Idea membuat filem pendek ini
adalah kesinambungan daripada tayangan sempena Pelancaran Netbook 1 Malaysia
yang telah disempurnakan oleh team multimedia yang diketuai oleh abang sendiri.
Kami telah melalui beberapa
perbincangan untuk mempersembahkan satu jalan cerita yang telah dipersetujui
bersama. Aku bertugas sebagai penulis skrip dan pengarah lakon layar. Lokasi
pilihan kami untuk menjayakan filem ini ialah Sk. Kambizaan dan SMK Takis,
Papar.
Shoting pertama telah bermula
hari ini di Sk. Kambizaan. Sementara team abang membuat shoting, aku memulakan
langkah untuk melakukan casting di SMK Takis. Pening kepala dan sakit tekak
bila seorang diri membuat casting untuk projek filem pendek sempena hari guru
ni. Bersilih ganti pelajar telah menjalani latihan namun belum ada satu yang
betul-betul menepati citarasa aku. Akhirnya, di saat penantianku hampir ke
hujung, aku menemukan seorang calon yang kebetulan lewat di kawasan lokasi
untuk ke tandas. Dari air mukanya nampak macam orang berani kena belasah. So, aku
pun panggil dia dan Alhamdulillah, ternyata memang dia orangnya!
Rupanya, anak kawan aku, sekampung aku
juga. Tahniah untuk saudara Bakar, ayah kepada adik Zulqarnain yang semamangnya
berbakat.
So, malam ni kena kerja lebih sikit
sebab esok shooting akan bermula.
0 comments:
Post a Comment