Friday, September 14, 2012 | By: Luna Biru

Simpanlah mimpimu II

Ada mimpi yang kuhampar di meja kerja.

Bagai ikan yang terdampar di atas pantai, aku pun bernafas satu-satu, cuba menyulam mimpi itu agar menjadi sebuah permaidani indah.

Tapi nafasku tak pernah cukup.

Aku perlu pulang ke laut supaya aku bisa bernafas. Tapi laut itu masih selalu jauh dan pasir ini pula selalu panas.

Barangkali belum masanya aku harus menyulam mimpi. Tuhan mungkin sengaja gegearkan loceng supaya aku ingat bahawa aku ada impian untuk dilunasi.

Lalu kukemaskanlah meja kerjaku. Kusimpan kembali mimpi-mimpiku ke dalam kotak yang sudah kukendong sejak lama dulu. Barangkali aku perlu membuang kotak itu supaya aku tidak perlu lagi menyeksa diriku dengan harapan-harapan palsu.

Simpanlah mimpimu.

Tidak.

Bakarkan saja mimpimu. Biar hangus. Biar rentung. Biar mampus jadi abu.

0 comments:

Post a Comment