Thursday, June 30, 2011 | By: Luna Biru

Sekali lagi...


Sekali lagi aku sudah terpedaya lagi untuk menyumbang wang tabunganku ke pawagam semata-mata untuk filem Sekali lagi.

Sekali lagi aku tak ingat nak tengok penerbit filem sebelum ambil keputusan untuk menerjah malam dari Papar ke 1 Borneo semata-mata untuk filem ni.

Sekali lagi aku lupa bahawa filem David Teo adalah resepi masakan yang kurang garam hingga rasanya tak akan kita bawa ke mana-mana.

Mesti selalu tabah

...dan aku tau kau selalu lebih tabah dari apa yang kau tau...


Aku senang sekali membaca klausa itu yang ditulis oleh seorang rakan baikku, Atie. Kata-kata semanis itu sudah tiga kali disebut oleh tiga kekasih hatiku; pertama abang, kedua Connie, dan ketiga Atie. 


Aku tak benar-benar tahu setabah apa aku.


Aku cuma tahu bahawa aku selalu mengalah bila sudah terlalu terngadah. Aku kan kaki trauma...


Apapun, aku tetap berterima kasih pada mereka yang sentiasa ada bersama aku di saat aku hampir hilang arah. Bagai dahan, merekalah tempat aku berpaut. Bagai payung,merekalah tempat aku berlindung. Bagai saputangan, merekalah pengesat air mata. Bagai sebuah bahu, merekalah tempatku bersandar. 


Bukan mereka saja, aku tahu, aku juga masih ada Susan, Aning dan Umi yang selalu tetap menyokong aku. Mereka yang benar-benar mengenali aku dan tahu nilaiku. 

Lembu punya susu, Sapi pula mendabik dada


Arakian kisahnya pada si sapi yang sudah semput sebab terlebih mendabik dada. Kasihan si sapi. Takut pula aku karang kena sakit jantung sebab balik-balik tampar dada sendiri sebab telampau riak. Dan aku, si lembu bangang yang cuma terkebil-kebil tengok orang lain ucap terima kasih pada sapi sebab bagi dorang susu. Woi! Itu susu akulah! Tapi tiada orang mau percaya aku. Kenapa? Sebab aku lembu. Lembu kan bangang. Habis tu, sapi pandai sangat kah? Sebodoh2 lembu, susunya dapat pandaikan banyak manusia, berjaya lahirkan ramai cendikiawan. Mungkin sebab sapi lebih hensem dari lembu?

Ntahlah.

Salah di mata kalau tak nampak.
Salah tafsiran kalau tak dinilai....
Wednesday, June 29, 2011 | By: Luna Biru

Seksa


Berahi itu menyeksaku
tertuang-tuang membatasi warasku
alangkah baiknya jika
nafsuku terandil lebih beradat
pasti kan ku syukuri nikmat
sekejap yang selalu belum sempat.

Ataukah aku sudah menjadi
sahabat pada dia yang bernama setan
membisik hawa rakus di celah qulbi
hingga aku jadi manusia haloba
yang dahaga pada kemuncak
yang benar-benar menganjal leka?

Berahi itu terus menyeksa aku
sampai aku sudah berpaling
memeras raksa pada sukma yang
tidak berwujud maujud di hadapanku.

The final scene : Cinta seorang guru

Untuk Kawan-kawan yang menyokong perjuangan seniku...

Untuk guru-guru yang masih kukuh di sebuah arena bergelar pendidik...

Untuk sebuah perjalanan seni yang masih belum tahu hujung garisnya...


Untuk Zat Zara Athira dan Atie....
Monday, June 27, 2011 | By: Luna Biru

Biarku dengan jeans biruku

Bila difikir-fikir, bodohlah aku mahu terus sedih kerana ulah mereka.

Mereka yang lebih bodoh dari aku.

...yang tidak tahu menilai.
...kalau menilai pun, berat sebelah.

Jadi, untuk melengkapi cerita bekas mentorku dulu pasal keldai dan pengembala tu, maka dengan ini aku bertekad akan;
...terus berjuang dengan caraku sendiri dengan manusia-manusia yang sebahasa denganku.

Persetan dengan manusia bodoh yang tidak tahu menilai dan tak pernah puas!
Sunday, June 26, 2011 | By: Luna Biru

Dia, Fairuz! The perfectionist and talented editor

Behind the scene...

Memang berbakat.

Memang komited.

Memang konsisten.

Dan, memang sangat perfectionist!

...aku kagum dengan kesungguhannya. Aku salute dengan ketelitiannya. Tapi banyak lagi yang Fai perlu belajar, terutama soal pembahagian masa kerja dan personal life. 

