Thursday, June 2, 2011 | By: Luna Biru

Senarai filem melayu terkini yang berbaloi kutonton (2000-2011)

Tanpa ulasan. Sebab aku dah penat nak berfikir untuk menghurai kenapa kurasa filem ini sangat berbaloi.
Tanpa menurut urutan tahun kerana aku sudah lelah mengingat.
Namun aku berharap agar filem sebegini terus dihidupkan agar aku tidak malu memperkenalkannya pada anak-anakku, generasiku.

Indah betul filem ni. Apa lagi dapat aku kata? Memang indah. Tapi aku kadang-kadang terkeliru juga dengan filem Cinta. Apapun, aku suka keduanya.
2008
2007
Aku suka jalan cerita dan penceritaan. Sungguhpun lakonan Maya Karin tak menyerlah sangat dan Fasha Sandha yang begitu-begitu juga, tapi aku cukup kagum dengan susunan critanya. Tapi aku tak sukalah tajuknya tu. Tiada pilihan lain ka?
2009
Cerita ni biasa saja. Tiada yang mengkagumkan sangat lebih-lebih lagi lakonan Heliza yang kaku. Nasib baik dia pandai curi muka dia di kamera sampai aku boleh maafkan kekakuan dia. Kehadiran Awal dan Haziq pun banyak membantu menghidupkan filem ni. Aku suka penataan cahaya dalam filem ni. Nilai yang dibawa dalam filem ni sebenarnya yang buat aku senaraikannya dalam entryku ni. 

2010
Ok. Ini movie favorite aku. Aku sudah buat entry khas mengenai movie ni sebelum ni dulu. Filem muzikal memang best!

2011
Filem ni pun aku sudah buat entry. Kalau korang belum tengok lagi, jom layan!

2010
Aku tak suka sangat watak Shaheizy dalam filem ni. Dia cuba bawa watak jadi seorang bapa dan ayah yang serius. Tapi memang lucu filem ni dan paling penting nilai yang cuba dibawanya di sebalik komedi. Still, aku tak suka Azad.
2010
Haha! Malaslah aku nak ulas filem ni sebab mesti semua dah tengok,kan? Tak banyak moral yang dinamik sebenarnya. Cukup sekadar lawak dan beberapa nilai kecil. 

2008
Filem ni sangat menyentuh hati. Aku kagum dengan semangat pengarahnya yang sekaligus pelakon utama filem ni. Katanya, dia tidak bertujuan untuk untung atau komersial semata-mata tetapi lebih kepada penerapan nilai budaya dan kemurnian norma masyarakat. Berbaldi-baldi air mata aku tertumpah pasal filem ni. Aku ingat nak buat entry khas mengenai filem ni. Kalau dikatakan filem, inilah filem. 

2005
Some part of this movie ada juga yang boringnya. Pegarahnya tak mampu injek kuat sangat tapi nasib baiklah lawaknya buat kita bertahan. Aku suka tengok Awie dalam filem ni. 

2004
Ni filem yang aku suka sebab kemampuan Afdlin mempertaruhkan dirinya untuk menjadi hero dalam filem ni. Walaupun aku tak suka watak Nasha Aziz (dan tak pernah suka) tapi kira ngam juga gabungannya dengan Afdlin. Lakonan Hans pun mantap dan buat kita menyampah. Banyak pengajaran dalam filem ni dan ia dilakarkan secara langsung. Sequel filem ni, BULI BALIK. Tapi macam ada yang kureng saja dalam filem Buli Balik. 

2008
berbanding Cicakman 1, rasanya filem ni lebih mantap lagi. Mungkin kehadiran Tamara yang jadi Rama yang buat filem ni meletup betul. Aku bayangkan pula kalau Erra berlakon mesti tak best punya,kan? Aku suka watak Nyonya lakonan Louisa Chong yang lawak gilak tu. 

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
2007
Taklah hebat mana filem ni. Maybe because it's Fazura. Aku memang fanatik sikit kalau pasal Fazura. Filem ni masih ditayangkan di Citra so, malaslah aku nak ulas. 


 
Ni pun filem favorite aku dulu waktu Erra baru keluar dari dunia Yusuf Haslam. Waktu ni Afdlin kurus lagi. Aku suka watak Nurul Ain yang dibawa Erra sampai aku nak namakan anak yang tengah aku kandungkan tu dengan nama tu. Tau-tau sekali kuar, lelaki da....tak jadi lah pulak. 


Semua tentang filem ni menarik minat aku. Warna filem, sinematografi dan lakon layarnya. Sungguhpun ceritanya tak sekuat mana, namun pertaruhan Maya dan Fazura adalah satu keberuntungan. Aku tak bosan tengok filem ni banyak kali.

Boleh layanlah filem ni. Kira macam boleh kasi hilang stress dan



will update soon










2 comments:

Susan Elsa Saiful said...

Aku setuju semua yang di atas kecuali Ngangkung sama Cun pasal aku belum sempat tengok lagi. Love the rest of the movies!

Luna Biru said...

nah....baiklah kau tengok CUN! tu. Best...Ngangkung? Boleh tahanlah. I think, nasib baik Shaheizy kalau mo harap si Azad dan Angah nda jua best sangat tu.

Post a Comment