonan maafku, semoga Allah sampaikan ke hujung hatinya, mengetuk mimpinya, sama seperti dia datang menjengukku di alam mimpiku.
Perjalananku teruskan lagi.
Kali ini aku bertukar haluan menuju ke rumah sepupuku dari sebelah abah. Namanya abang Wira. Kukira orangnya pun segah namanya. 18 tahun menduda kerana penceraian, akhirnya dia mengambil keputusan untuk bernikah semula dengan seorang janda beranak 3 kira-kira 3 tahun dahulu. Pernah aku bertanya padanya kenapa mengambil masa yang lama untuk berkahwin semula? Jawabnya kerana hatinya masih lagi sayangkan bekas isterinya. Dia sentiasa mengharapkan agar isterinya mahu kembali padanya walaupun ketika itu bekas isterinya sudah pula bernikah dengan orang lain. Akhirnya dia menyedari bahawa semua harapan itu sia-sia belaka dan lukanya mengambil masa yang lama pula untuk sembuh.
Aku tidak mahu hidup dalam penyesalan seperti dia.
Malam itu, sekali lagi kuajukan soalan yang sama pada abang Wira. Dia tersenyum menatap mataku, menggelengkan kepalanya dengan wajah yang hanya difahami olehnya sendiri.
“Cinta tidak pernah hilang, Rin,” katanya tersenyum “ Ia tetap kekal di situ, Cuma mungkin tertutup oleh sesuatu. Kau tahukah langit tetap biru walaupun awan berarak hitam? Atau walaupun malam mengganti siang? Yang memisahkan antara kita dengan langit adalah awan dan matahari. Kalau awan berlalu, matahari akan menyinar dan kau akan Nampak lagi langitmu yang biru,” ujarnya dalam madah yang tidak aku fahami. Melihat dahiku berkerut, sekali dia tersenyum.
“Maksudku, hatimu ibarat awan, matahari itu ibarat perasaan dan langit itu mewakili cintamu. Kau takkan dapat melihat cinta kalau hatimu masih diselubungi rasa marah dan dendam. Dan kau takkan dapat merasa getar cintamu kalau mataharimu gelap bersama gerhana,” terangnya dengan sabar.
“Kalau kau masih ingin melihat langit, bersihkan dulu hatimu dari gumpalan awan hitam,”
“Bagaimana?”
“Dengan muhasabah diri, dengan zikir, dengan tauhid kepada Allah. Kemarahan itu datangnya dari hati yang gelap. Kegelapan hati itu pula kerana jarangnya memuji-muji kebesaran Allah. Maka syaitan mengambil-alih tempat yang seharusnya iman kita diletakkan,”
Subhanallah…bisikku dalam hati. Lama nian aku tidak membasahi lidah dan hatiku dengan rasa tahmid memuji kebesaran Ilhahi. Aku terlalu ghairah mengejar metiarialis hingga aku lalai dan jauh dariNya. Padahal, aku hidup dan membesar dengan rotan di tangan abah yang bersedia hinggap di punggungku kalau tidak menunaikan kewajipanNya. Sekotor itu sudahkah hatiku sekarang? Hitam oleh tompok-tompok dosa dan duniawi?
“Setiap persoalan ada jawapannya. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya,” sambung abang Wira dengan tenang. "Begitu juga untuk soalanmu, hanya kau sahaja boleh menjawabnya. Aku hanya boleh sekadar membantu memberi pandangan. Aku tak tahu apa masalah rumahtanggamu kerana memang dari tadi kau tidak menceritakannya padaku. Tapi walauapapun, ku nasihati kau, pulanglah. Jangan jadi isteri yang nusyuz, meninggalkan rumah tanpa izin suami, atau dengan izin palsu. Kalau pun benar suamimu bersalah, maafkanlah dia. Kerana kau juga hanyalah insan biasa, seorang isteri yang syurgamu tetap terletak di bawah kakinya, walaubagaimanapun dia. Dan, janganlah kita saling mencari-cari siapa yang benar dan siapa yang salah, kerana ia hanya membawa kepada permasalahan yang lebih panjang pula. Insya Allah, kalau kau redha pada kesalahannya, marahmu akan segera hilang. Terimalah dia sebagai seorang manusia yang punya banyak kelemahan, kerana kita juga tidak pernah sempurna,”
Aku tertunduk mendengar nasihat lembut yang begitu menyusuk hati itu.
