Thursday, June 30, 2011 | By: Luna Biru

Mesti selalu tabah

...dan aku tau kau selalu lebih tabah dari apa yang kau tau...


Aku senang sekali membaca klausa itu yang ditulis oleh seorang rakan baikku, Atie. Kata-kata semanis itu sudah tiga kali disebut oleh tiga kekasih hatiku; pertama abang, kedua Connie, dan ketiga Atie. 


Aku tak benar-benar tahu setabah apa aku.


Aku cuma tahu bahawa aku selalu mengalah bila sudah terlalu terngadah. Aku kan kaki trauma...


Apapun, aku tetap berterima kasih pada mereka yang sentiasa ada bersama aku di saat aku hampir hilang arah. Bagai dahan, merekalah tempat aku berpaut. Bagai payung,merekalah tempat aku berlindung. Bagai saputangan, merekalah pengesat air mata. Bagai sebuah bahu, merekalah tempatku bersandar. 


Bukan mereka saja, aku tahu, aku juga masih ada Susan, Aning dan Umi yang selalu tetap menyokong aku. Mereka yang benar-benar mengenali aku dan tahu nilaiku. 

2 comments:

Susan Elsa Saiful said...

Kalau hati gundah gulana dan penuh sedih derita, ingatlah mereka yang sayang pada kita. Kerana ingatan kita seumpama doa jugak kan. Jangan pedulikan hati mereka mereka yang penuh dengki, cemburu dan salah sangka. Semua itu tidak berbaloi untuk menghuni pemikiran kita lama-lama, buang karan jak. I am so proud of you, of what you do, what you are trying to achieve and what you have achieved. I know that you always give your best and kalau ada yang ndak hargai, be it! Persetankannya! It's their loss! Hugs and kisses.

PS: Miss you so much!

Luna Biru said...

Miss you tooo!

It killing me softly.

Post a Comment