Sunday, September 23, 2012 | By: Luna Biru

Sedikit keengganan

Kita selalu cuba membantu orang yang kita sayang dalam apa jua bentuk yang boleh meringankan bebannya. Namun, ada kalanya bantuan yang kita beri bukan sebenarnya datang dari hati, melainkan kerana kita takut digelar kurang prihatin. Saat ini, konfrontasi pun berlaku dalam diri samada mahu menjadi diri sendiri atau terus bertindak menjadi pemudah keadaan. 

Malanngnya, sedikit keengganan yang berlaku dalam diri kita menjadikan bantuan yang kita beri hanya seperti melepas batuk di atas tangga. Orang yang kita sayang menganggap bahawa kita tidak ikhlas. Manakala kita pula menganggap bahawa orang yang kita sayang itu tidak menghargai bantuan yang kita hulurkan. Akhirnya, keduanya terperangkap dalam gedung ketidakpuasan hati yang boleh berakibat naif. 

Keikhlasan adalah kunci segalanya. Samada ikhlas untuk membantu orang yang kita sayang; atau ikhlas untuk menerima kenyataan bahawa bukan semua kerja yang kita lakukan dapat dibantu oleh orang yang menyayangi kita. 

0 comments:

Post a Comment