Keep it up, Fai!

Kekuatan Cinta Seorang Guru


Cinta. Kata yang dilahirkan dengan sejuta makna. Banyak definisi dan banyak pula interpretasi. Namun hakikatnya, cinta itu memiliki kelazimannya tersendiri, bahwa mencintai siapapun dan apapun, pastinya membenihkan kesetiaan dan pengabadian.
Menjadi seorang guru memerlukan kekuatan cinta. Semangat cintakan profesi mampu menjadikan kita lebih cekal dan matang dalam menghadapi sesuatu perkara yang di luar jangkaan. Sesungguhnya, bukanlah mudah menggalas amanah untuk menjadi seorang guru. Melalui ‘sentuhan’ seorang guru, maka terlahirlah barisan profesi yang jauh lebih gah dari namanya sendiri. Naiflah jika kita menjadi guru yang hanya berbekalkan teori pedagogi semata-mata.
Saturday, June 25, 2011 | By: Luna Biru

Azmi, the director

Behind the scene...

Inilah orangnya.

The director of the movie.

And the director of my life.

Apapun yang telah kami lalui sepanjang tempoh pembikinan filem ini, aku yakin, kami berdua sudah belajar sesuatu darinya.

Dan ia adalah satu pengalaman yang sangat berharga.

Bila wajah jadi taruhan

Cantik sangatkah aku?

Teruk sangatkah lakonanku?

Hingga cantik itu lebih dilihat orang jauh lebih dari apa yang aku cuba sampaikan?

Atau, sudah tidak ada lagi modal untuk diputarbelitkan hingga isu wajah itu yang menjadi pilihan?

Aku tidak menjual wajahku, jauh sekali sekadar menjadi pemamer yang patung. Aku hanya mempertaruhkan ilhamku, puisiku, sasteraku dan keikhlasanku.

Kenapa itu tidak dihargai mereka?

Encik Saiful Bahri : The best leadership


Behind the scene...

Inilah ketua kami.

Prihatin, telus dan bertindak sebagai quality control yang baik.

Dia sentiasa ada untuk kami dan sentiasa pastikan segalanya ada untuk kami.

Really love the leadership!

Zakwan : The fast learner, Cameraman

Behind the scene...


Zakwan namanya. Budak Pahang. Budak? Boleh jadi bapa budak sudah. Haha!

Tapi aku suka budak sorang ni. Dia mudah belajar dan cepat belajar. Kredit untuknya yang berjaya ambil angel shot yang cantik meskipun bertatih diajar abang, the director. Teruskan belajar Wan! Teruskan menjadi seorang yang rendah diri. Itu yang mahal tentang kau!

Siti Fatimah : The best PA

Behind the scene...


Ni pula Siti. Kecil molek orangnya, comel sangat.

Memang best jadi PA. Amat prihatin dengan keperluan staff dan sangat terbuka orangnya. Best buat kawan. Semoga Siti bahagia dengan alam perkahwinan yang baru diraihnya. Kalau semua orang dapat isteri macam Siti, mesti aman damai dunia ni.

Aku cuma mahu Siti tahu, bahawa kehadirannya banyak membantu kami dan KRU Multimedia sangat berterimakasih dan menghargai setiap usahanya.

Miss you, Siti

Pesan abah...

Abah selalu cakap, setiap perbuatan adalah dikira berdasarkan nawaitu-nya. Yalah...bukankah hadis Rasullullah juga berbunyi seperti itu:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

(Hadis ini diriwayatkan oleh Saidina Umar)

Mizanmu berat sebelah (Timbangan)

Tak kuasa aku nak melayan manusia yang punya pandangan dan timbangan yang berat sebelah. Apalagi manusia yang tak tahu membezakan antara rasional dan emosi. Bila kebencian dan kemenyampahan melebihi pandangan waras, memanglah semuanya nampak menyakitkan. Aku, yang memang prinsipku, jarang mahu peduli kata-kata dari manusia bodoh dan tidak tahu menilai. Sebab tu aku jarang mahu berhujah dengan orang-orang macam ni. Bikin penat otak saja mahu fikir bahasa apa yang terbaik untuk menjelaskan keadaan. Lebih baik aku mempertahankan hujahku pada manusia yang punya intelektual tinggi dan rasional dalam penilaian. Apa yang pentingnya, kemunculanku dengan watak Cikgu Zura mampu memberi impak yang besar pada mereka yang berjawatan besar. Kalau ikan bilis tak merasa apa-apa, aku tahu apa sebabnya. Sebab mereka merasa tersindir. Ya, berapa banyak guru yang sanggup menerima kelemahan diri sendiri?

