Wednesday, June 1, 2011 | By: Luna Biru

CUN!



Entry ni mungkin dah basi.

Sebenarnya dah lama aku taip tapi tak sempat2 nak post. Bila check content, baru aku sedar, rupanya dah lama tersorok dalam draft. Aku ingat nak cancel kan saja. Tapi rasa macam tak adil pulak. So, aku post kan sajalah hari ni. Lagipun filem ni masih ditayangkan di ASTRO FIRST.

Pada mulanya aku ragu-ragu nak tengok wayang ni. Bila tengok pada tema cerita rasanya tak ubah macam cerita CUTI-CUTI CINTA lakonan Farid Kamil dan Nora Danish. Biasalah, awek bandar masuk kampung, jatuh cinta dengan pemuda kampung, pastu terjadilah pro dan kons yang biasanya berakhir dengan happy ending. Ni kes cerita lapuk dah ni. Kesan dan akibat kekusutan jiwa kerana menonton CCC hari tu, kami sekeluarga pakat-pakat tak mahu tengok filem ni.

Tapi bila dah tayang di Astro First tu, mahu tak mahu tertempah jugalah akhirnya. Nyatanya, sesuatu berlaku di luar dugaan. Tak sangka betul filem ni sememangnya best, menghiburkan dan sarat dengan nilai kasih sayang yang tak bertepi. Nilai sentimen kekeluargaan diterapkan dengan begitu halus sekali sehingga kita yang menonton dapat merasakan kebahagiaannya. Paparan sinematografi yang begitu indah dengan iringan lagu dan sound effect yang harmoni membuat hati bagai bebas dari sebuah belenggu penjara filem melayu. Indah! Betul-betul indah. Sampai anak aku terus check tiket air asia sebab nak melawat Kedah penghujung Disember nanti.

Gandingan Maya Karin dan Remy Ishak memang sepadan. Apalagi Maya yang bijak menggunakan seluruh ekspresi wajahnya. Pelakon pembantu seperti Tom dan Manis juga menjadikan filem ini lengkap dengan kehidupan yang sempurna. Kemunculan opah, Kartina Aziz yang begitu seadanya memberikan sebuah 'cool element' yang semakin menyempurnakan filem ini. More and more aku rasa Remy sendiri agak kecil berbanding semuanya. (Teringat pula kisah Remy dan Umi, huhu....Umi, my love!)

Kalau anda tandus kasih sayang, tontonlah filem ini. Dalam beberapa detik anda akan dapat merasakan bahawa kasih sayang yang melimpah keluar dari skrin TV tanpa perlu memakai kacamata 3D. Anda berada di dalamnya, merasai kehangatan cinta dan merahnya kasih mereka.

Tak percaya?

Percayalah!

0 comments:

Post a Comment