Seorang kawan menghulur tangan untuk membantu pada beberapa urusan yang tidak mahir untuk aku selesaikan.
Kukira dia benar-benar ikhlas dan mahu membantuku seadanya.
Tiba pada suatu waktu baru aku mengerti bahawa, apapun, manusia itu tetap ada sarang iblis dalam hatinya. Bodohnya aku percaya bahawa masih ada tersisa manusia di dunia ini yang tidak mengharapkan apa-apa balasan selain persahabatan yang kekal.
Memang bodoh. Aku lupa bahawa tidak ada yang percuma dalam dunia. Bahkan senyum yang kusedekahkan hari-hari pun aku tetap mengharapkan balasan. Kalau senyumku tidak dibalas, aku pasti akan marah-marah sendiri dan mengatakan bahawa orang itu sombong. Belum pernah aku redha kalau senyumku tidak dibalas. Itu baru senyum.
Apalagi budi, kan?
0 comments:
Post a Comment