Terima kasih kepada SMK Takis, PPD dan KPM yang membenarkan kami terus berkarya....

Sebuah Permintaan II : The final


Ingat tak pada entry Sebuah Permintaan, inilah tokohnya; HAJI ALI HASSAN.

Begitu banyaknya halangan untuk menunaikan permintaanya sampai jam 4 pagi kami mencuba untuk merakamkan puisi yang diamanahkannya untukku. Hingga akhirnya pihak admin mengambil keputusan untuk membatalkan saja deklamasi puisi itu. Tapi aku takut sekali kalau perasaan bersalah menghantui aku kalau aku sampai mengecewakannya. Maklumlah, hajat orang tua...

Sambutan Hari Guru dan Short Movie.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, merasmikan majlis Sambutan Hari Guru
Akhirnya,

Hari ini tiba juga. Perjuangan selama dua minggu yang perit, lelah, menyakitkan dan sekaligus menyeronokkan.

Aku tak mengharapkan yang terbaik sebab aku tahu tak ada satupun dari kami yang pro. Semuanya amatur. Satu-satunya yang kuharapkan dari mula lagi ialah agar misiku sampai ke hati penonton. Aku cuma berharap agar masyarakat tahu bahawa seorang guru itu tetap manusia biasa, yang punya perasaan yang bernama khilaf. Bukan untuk memaafkan kekurangan itu, tapi untuk kita semua saling memahami dan memberi ruang untuk berdiri kembali setelah patah bersama sayap waktu. Seorang pemimpin itu juga memainkan peranan yang penting dalam membina kembali jati diri seorang guru. Bukan hanya sekadar memberi hukuman dan memaksa guru itu melepaskan jawatannya. Kehebatan seorang pemimpin itu adalah bergantung pada caranya menyuntik dan membakar kembali iltizam keguruan agar guru-guru itu tidak terus hanyut dalam kalut yang digumulinya.
Friday, June 24, 2011 | By: Luna Biru

Final Cut

Malam terakhir.

Dan kurang 70% siap seperti sepatutnya.

Aku tak panik sebab aku percaya pada kemampuan editor dan director.

Soalnya aku penat betul,mengantuk dan memerlukan rehat dalam kadar segera sebelum aku jadi
mangsa longlai besok.

Aku juga nak tengok Maharaja Lawak, Final.

It's really final.
Thursday, June 23, 2011 | By: Luna Biru
Wednesday, June 22, 2011 | By: Luna Biru

Kejutkan aku


Kalau besok aku masih tidur
saat kau bangun,
tolong kejutkan aku.
Jangan pergi sebelum aku sedar
supaya aku tahu bahawa kau masih ada
menghangatkan tilam kasihku
seperti selalu.

Kalau besok aku masih sedih
saat kau ingin pergi,
tolong sedarkan aku
bahawa kau selalu ada
meski tak terlihat di depan mata
tapi tetap bertasbih di dalam hati.

Tawar


Tawar di kopi boleh dicampur gula.

Tawar di hati?

Kembalikanlah manisku.

Aku ingin menikmati lagi manis kopiku.

Kenapa dia terus menderaku dengan mimpinya?

Tidakkah ada sebuah cara yang lebih baik?

Pasti ada.

Tapi dia tidak pernah ketemu.

Seni itu bodoh


Ia adalah perjuangan yang sia-sia.

Aku tak seharusnya ada dari mula lagi.

Aku tak sewajarnya terlibat dalam suatu reformasi digital yang tidak bermaksud apa-apa selain sebuah kemasyuran.

Perjuangan kami berbeza.

Aku mempertaruhkan seniku yang tidak apa-apa.

Ada apa pada seni?

Pergi mampuslah kau seni!

Lelaki dalam kotak


Lelaki di kotak itu
begitu asyik dengan pistol mainannya
sampai dia tidak melihat aku.
Ah, mana mungkinlah dia dapat melihat aku
sedang di kelilingnya ada tembok yang menghalanginya.

Lelaki di kotak itu kini menatapku hairan
aneh melihatku menyalak-nyalak
ada apa? tanyanya.
Aku cuba berbicara tapi dia tak mengerti
Ah, aku lupa.
Mana mungkinlah dia dapat mengerti aku
sedang bahasa kami jauh berbeza.

Lelaki di kotak itu
kembali bermain dengan pistol mainannya
tak peduli pada aku yang terus menyalak.

100 tahun

[Waiting+For+Summer]

"Sekejap"

Ia adalah sekejap yang panjang, lama dan amat menyakitkan.

Padahal 100 tahun pun aku sanggup menunggu kalau caranya betul.

