Wednesday, June 1, 2011 | By: Luna Biru

Zahiril Adzim : Aku jatuh cinta pada penulisanmu!

ZAHIRIL ADZIM

Siapa Zahiril Adzim?

Ntah. Aku pun tak kenal. Aku baru tahu dia ni wujud sejak cerita JUVANA. Kerana aku begitu teruja dengan idea JUVANA, aku pun cuba cari info lebih mengenainya. Aku gali habis semua pelakonnya. Frankly watak Daim dalam cerita tu tak begitu menonjol berbanding Botak mahupun Apek.

Akhirnya aku ter'google' nama Zahiril Adzim. Rupanya dia ni dah lama berlakon. Sudah menang anugerah pun. Adeh....ketinggalan zaman betul aku ni.

Lalu aku pun jumpa blog http://zahiriladzim.blogspot.com/.
Blog artis....biasalah.

Tapi, kali ni luar biasa. Sungguh! Aku terkedu di dada skrin.

Setiap bait katanya, setiap susun bicaranya adalah satu seni sastera yang sudah terlalu langka untuk kutemui hari ini. Aku begitu merindukan genre bahasa sebegitu.

Dan aku pun jatuh cintalah.

Jatuh cinta pada penulisannya.

Penulisannya yang membuat aku mulai meminatinya, menghormati keunggulannya dan mengakui keberdayaannya.

Syukur ada dia yang masih mempertahankan hak kedaulatan bahasa itu.

0 comments:

Post a Comment