Lalu dia menyambung lagi dengan alunan kata-kata yang memburaikan seluruh airmataku;
“Maafkanlah mereka yang telah menyakitimu. Dengan membuka pintu maaf yang setulus-tulusnya pada orang yang menyakitimu, akan menghilangkan seluruh kemarahan dalam dirimu. Jika kamu masih merasa sakit hati padahal dia sudah minta maaf maka itu berarti kamu belum benar-benar memaafkannya. Salah satu ciri kita telah tulus memaafkan orang lain adalah jika kita tidak lagi terbelenggu oleh rasa sakit hati kita karena perbuatan orang lain itu. Memberi maaf itu mampu membuka belenggu2 sakit hati. Mampu menyingkirkan kebencian. Dan memaafkan adalah kekuatan yang sanggup menghancurkan rasa mementingkan diri sendiri! Ketika kita memberi maaf, itu tidak berarti kita lebih rendah atau kalah. Justru ketika kamu memberi maaf, kmu telah menang dan kedudukanmu lebih terhormat dibandingkan orang yang kamu beri maaf…”
Malam itu aku menangis sepuasnya. Menangisi kekhilafanku, menyesali keegoanku, meludah kesombonganku. Malam itu, sekali lagi aku cuba menyusuri lorong 7 tahun yang telah kami lalui bersama, bermula dari saat hari kami diijabkabulkan. Aku cuba mencerna setiap satu inci peristiwa yang akhirnya mengheret kami pada permasalahan yang menyakitkan ini. Di mana silapnya?
Kalau aku ditanya kenapa kami sering bertengkar, sudah tentulah aku akan jadi panic dan buntu. Benar, sebenar-benarnya, aku sendiri tidak tahu kenapa dan apakah pula punca yang menjadi isu pertengkaran kami. Tapi ku rasa segalanya bermula dari cara pernikahan itu sendiri. Kami bernikah ketika usia yang masih terlalu rebung untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami isteri. Barupun keluar dari kolej, kami sudah buru-buru menikah dengan alasan takut ditempatkan di daerah yang berasingan. Kedua belah keluarga berkeras tidak mahu menikahkan kami, tapi kami sama-sama degil. Waktu itu, tiada lagi lain yang dilihat kecuali rasa cinta yang membuak-buak.
Akhirnya, kedua terpaksa jua akur dengan kehendak kami. Lalu kami bernikah dalam keadaan yang sangat sederhana, bersama linangan dari airmata umi dan ibu. Hari itu juga adalah kali pertama kulihat abah menangis kerana aku.
Malam pernikahan kami abah memanggil aku ke biliknya.
“Kau sekarang sudah bergelar isteri orang. Sama ada kau sedar atau pun tidak, keputusan yang kau ambil ini bakal merubah seluruh kehidupanmu selepas ini. Ini adalah pilihanmu. Dan kau telah memilih dia untuk menjadi imam memimpin solatmu, maka kau tetapkanlah hatimu pada pilihanmu. Dan tunjukkanlah padaku bahawa pilihanmu itu benar,”
Aku bersumpah dalam hati akan membuktikan pada abah bahawa pilihanku itu pasti benar.
Sebagai syarat pada pernikahan kami, abah meletakkan syarat bahawa kami mesti tinggal serumah dengan mereka. Bagi abah, perkahwinan yang dicapai pada usia setahun jagung itu haruslah diiringi dengan kehadiran orang yang lebih tua untuk sama-sama membimbing perjalanan kami. Tapi ku rasa keputusan untuk tinggal bersama merekalah juga akhirnya menjad duri dalam daging dalam kehidupan kami sebagai suami isteri.
