Sudah kukatakan bahawa menjadi benar itu selalu sulit.
Berbulan, bertahun ku berpanjat ke langit meminta ehsan Tuhan agar memberiku sedikit kebenaran. Berbulan, bertahun ku merayu Tuhan agar memperlihatkan apa yang benar itu. Namun seperti yang sudah-sudah, tetap saja keputusannya tidak berpihak pada aku.
Bukan kupertikaikan keputusan Allah kerana mungkin Dia sedang merancang sesuatu yang lebih baik untukku. Atau Dia sedang menunggu saat yang sesuai untuk mengembalikan hak kebenaran itu untuk aku. Aku tidak mahu berprasangka buruk kepada Allahku.
Meskipun jenuh menunggu, sampai memar sudah hatiku. Ada kalanya aku merasa bahawa kebenaran itu tidak wujud lagi atau pun wujud tapi tak bermakna apa-apa kerana sudah memah dimakan oleh ego-ego jalanan. Aku merasa kasihan pada yang benar kerana kuasanya untuk menjadi benar sudah dibatalkan oleh yang bathil. Tapi aku juga tidak punya apa kuasa selain menunggu.
Menunggu.
Menunggu.
Menunggu.
Menunggu.
Menunggu.
Menunggu.
Menunggu.
Menunggu.
Menunggu.
Menunggu.
Menunggu.
Menunggu.
Menunggu.
Menunggu.
Menunggu.
Kau kiralah jumlah masa yang kuhabiskan untuk menunggu itu.
0 comments:
Post a Comment