Saturday, June 4, 2011 | By: Luna Biru

Filem melayu yang berbaloi ditonton 1980-1989

Ini pulak merupakan kesinambungan kepada entryku yang lepas. Terlanjur buat entry pasal filem dari tahun 2000-2011, so apa salahnya aku buat entry pasal filem melayu sekitar tahun 1980-1989 pulak,kan. Well, macam entryku yang lepas, aku cuma uploadkan poster filem yang aku pernah tengok dan yang berbaloi kutengok. Aku tak dapatlah nak susun ikut ranking yang betul, cukup sekadar membuat penyenaraian dan sedikit ulasan saja. Semua filem ni waktu aku sekolah rendah lagi.

1989
Ini merupakan filem kegemaran aku dulu. Aku suka karakter yang dibawa oleh Ahmad Tarmimi, Yusuf Wahab dan Ahmad Yatim. Ia berkisar kisah seorang pegawai daerah (Ahmad Tarmimi) yang dihantar jauh ke pedalaman Sarawak. Kebetulan sekali daerah itu merupakan daerah asal beliau dan ia juga mempunyai kisah tersendiri. Bila sampai di Lukah, kehadirannya tidak begitu disenangi oleh beberapa penduduk kampung terutamanya keluarganya sendiri. Lalu terjadilah beberapa peristiwa yang tidak diingini yang kemudiannnya menjadi konflik kepada filem ni. Memang hebat filem ni. Tapi aku tak tau mana nak cari lagi filem ni.


1987 
Filem ni pula terbit waktu aku tahun empat. Gandingan hebat Ogy Ahmad Daud dan Eman Manan. Yusuf Wahab pun ada berlakon juga sebagai tunang Puteri. Ia berkisah tentang Puteri yang sudah bertunang atas dasar keluarga dan kepentingan perniagaan. Namun kemudiannya, dia jatuh cinta pula dengan seorang pekerja di kebunnya (Eman Manan). Corak percintaan mereka agak unik dan sangat tradisional lebih-lebih lagi Iskandar yang memang mempunyai ilmu mistik. Seingat aku, filem ni juga menggabungkan Erma Fatima dan Ogy. Nampak sangat kecik Erma waktu filem ni kalau digandingkan dengan Ogy. Lagu Ogy dalam filem ni pun best sangat!


Aku tak ingat filem ni tahun berapa tapi memang penuh suspen dan misteri. Aku suka tengok lakonan Noor Kumalasari dalam filem ni sebab nampak begitu bersahaja, tenang dan penuh keibuan. Filem ni berkisah tentang sekeluarga yang baru berpindah ke rumah baru. Sejak berada di sana, mereka sering dihantui oleh roh kanak-kanak. Peristiwa bertambah teruk lagi bila salah seorang anaknya meninggal kerana lemas di laut. Semenjak itu, roh tersebut semakin menganggu mereka.

1986
Betul ke 1986? Apa yang pasti aku tengok crita ni waktu aku tahun 3. Kepada mereka yang sempat melalui zaman ni, mesti ingat betapa hebatnya filem ni,kan? Aku yang masih kecik tu pun ingat lagi camana remaja zaman tu masing-masing tukar nama pada Azroy dan Suzie. Gaya rambut dan pakaian pun jadi kegilaan remaja masa tu. Aku tak terasa lah sangat sebab kecik lagi. Huhu....Tapi aku ingat juga filem ni lebih-lebih lagi lagu temanya yang rupanya dinyanyikan oleh Kazar.


Haha! Masuk juga filem ni. Aku cuma rasa filem ni agak unik sebab menggunakan setting tahun 1956. Memang unik selera Ahmad Fauzi ni. Aku rasa lepas filem ni dia keluarkan lagi filem Panggilan Pulau. Dalam filem ni Salwa Abdul Rahman pun berlakon juga. Tak menarik sangat filem ni sebenarnya cuma aku suka sebab ia menampilkan filem muzikal.

Add caption


1987
Aku pun tak faham kenapa aku tak dapat poster ni dalam bentuk berkaler. Hanya hitam putih ni la saja yang ada. Filem ni merupakan sebuah filem usahasama Malaysia Indonesia. Ia adalah kisah Dewi yang mempunyai hubungan dengan Mike (lakonan Azmil Mustafa) tetapi hubungan mereka selalu mengalami kekeliruan. Dewi kemudiannya jatuh cinta dengan seorang dokter dan mula menemukan ketenangan bersamanya. Namun sekali lagi hubungan mereka terganggu dengan sikap Mike. Ada sesuatu yang aku pelajari dari filem ni, iaitu kisah lilin dan bunga api. Cinta itu ibarat lilin yang menerangi kegelapan. Bunga api juga menerangi kegelapan tetapi cahayanya seketika walaupun indah. Aku kecik lagi time ni, baru tahun 4 tapi aku tengok balik-balik sampai aku tahun 6. Memang berkesan tul.


Aku tak ingat filem ni tahun berapa. Tapi ia juga merupakan usahasama Malay-Indon. Memang gilak betul lakonan Ogy time ni sampai aku pun benci betul ngan dia. Kontras habis dengan lakonan Lydia Kandau yang jadi gadis putih dalam filem ni. Critanya pasal bayi yang sengaja ditukar waktu lahir di hospital. Kenapa ditukar, aku tak ingat pula.


Haha. Filem ni memang lawak habis walaupun aku benci sangat dengan watak Milah dalam filem ni. Tapi aku teruja tengok lakonan Dharma dan Noor Kumalasari. Lagi best watak Cikgu Bedah yang muncul yang membawa kontras dalam filem ni. Sesekali ada juga filem ni keluar di TV.

Photo - Film Poster, text-

Filem ni pun baru sekali aku tengok waktu tahun 6 dulu. Sinopsis ceritanya agak samar-samar dalam kepala aku tapi rasanya mengisahkan tentang seorang gadis cina yang diislamkan, tetapi kemudiannya mengalami konflik dalam hidupnya. Seperti filem Anak Sarawak, aku tak tahu kenapa filem ni susah  betul keluar TV. Mungkin semua filem Dato Rahim Razali mahal-mahal belaka.


Baru-baru ni filem ni ada keluar di CITRA. Aku paksa anak-anak aku tengok dan syukurlah by the end of the movie, dorang puas hati dan ada juga yang nangis. Nah...kan....itulah maksud aku filem dulu-dulu lebih tinggi nilai seninya. Mereka memperjuang seni lebih lagi nilai komersial. Bayangkan filem sebegini mampu menyentuh hati generasi muda sekarang berbanding filem baru. Filem ni juga merupakan satu-satunya filem lakonan Allahyarham Sudirman. 

will update soon! Aku cari lagi eh.

3 comments:

Bidasari said...

Suka jg filem arahan rahim razali.khabarnya anak sarawak susah ditayang sebab isu politik.dulu pun filem ar badul mengalahkan filem ini sebab isu politik.matinya seorang patriot pun best.abang 92 je filem dato rahim razali yg kurang best.betul kata u,nilai estetika filem masa tu amat tinggi tanpa memerlukan adegan ranjang spt ombak rindu atau jiwa taiko..:-)

Luna Biru said...

Thanks cik Bidasari...suka ada orang komen blog saya

Unknown said...

Matinya seorang patriot entah kan bila akan keluar tv...

Post a Comment