Segalanya bagiku terpisah oleh budaya. Meskipun berasal dari tanah yang sama, namun budaya hidup yang kami amalkan agak jauh berbeza. Abah, dengan cara keislamannya yang agak keras mendidik, bertemu dengan cara hidup budaya suamiku yang agak longgar pilar tauhidnya. Sejak kecil, kami diasuh dengan jerit teriak suara abah dengan rotan di tangan kalau kami berani meninggalkan waktu solat. Waktu Subuh, abah akan membunyikan beduk di dinding membangunkan lena kami untuk Subuh bersama. Setiap maghrib dan Isyak adalah wajib masa wajib untuk berjemaah. Abah paling marah kalau dia terpaksa melambatkan solatnya semata-mata menunggu kami yang baru selesai mandi.
Budaya itu bertentangan dengan budaya hidup suamiku.
Dia tidak terbiasa dengan semua itu. Ketika itu, dia masih jugalah seorang remaja biasa yang menghabiskan masa petangnya di gelanggang permainan. Dia juga tidak terbiasa ditunggu untuk menjadi bilal melaungkan azan di setiap maghrib. Dia juga tidak terbiasa dengan beduk di dinding abah. Barangkali dia juga tidak mengerti mengapa dia mesti dipaksa melalui semua itu padahal kami punya peluang untuk membina keluarga baru kami di dunia kami sendiri.
Lalu perlahan-lahan, sesuatu mula meresapi antara kami. Aku yang gopoh bertindak mahu mengambil hati abah kembali dan menunjukkan padanya bahawa pilihanku benar; sementara suamiku itu pula yang masih hidup dalam alam remajanya berkeras juga mahu mempertahankan keremajaannya. Aku tersepit antara cintaku pada abah dan suami yang akhirnya membawa pada perang dingin yang panjang.
Untuk mengelakkan pertengkaran, akhirnya abah mengalah dan tidak lagi membawa kami berjemaah bersama. Suamiku itu pula mengelak dengan cara pulang hingga ke lewat Isyak. Bermula dari itu juga rasa hormatku padanya beransur hilang. Aku malu pada perlakuannya dan aku juga marah pada abah yang tidak bersikap lebih diplomasi. Bersamaan dengan hilangnya rasa hormat itu, aku pun mula kembali menjadi diriku yang lama; kalau dia boleh menikmati remajanya, kenapa tidak aku?
Lalu di situlah permulaan silap untuk semuanya.
Lalu begitulah. Apabila rasa hormat dan kepercayaan hilang dan berganti dengan rasa marah dan dendam, sebuah perkahwinan itu sudah tidak bermakna lagi. Tapi sesungguhnya aku percaya bahawa Allah sangat sayangkan kami. Dia begitu bersungguh-sungguh mengirim mukjizatnya di rahimku setiap kali kami cuba membatalkan akad yang mengikat antara kami selama ini. Bila menerima berita kehamilanku, kami akan segera mengendurkan niat kami, demi bayi yang bakal lahir melihat dunia. Sedar tak sedar, sudah empat kali cerita itu berlangsung sebegitu rupa. Perlukah aku mengharapkan keajaiban itu lagi untuk menghalang niat kali ini?
Akhirnya, petang itu aku kembali semula ke rumahku tanpa sebuah jawapan yang kucari.
Malam itu, ketika berada di sisinya, aku bangun dan menatapnya yang tidur memulas. Betapa aku ingin masuk ke alam mimpinya dan mencari diriku dalam dirinya. Masihkah aku puteri manisnya seperti dulu? Yang nyatanya, aku merasa tidak istimewa lagi dalam hidupnya. Kehangatan cinta itu tidak pernah aku rasai lagi; yang tinggal hanyalah rasa kecewa dan rajuk yang membunuhku berkali-kali setiap hari.
Satu hal yang pasti, aku masih menyayanginya. Tapi, cukupkah sebuah rasa sayang mempertahankan sebuah mahligai yang hampir goyah?
Malam itu aku menangis lagi. Aku ingin kembali pada kehidupanku yang dulu. Aku ingin kembali menjadi puterinya. Aku ingin kembali menjadi istimewa di matanya. Aku ingin dia memelukku lagi dengan kehangatan kasihnya. Aku ingin kembali menyerahkan seluruh rasa cintaku padanya, menyerahkan pengabadianku dengan penuh redha, seperti di malam pertama pernikahan kami. Aku ingin kami ketawa lagi, serasi lagi seperti dulu. Aku sudah penat menghadapi pertengkaran dan pertelingkahan yang tidak pernah habis ini. AKu sudah penat melawan sakit hatiku. Aku harus menghabiskannya di sini. AKu akan membuang semua egoku jauh-jauh. Aku akan kembali berpatah balik ke jalan yang telah aku tinggalkan dulu dan mencari lagi hatiku di sana. Aku akan membawanya pulang dan menyerahkannya kembali padanya, suamiku.
