Sudah sebulan aku dan ahli kumpulan anak
didikku berusaha menyiapkan buku skrap sempena pertandingan BUKU SKRAP yang
dianjurkan oleh PENGGUNA.
Tarikh tutup pertandingan ini ialah pada 17
Jun 2011. Mudah-mudahan lah kami menang. Hanya satu yang merisaukan aku ialah
tentang pertindihan tugas yang sangat mendesak sekarang ini. Aku telah menerima
surat rasmi dari PPD pagi tadi yang menyatakan penglibatan aku dalam projek
filem pendek abang.
Terus-terang aku rasa aku tak berapa nak
kerja dengan abang sungguhpun aku suka dengan kerja baru ni. Tapi melihatnya
bersungguh-sungguh mengajakku, maka aku rasa aku tak patut nak kecewakan dia.
Lagipun selama ni, abang sentiasa ada di sisi aku untuk membantuku dalam urusan
rasmi.
Entahlah...apapun jom tengok Buku Skrap kami
yang Cuma perlu melalui proses pemurnian terakhir.
jap g aku upload
1 comments:
boleh tolong ajar tak ... cam ne nak buat buku skrap macam tu ? ... yang tegak tegak tu awesome la...
Post a Comment