Tahun ni giliran beraya di Tenom tertangguh atas sebab kesihatan abang yang tidak mengizinkan. Tapi syukurlah abang dapat juga meraikannya bersama ibu tercintanya di rumah terbuka kakak sulungnya. Tahun lepas, sewaktu giliranku, abang meraikannya di rumah kakak keduanya. Begitulah setiap tahun, walaupun tidak berkesempatan balik, tapi abang pasti akan berkumpul dengan keluarganya juga.
Tahun ni pertama kali abang dan adik-beradiknya beraya tanpa abah. It must be hard,kan? Aku tak dapat membayangkan rayaku tanpa abah dan umi...meskipun persediaan raya kami agak kacau-bilau, where umi akan mengamuk sakan pasal ini dan itu yang belum dikemas, atau abah yang suka mengarah pasal segalanya, dan betapa aku selalu berharap agar raya tak wujud langsung; tapi aku tahu, suatu hari nanti, kalau dorang tiada lagi, aku pasti akan kesunyian mencari kebisingan itu. Malah, kebisingan yang kubenci itulah yang akan bakal aku rindui dan berdoa agar Tuhan mahu mengembalikannya kepadaku.
Itulah keluarga,kan?
0 comments:
Post a Comment