Tapi alangkah sadisnya bila niat itu terhenti keesokan paginya bila kami bertengkar lagi kerana satu hal yang terlalu kecil untuk dimarahkan. Niatku berterbangan di langit hitam. Kali ini, kemarahan itu bagai tidak dapat dikawal lagi. Amuk yang entah datang dari mana menghujam diri kami hingga habis hancurlah semua isi bilik yang kami beli sempena perkahwinan kami. Akhirnya dia pergi begitu sahaja meninggalkan aku.
Lalu di situlah permulaan silap untuk semuanya.
Kita yang tersungkur

Aku menangis semahuku. Rasa kecewa, kesal dan hampa menguras seluruh air mataku. Kali ini, untuk pertama kalinya, aku baru tahu apa rasanya gagal. Tidak, aku bukan gagal, tapi tewas. Aku tewas mempertahankan perkahwinanku, mempertahankan niatku dan mempertahankan kesabaranku. Aku tewas dalam perjuanganku untuk merebut hatinya kembali. Aku tewas dalam peperangan melawan kemarahanku. Aku tewas untuk menjadi seorang isteri yang penuh penyerahan. Aku tewas dalam pencarianku. Alangkah sakitnya ketewasan itu!
“Apa rasanya berjalan tanpa kaki, Rin? Apa rasanya bila kau telah mendaki setinggi gunung, lalu kau jatuh hingga kau tak dapat bangkit dan berjalan kembali? Apa rasanya bila semua harapanmu musnah dan hingga kau tak tahu bagaimana harus hidup kembali?”
Aku tahu kini apa rasanya.
Aku dan ketewasanku
Malam itu dia tidak pulang. Entah dia ke mana seharian itu. Aku mula bimbang. Dia pergi tanpa membawa apa-apa kecuali kemarahannya. Aku khuatir penyakit gastriknya bakal menyerangnya lagi.
Ah, kenapa aku mesti bimbangkannya? Dia tidak pernah peduli pun perasaanku.
Tapi ketika jam sudah menunjukkan ke pukul 10 malam dan dia masih juga belum muncul, aku tidak dapat menipu diriku lagi. Kebimbangan itu semakin mengetuk pintu hatiku. Aku mencarinya di kepekatan malam. Menyusuri di setiap ruang kedai, lorong-lorong dan sudut, namun dia tidak muncul di situ. Aku tidak tahu harus mencarinya di mana lagi.
Akhirnya aku mengalah. Perlahan, ku belokkan keretaku ke jalan masjid. Ada sebuah sungai di hujung masjid pekan tempat kami sekeluarga selalu menghabiskan masa dahulu. Aku berhenti di situ. Duduk di tepi sungai dan bermenung panjang. Mungkin, inilah pengakhiran perjuanganku. Mungkin, hari inilah yang terakhir aku akan bergelar permaisuri hatinya. Mungkin, memang sudah ditakdirkan cinta kami berakhir sebegini rupa. Mungkin. Tapi, sungguh, aku tidak mahu segalanya berakhir begini. Aku menyintainya. Sungguh aku menyintainya. Tidak pernah aku merasakan cinta yang sebegini hebatnya dan tidak mungkin aku akan menyintai lelaki lain lagi selepas dia. Dia suamiku, imamku, pemimpinku untuk ke syurga, wali anak-anakku, mana mungkin aku mahu segalanya berakhir begitu saja? Bantulah aku ya Allah...pertahankanlah perkahwinan ini. Kembalikanlah cinta kami.
