Saturday, September 8, 2012 | By: Luna Biru

Acara serentak Majlis Hari Raya SK.Surati dan Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan


Kek harijadi Acik yang sempat disiapkan
Sejak semalam hariku agak kacau-bilau. 

Petangnya aku membuat kelas melukis poster sebab 5 muridku termasuklah si Abe akan mengikuti pertandingan poster hari ini di dewan Papar. Kelas sepatutnya berlangsung dari jam 3.00pm sampai 5.30pm. Tapi pasal aku mengajar murid dari zero, maka kelasnya berlanjut sampai ke pukul 8.00pm! 

Dalam masa yang sama aku sibuk membuat kek untuk majlis jamuan hari raya esok di sekolah. Faham-fahamlah budak-budak ni, mahu juga impresskan kawan-kawan dengan kehebatan mama mereka memasak. Acik pula mahu adakan majlis harijadinya di sekolah. Jadinya, aku terpaksa membuat cup cake untuk Anis dan kek harijadi untuk Acik, termasuk untuk kelas Abe dan beberapa tempahan yang semuanya berlaku serentak. 


Oh, hebat jadi guru. Memang beruntung sapa jadi cikgu...haha...

Malangnya, aku tak dapat meraikan hari raya bersama rakan-rakan kerja dan murid-muridku. Aku juga tak dapat raikan harijadi Acik atau ambil gambarnya. Aku memilih untuk menemankan Abe and the gang ke pertandingan melukis poster walaupun abang ada di sana untuk menemaninya dan walaupun membawa murid ke sana adalah tanggungjawab ibu bapa. Tapi biasalah...aku...bak kata kawan halimunan aku;

"Ah...kau sajalah cikgu yang paling sibuk di dunia. Cikgu lain nda juga susah sangat macam kau...Mengalahkan kerja pengarah sudah kerja kau ni"

Haha...


Ini saja gambar raya dengan kawan-kawan yang aku ada untuk tahun 2012 ni...
Happy Birthday, Acik..
My PK's...
Anis and the gang



0 comments:

Post a Comment