Saturday, June 4, 2011 | By: Luna Biru

Jerawat oh jerawat!

Sejak balik dari Kem Malangang hari tu, aku diserang jerawat yang sudah mula menggila di muka aku ni. Mula-mula di bawah dagu, pas tu melarat sampai ke pipi. Jerawat batu yang besar-besar masak ranum pulak tu. Sodap sungguh kalau dipicit-picit. Sebenarnya ni bukan serangan pertama. Pernah juga jadi macam ni beberapa kali dulu. So, sebelum aku pengsan dan bunuh diri kerana malu berjerawat, ataupun maki makcik sebelah rumah aku di fesbuk sebab tegur aku banyak jerawat, jom kita banteras jerawat ni sampai ke akar umbi!

Ini cara aku nak menghilangkan jerawat atas usul sebuah klinik pakar kulit. Dalam masa seminggu saja sudah nampak perubahan. Alhamdulillah

Step 1
Vitamin C + Zinc
Ubati badan dari dalam dahulu. Vitamin C plus Zinc ni penting untuk meningkatkan imunisasi badan untuk menghalang pembiakan bakteria. Nak tahu lebih lanjut boleh google di http://www.pharmacyathand.co.uk/gbu0-prodshow/3139-Redoxon-vitamin-c-and-zinc.html.

Step 2
Antibiotik membunuh bakteria
Atas nasihat dokter, aku ambil kapsul ni untuk membunuh bakteria yang sudah membiak-biak dalam kulit muka aku ni. Apapun, jangan ambil tanpa arahan dokter.

Step 3
OXY Acne Wash
Cuci muka dua kali sehari dengan OXY Acne wash. Jangan urut terlalu kuat di muka anda sebab akan menyebabkan kulit muka jadi regang dan kering. Apa yang penting, guna pencuci yang mengandungi Triclosan.


Step 4

Pas tu, cuci muka sekali lagi dengan sabun eumora. Ni memang mahal sikit tapi berkesan. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal sabun ni, boleh google. Ingat, jangan lap muka anda selepas dicuci. Biarkan ia kering sendiri.

Step 5
Add caption
Ni subtitute kalau tak mampu beli eumora. Kalau pakai eumora, kita tak perlukan toner. Tapi kalau tiada, boleh gunakan toner ni.

Step 6
OXY Oil-Control Moisturizer SPF15 PA+

Penting untuk pakai pelembab yang tidak berminyak. Jangan pakai banyak-banyak. Guna sedikit saja dan jangan gosok di muka. Tepuk-tepuk saja di muka senipis mungkin.

Step 7
OXY 10 Acne Pimple Medication

Pas tu, sapu OXY 10 untuk pecahkan jerawat. Kalau jerawat tak teruk sangat, pakai oxy 5. OXY 10 ni agak sensitif dan boleh menyebabkan keradangan kulit pada kulit yang sensitif. Baca arahan dengan teliti sebelum mengguna.

Step 8
Untuk malam pula, guna krim yang tidak mengandungi minyak (non oily night cream). Ada banyak pilihan di pasaran. Aku guna Bio essence regenerist cream.

Reminder:
1. Ulangi setiap langkah setiap hari.
2. Cuci muka menggunakan air masak yang suam. Air paip mengandungi bahan karat yang akan menjejaskan proses pemulihan.
3. Jangan lap muka dengan tuala yang kasar. Sebaiknya, lap muka dengan kapas yang ditepuk-tepuk sampai kering.
4. Jangan sapu OXY di seluruh muka. Cukup di kawasan yang berjerawat saja. Begitu juga pelembap dan krim malam. Jangan sapu di kawasan berjerawat. Takut keduanya bercampur dan menjejaskan lagi keadaan jerawat yang sedang pulih.
Selain Oxy, produk T3 juga disyorkan.
5. Berhenti dulu gunakan bedak asas, bedak muka dan mekap sementara tempoh pemulihan. Biarlah dulu orang nampak. Lepas dua minggu, bila dah ok barulah mula beraksi kembali.
6. Minum air suan dengan cukup dan minum susu dua kali sehari. Susu membantu memulihkan keadaan imunisasi dalam badan.
7. Jangan sentuh atau picit jerawat.
8. Ingat, bila saja ada masalah jerawat, jangan percaya sangat pada produk yang ditawarkan oleh kawan anda melalui katalog. Jumpa dokter di klinik atau farmasi yang professional.

Selamat mencuba! Sharing is sexy yo!

Nanti kalau muka aku dah pulih sepenuhnya, aku akan uploadkan gambar before n after aku k!

0 comments:

Post a Comment