Tapi tak pernah ada cara yang betul.

Selalu saja silap dalam percaturan dan membuat keputusan.

Tak pernah ada yang betul.

Tak pernah.

Dan takkan pernah. Barangkali.

Aku sudah bosan menunggu.

Seni yang dirosakkan


Cabaran pertama,

Pertaruhan hasil karya seni yang dirosakkan atas desakan masa dan keadaan.

Mahu marah, mahu kesal atau lepas tangan saja?

Lepaskanlah.

Itu lebih baik.

Bila ini selesai, aku janji, aku takkan kembali lagi.
Tuesday, June 21, 2011 | By: Luna Biru

Sekosong kosong


Kosong.

Sesuatu telah membawa keikhlasanku pergi. Lalu aku menipu untuk semua perkara; saat melempar senyum, saat melakar kata, saat melepas ketawa atau bahkan saat aku sepatutnya bahagia.

Jangan bilang aku tidak mengerti. Tapi bohonglah kalau aku tidak merasa sakit hati.  Demi Tuhan, aku tak tahu kenapa aku bertahan begini; untuk impiannya kah atau impianku?

Ah. Lelahku bersaing dengan kekasihnya.

Sebuah Permintaan


Baru saja aku menerima sekeping surat dari seseorang yang bakal bergelar tokoh guru pada tahun ini. Surat itu dihantar sendiri oleh cucu beliau kepada aku. Dalam surat itu, ada terkandung sebuah sajak yang telah beliau cipta sejak tahun 1970-an lagi. Beliau juga ada menyelitkan sekeping nota kecil yang meminta aku mendeklamasikan puisi itu pada saat biodata beliau dibacakan. Tergamam  aku seketika...
Monday, June 20, 2011 | By: Luna Biru

Great instrumental soundtrack - urvashi

Indah betul alunannya....
Aku terbayang-bayang akulah pelaku dalam watak rimanya.
Kikiki...
Saturday, June 18, 2011 | By: Luna Biru

Remaja di tembok





Kelmarin aku lihat
ada sepasang kekasih bertengkar di taman.
Si dara merajuk dan lari
si teruna mengejar lalu memanjat tembok
buk! Jatuh dia melompat dari dinding batu yang tinggi.
Tapi si dara tak mahu berhenti juga
dia terus saja berlari
setelah tentu saja, dia melihat kekasihnya masih selamat.

Petangnya kulihat mereka ketawa lagi
sambil mendongak di tembok yang sama
baru sedar betapa jauhnya dia berlari
atau betapa tingginya dia melompat.
Aneh, fikirku.
Ada-ada saja cinta anak-anak
bisa berkelahi macam setan mengamuk
Sekejap, lalu berbaik lagi.

Hari ini remaja itu sudah setua aku
atau, kami kah remaja itu?
Kenapa masih seperti anak-anak?
Mungkin cinta bukan aneh.
Tapi tidak pernah tua.

Aku tak tahu mesti ketawa atau menangis.

Maafkan aku, pari-pari kecil

Pari-pari kecil singgah ke mukaku
aneh bila aku bisa melihat mereka
sedang langit masih biru
eh, dunia masih cerah,kan?
bulan belum ada
aku juga bukan di hutan.

Barangkali aku bermimpi
tolong cubit pipiku
sedarkan aku
jagakan aku
aku tak mahu angan ini membunuhku.
Lihat, ada lelaki di duduk di depan kepalaku
tekun memintal benang yang sudah digulung.
tapi...hei! Tunggu! Kenapa kau diam saja di situ?
Tak mahukah kau membantuku?

Pari-pari kecil terus menari
aku tak tahu apa lagunya
suaranya perlahan sekali
Lihat! Dia cuba mengabarkan sesuatu padaku.

Ada apa pari-pari kecil?
Datang lebih dekat agar aku bisa mendengarmu.


Oh...rupanya dia cuma mahu menghiburkanku
katanya, air mataku sudah membanjiri dunia mereka
ibunya juga sudah mati lemas

Salahku kah?


Ya, katanya.

Jadi aku harus berhenti menangis?


Dia mengangguk.

Tapi aku sedang berduka, pari-pari, mengertilah.

Pari-pari kecil itu menggeleng.
Katanya, dia jauh lebih sedih dariku. Tapi dia harus bangkit juga
untuk menghiburkanku sebelum seluruh dunianya
hancur dalam laut airmataku.

Ya Tuhan! Kenapa aku jadi manusia yang pentingkan diri?
Tangisku ternyata telah membunuh jiwa makhluk lain.
Maafkan aku pari-pari kecil!

