Saturday, June 4, 2011 | By: Luna Biru

Erul tersingkir!

Sumpah aku tak minat dengan budak korea sorang ni. Penampilannya macam tak tahu cari identiti sendiri. Memang belum bersedia menjadi juara. waktu awal konsert semalam, aku memang harap dia yang tersingkir. Tapi aku tak nafikan kehebatan suaranya yang mirip penyanyi patriotik Ibnor Reza. Perasan tak? Aku selalu fikir, kalau pun dia tersingkir, kompom dia laku menyanyi jingle untuk hari kemerdekaan. Memang sedap suaranya.

Namun sesuatu berubah semalam bila aku tengok persembahannya. Berbanding Lena, Erul jauh lebih baik. Erul mampu mempertahankan keunggulannya setiap kali konsert meskipun nyanyiannya lebih bersifat penceritaan daripada penghayatan. Lena pula sudah jauh ketinggalan. Aku sendiri tak ingat bila kali terakhir dia melakukan persembahan terbaik di konsert. Mungkin waktu nyanyi lagu Ziana Zain. Selepas itu, dia terus malap.

Melihat lagi kehebatan energy Erul dalam persembahan akhir dan lagu keramat AF membuat aku menarik balik sumpah seranahku di awal konsert. Apabila Aznil mengumumkan namanya dan Erul 'tersujud' kesyukuran, aku pun bersyukur juga. Tapi kemudiannya, ia cuma kesilapan cara Aznil melakukan pengumuman, atau gimik untuk menjayakan konsert. Tiba-tiba saja aku tak puas hati dengan sistem tu.

Dan Lena? Maaflah. Aku pun Sabahan juga. Tapi marilah kita berpijak di bumi nyata. Ke mana Lena mahu membawa dirinya kalau dia bergelar juara? Mungkin dia inilah satu-satunya wakil Sabah yang sama sekali tidak aku banggakan sejak dari konsert AF2.

Mungkin Erul perlu cari identiti dirinya. Potong rambut dan jadi lelaki macho. Pakej Erul tak lengkap. Dia hanya berbekalkan suara. Boleh tak panggil dia untuk acara 1,2,3 tukar atau rancangan Tangkap Muat? Sesuatu perlu dilakukan untuk mengubah penampilannya. Kalau dai wujusd waktu zaman Dato Tiara jadi principle dulu, pasti dia tahu harus melakukan apa untuk mengubah Erul. Ingat tak camana teruknya penampilan Akim hingga boleh jadi sehebat sekarang?
Erul AF9
Erul AF9 : transform?
Akim before and after transform

0 comments:

Post a Comment