Sekali lagi aku tak ingat nak tengok penerbit filem sebelum ambil keputusan untuk menerjah malam dari Papar ke 1 Borneo semata-mata untuk filem ni.
Sekali lagi aku lupa bahawa filem David Teo adalah resepi masakan yang kurang garam hingga rasanya tak akan kita bawa ke mana-mana.
Sekali lagi aku asyik leka tengok trailer sampai lupa pada istilah don't judge a movie by its trailer.
Ya. Sekali lagi!
Kalau korang nak tahu pasal movie ni, bolehlah google sendiri.
Apa yang aku nak tulis di sini hanyalah paparan pendapat aku.
Sejujurnya, tidaklah mengecewakan sangat. Bagus jalan ceritanya, cantik sangat. Satu kelainan bukan saja dari segi watak dan perwatakan tapi dari segi isu yang diketengahkan. Tapi sayangnya, ia tetap macam masakan yang kurang garam. Banyak moment-moment yang dibiar terlepas begitu sahaja hingga aku rasa penggunaan bakat yang begitu indah disiakan saja. Penceritaan tidak begitu diperhalusi dan ada scene yang tidak berkait dan kalau tak dibuat pun, tak mendatangkan kesan sama sekali. Cerita juga bermula agak lambat. Penulis skrip terlalu lama memperkenalkan watak hingga scene yang lebih penting tidak mendapat imbangan yang sepatutnya. Alangkah baiknya kalau skrip diperhalusi lagi. Barulah penonton dapat membawa pulang satu impak kepuasan sampai ke rumah. Sayang sekali filem ini terbiar begitu sahaja. Boleh buat sekali lagi tak? Kali ni buat betul-betul, lebih teliti, lebih dirancang. Sayang pelakon berbakat besar macam Sam, Lisa, Bront dan Mia tidak memulangkan amanah itu kembali kepada masyarakat hanya kerana kesilapan produser yang kurang teliti. Kenapa korang tak berguru saja pada Khabir Bhatia?
Memang comel gila budak satu ni....rasa macam aku nak beranak sekali lagi...huhu...
2 comments:
nak tgk ,... tapi x tau sempat ke x?? banyak yg menghalang,.. hihihih
tengoklah...best...
Post a Comment