Lalu tanpa sedar, kutadah tanganku ke langit yang pekat hitam, di tengah sepertiga malam, saat bulan suram;
Ya Allah, Ya Malikul Kudus…
Aku memohon ehsanMu, padaMu yang selalu tersenyum padaku, padaMu yang selalu baik padaku, padaMu yang tidak pernah meninggalkan aku, padaMu yang selalu menegur dan mengingatkan aku, padaMu yang selalu menemani aku, menghiburkan aku, pada KasihMu yang penuh dengan Ar-Rahman Ar-Rahhim, yang selalu setia menyintai aku, yang selalu membimbing aku baik dalam terang mahupun dalam gelap, padaMu yang punya kudrat dan iradat seluas alam, padaMu yang selalu aku tinggalkan, padaMu yang selalu aku abaikan, padaMu yang hatiku dan imanku tak pernah tetap, pada takdirMu yang selalu aku pertikaikan, pada nikmatMu yang jarang aku syukurkan, pada rahmatMu yang enggan ku akukan, padahal tak pernah putus Kau limpahi aku dengan segala kurniaMu, lalu masih jua aku tak melihat, padahal telah kau janjikan aku Jannah FirdausMu, lalu masih jua aku engkari, padahal masih jua Kau hidup dalam nafasku, namun tetap jua aku tak merasa hadirMu, lalu tetap jua Kau berada di sisiku, menemani aku. Dan bahawa sesungguhnya, Kau tetap Kau jua Ya Allah, Tuhan ku yang Esa, yang jiwaku ada di tanganMu…
PadaMu kini aku melutut, dengan segala rendah diriku dan dengan sekecil-kecilnya diriku, memohon EhsanMU, KasihMu; Kau selamatkanlah rumahtangga kami kalau benar masih ada jodoh antara kami. Kau tumbuhkanlah kembali rasa cinta di hatiku, kalau benarlah masih ada tersisa cintanya jua untukku.
Kau bukakanlah hati kami dan cairkanlah tembok-tembok ego kami kalau benarlah hati kami masih terbuat dari segumpal daging merah. Kau bukakanlah mata hati kami dalam memperbaiki kesilapan kami, kelalaian kami, sama ada kami sedar mahupun tidak. Janganlah Kau benarkan lagi Azazil dan pengikutnya, menyusup antara kami, membisik antara solat dan airmata kami untuk terus mengkhianati janji yang terlafaz atas namaMu ya Allah.
Kau kekalkanlah cinta di hati kami, tumbuh bagai padi yang menunduk, yang mana hasilnya akan kami tuai di akhirat nanti. Jadikanlah aku kekal mendampinginya di dunia, dan menjadi bidadarinya di syurga nanti, dan jadikanlah dia pemimpinku, memimpin imanku, menjad imam dalam solat-solatMu, menjadi wali pada rezeki yang telah Kau biarkan tumbuh dalam rahimku. Kekalkanlah cinta kami meski tak sehebat rasa cinta Adam pada Hawa, Zulaikha pada Yusof, Ali kepada Fatimah, Rasullullah kepada Aisyah. Sungguh aku tak terdaya menerima ujianMu ini ya Allah. Lalu ku serahkan segalanya kembali ke tanganMu. Maka Kau perhitungkanlah setiap satunya, mengikut kehendak dan perancanganMu.
Berikanlah pengakhiran yang baik untuk kami setelah Kau izinkan kami berjalan sejauh ini Ya Allah. Hanya padaMu aku meminta dan berserah.
Amin, Amin Ya Rabbal Alamin...

Malam ini biar kita menangis
Akhirnya aku mengambil keputusan untuk pulang. Sepotong doa itu, seakan memberi ketenangan dalam jiwaku. Mendamaikan kegusaranku, mempasrahkan perjuanganku. Ya, kalau benar ada jodoh antara kami, maka aku serahkanlah segalanya kembali pada yang maha kuasa.
Aku menghidupkan enjin kereta. Ketika melalui pintu hadapan masjid, sebuah motorsikal keluar dari situ dan hampir mengenai keretaku. Kami sama-sama membrek mengejut. Aku segera keluar dari kereta.
" Abang?"
" Sayang?"
Kami sama-sama terpana, saling merenung dalam pekat malam. Ketika itu, aku mahu saja meluru masuk ke pelukannya. Ku rasa waktu itu, Allah baru saja memakbulkan doaku.
0 comments:
Post a Comment