Perjalanan diteruskan ke Tamparuli, Sabah. Destinasi kali ini, Rumah Terbalik.
Rumah ini baru saja dibina sekitar tahun lepas oleh pasangan suami isteri yang mengambil idea dari German. Istimewanya rumah ini ialah ia merupakan satu-satunya di Asia dan sudah menjadi salah satu daya tarikan di Sabah. Bayaran RM10 dikenakan untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. No government rate or tax, ok...and remember, no camera inside the house also...
Secara peribadinya rumah ni memang menarik tapi sayang agak kecil dan kita juga tidak puas untuk menjelajah. Tapi aku sangat memuji tentang soal kesungguhan pihak pengurusan yang memang serius menjadikan tempat ini sebagai pusat pelancongan dunia. Kawasan sekitar di jaga bersih dengan perkhidmatan asas yang sangat selesa. Kawalan disiplin dan keselamatan juga agak ketat tapi semua pekerja sangat ramah dan mesra.
Kedai souvenirs disediakan termasuklah sebuah cafe bertaraf bintang-bintang seperti Starbuck Cafe. Tahniah...Oya, masa lawatan bermula jam 10 am-10pm.
Oya, Mizan demam pula lepas balik dari sini. Kesian. Ketaguran kali aaa...sebab datang melawat waktu maghrib.
0 comments:
Post a Comment