Jom layan-layan filem yang telah menggegarkan persada filem tanah air kita suatu ketika dulu. Ada banyak lagi ni sebenarnya tapi aku cuma pilih yang berbaloi kutonton (sesuai dengan tajuk entry aku). Kebetulan sekarang ni ada PROGRAM MERAKYATKAN FILEM, jadi mungkin informasi ni berguna. Bestnya kalau aku di KL!
|
Fenomena 1990 |
Aku masih ingat kehebatan filem ni. Ia berkisar tentang kisah perjuangan muzik rock dan kehebatan cara perubatan tradisional melayu. Gandingan mantap Ramona Rahman, M.Nasir dan Amy Search. Best filem ni penuh dengan nilai seni dan kronologi penceritaan yang halus dan jelas. Waktu filem ni ditayangkan, aku masih tingkatan satu. Aku ingat lagi camana kami sekeluarga termasuk kakak aku, sepupu sepapat dan anak buah semuanya serbu pawagam sampai penuh satu barisan kerusi. Aku ngan best friend gila2 aku si Susan pula jadikan Wak Labib sebagai bahan lawak kami untuk gelarkan cikgu di sekolah. Haha...kenangan indah tul filem ni.
|
Selubung 1992 |
Aku tak berapa suka filem ni sebab ia menggunakan teknik imbas kembali yang agak kelam kabut. Tapi secara keseluruhannya, ceritanya best dan penuh nilai. Ia mengisahkan perjuangan aktivis menentang terroris. Romantik betul M.Nasir dan Deanna Yusuf dalam filem ni.
|
Layar Lara 1994 |
Filem ni pun tak kurang hebatnya. Kisah seorang artis yang lupa diri. Gandingan mantap Ida Nerina, Azean Erdawaty dan Sidi Oraza. Man Bai pun ada juga tapi cuma watak sampingan saja. Banyak betul sejarah cerita ni dalam hidup aku. First, aku dan Susan obses sesangat dengan filem ni. Kedua, lagu2 dalam filem tu semuanya lagu kenangan aku dengan ex-boy aku dalam tahun berkenaan. Fuh! Siapa ex-boy aku tu ah? Kwang2X!
|
|
Aku tak ingat filem ni tahun berapa tapi mungkin waktu aku dalam tingkatan 3. Ia mengisahkan sepasang adik beradik iaitu lakonan Azhar Sulaiman dan Sofea Jane yang diabaikan oleh kedua orangtua mereka. Klimaks cerita berlaku bila si adik (Azhar Sulaiman) jatuh cinta dengan gurunya (lakonan Louisa Chong) dan berakhir dengan satu tragedi yang menyayat hati. Huhu....aku sedih bukan apa. Waktu tu aku fikir, daripada Azhar Sulaiman jatuh cinta dengan cikgunya yang tua tu, kan ke baik dia jatuh saja dengan aku. Peh! Memang minat gilak aku sama budak ni dulu. Finalis hero remaja bah itu!
|
1997 |
Aku suka betul dengan filem ni dulu. Lakonan hebat Amy Mastura dan Anastasia Lee. Filem ni merupakan filem bersiri arahan Aziz M.Osman. Tapi aku tak minat pula Puteri Impian 2 sebab lepas tu jalan ceritanya agak membosankan berbanding yang pertama. Filem ni rasanya mengambil idea dari siri cerita Golden Dream Benson n Hedges. Aku selalu terfikir dulu, alangkah baiknya kalau aku menang peraduan tu. Impian aku waktu tu ialah berlakon dengan Keanu Reeves dalam Speed 1.
|
1994 |
Filem paling romantik lakonan Sofea Jane dan Aman Graseka ni memang berkesan sekali dan juga paling banyak nostalgia dalam hidup aku. Kisah mengenai Tifa yang gagal dalam percintaan dan cuba mengubah dirinya menjadi tomboy kerana terpengaruh dengan novel yang dibacanya. Akhirnya dia berjumpa sendiri dengan penulis novel tersebut dan ketika itulah dia baru dapat memahami erti cinta yang sebenar. Lagu tema filem ni adalah dari Maman Teacher's Pet (Mana dia sekarang ah?). Aku punyalah obses dengan Sofea masa ni sampai aku potong rambut pendek macam dia juga. Siap aku lepas tu kena pukul oleh abah aku. Hahaha! Tag line filem ni :
CINTA ITU ADALAH APABILA KITA MEMBUAT PILIHAN YAN TEPAT.
|
Add caption |
Aku tak berapa suka filem ni sebab ia pun menggunakan jump shot dan kronologi imbas kembali yang agak kelam kabut. Tapi aku ingat my BFF Susan, suka sangat ngan filem ni sebab dia minat gilak sama Deanna Yusof. Tag line : SIAPA YANG AKAN MENDERITA? MEREKA DAN KELUARGA MEREKA. Ingat lagi tak?
|
1995 |
Hebat filem ni mengisahkan seorang adik (lakonan Azhar Sulaiman) yang menjaga abangnya yang mengalami sakit schizoperenia (lakonan Sidi Oraza). Pada mulanya hubungan mereka memang akrab namun setelah kemunculan Salmah (lakonan Norish Karman), dia mula lupa diri dan tanggungjawabnya. Kisah berakhir dengan tragedi yang memberi banyak pengajaran. Waktu tu sumpah aku suka sangat bila si Salmah kena pukul oleh abangnya sebab aku nak selamatkan hero pujaan hatiku Azhar Sulaiman. Filem ni juga memunculkan watak ibu lakonan Fauziah Nawi dan Sofea Jane sebagai teman penari kelab ronggeng si Salmah. Aku suka sangat bila Sofea bawa watak penari kabaret dengan lagu Perhaps. Seksi gilak ooo!
|
1990 |
Inilah satu filem komedi yang paling lawak gila yang pernah kutonton musim tu. Memang gempak gila. Rasa macam tak percaya Dato Rahim Razali boleh hasilkan filem selawak ini. Aku tak ingat sangat sinopsisnya. Aku juga tak pernah lagi tengok filem ni di mana-mana. Filem ni jug ajadi kegilaan aku ngan BFF aku si Susan yang kaki wayang tu. Haha!
|
1995 |
Hebat idea Aziz yang kemudiannya tidak dapat diterima di Malaysia. Selepas filem ni, tiada lagi filem seumpanya yang dikeluarkan. Kenapa filem kita takut nak keluarkan filem berbentuk sains fiksyen,eh?
|
1995 |
Aku rasa inilah filem yang menggerakkan emansipasi wanita dalam filem. Tapi kemudiannya filem ni jadi kontroversi lah pulak. Biasalah Aziz punya filem. Hence, macam filem Dato Rahim, filem Aziz pun mahal betul nak ditengok di TV kecuali filem skop yang selalu ditayangkan. Selebihnya, kena galilah VHS kalau nak tengok.
Will update soon! Cari lagi di artifak ingatan aku.
2 comments:
Adui nostalgia betul semua di atas ni. Zaman tengok wayang di panggung yang bau dan gelap berlantaikan simen. Sanggup meredah semua tu sebab bernafsu juga mau tengok wayang kan hahahaha. Thanks for putting this up de. Layarlara tu memang obses sampai sekarang. Klasik tu.
betul tu..semua filem-filem di atas ni memang filem-filem fevret aku... :) thanks atas perkongsian ni...terimbas balik pulak nostalgia lama...http://hegelatan.blogspot.com/
Post a Comment