Pulanglah pari-pari.
Aku berjanji aku akan segera tersenyum kembali

Ratu Anjing; Yang Melengking Itu (Panggak Binasa Terlajak Kata)



Ratu anjing itupun melengking
menyalak galak mengasah taring
setelah lepas tersepit pengancing
lalu keluar dari kandang akal yang sinting;
munci;Wajah yang sering berpaling
dan sanggah yang polang-poling
menunjuk telunjuk berkait kelingking.
Makhluk juga; Takdirnya dia….anjing
tabiat ‘bagai melihat bayang di air yang bening’.

II
Masyarakat anjing itupun riuh
menyambut pulang seekor tokoh
dari paksina kedaksina gamat gemuruh
menggonggong tulang-tulang tanpa roh
pameo pusaka dari benua jauh
panggak yang terlanjur angkuh
alibi ‘telur tembelang’di hari ketujuh
telah jatuh ke wajah ratu yang selingkuh
mengandaikan kabilah mudah diperbodoh
III
Suci suatu subuh itu terganggu
salak anjing antara azan yang syahdu
melihat kelibat siluman dan hantu
tawakal muazin menuju nawaitu
tertip titipan taqwa pada yang satu
biarkan ratu anjing itu menyalak waktu
bukit bukau tetap jitu
gung-ganang tetap padu
manusia perlu berakal dan berilmu
IV
Alam maya bukan mutlak milik kita
dipinjamkan cuma sementara
dipentas ini kesempatan bersama
berjuta makhluk berbagai rupa
ketentuan anjing-anjing juga ada
V
Kok anjing biar menyalak
Kok bukit diar berpuncak
Kok terasa menyelar bijak
bumi juga tempat berpijak
padah kata bila kata terlajak.
________________________________________________________________________________
Ironis sungguh! Tapi menepati sakit hatiku. 

Doa belum cukup


Ada nelayan menjahit jala yang koyak
Ada labah-labah menjaring sarangnya yang terbelah
Ada burung yang memungut ranting di bawah pohon
Ada kucing menimbus pasir di panas terik.

Masing-masing cuba memperbaiki masa dan kesilapan
agar semuanya bisa ditebus dan hidup kembali normal.

Sedang kita?
Cuma pasrah di kaki doa
tanpa munajat.

Belum ada satupun yang diketuk
Belum ada apapun yang ditampal
selalu masih bengkok dan bocor.

Sampai kapan?

Kalau besok kita mati

Pink water lily (click to view)

Dakaplah aku
kerna mungkin tak kan ada hari begini lagi
sedang besok Tuhan menjemput
salah satu dari kita
hingga tak ada kita lagi
hanya sendiri.

Kucuplah keningku
saat kau ingin pergi
kerna mungkin itu yang terakhir kali
aku melihatmu
atau kau menatap aku
sedang kita tak tahu kapan
ajal berdiri di muka pintu
menuntut janji yang sudah terjanji.

Hangatkanlah aku
sebelum besok hanya dingin
yang menyelimut kesal
atas masa yang telah kita cicirkan.

radja-aku ada karena kau ada

Kalau aku bisa menangis,
aku akan menangis dari tadi.
Kalau mampu kutulis,
pasti sudah dapat kau baca dari kelmarin.
Kalau dapat kuhampar,
pasti sudah lama terbentang di depanmu.
Kalau aku mampu buat kau mengerti,
pasti bulanku tak berwarna kelabu.

Tapi aku tak pernah bisa.

Dungu kucari bahasa untuk mencerna luahku.
Lalu aku pun kelihatan seperti manusia yang tamak cinta.
Sampai aku sedar bahawa suatu kau akan bosan lalu meninggalkan aku.

Tapi sumpah aku tak mau mengaut untung darimu.

Ah, penjelasan lagi! Klise!

Jadi aku harus apa?

Belah dadaku biar kau dengar terus ke dalam?


Ada apa dengan cinta?


Biar sudah bertahun, aku tetap suka sama filem ini. Ada apa dengan filem ini sampai aku boleh jadi jatuh cinta sekali?

Ya. Ada apa dengan cinta?

Dalam cinta itu ada macam-macam
punya segala yang buat kita selalu fikir ia aneh
tapi kitalah yang aneh dan bertindak aneh
Ada apa dengan cinta?
Tidak. Ada apa dengan kita.
Hingga kita selalu membuat cinta itu sendiri
tersesat mencari dirinya.

Teori, Konsep dan Aplikasi

Persoalan tentang cara kita berkerja membawa pada satu kesedaran bahawa tidak satupun manusia itu sama wataknya. Ada yang penuh sistem, ada yang suka belasah saja, ada pula penuh perfectionist. Tidak kurang juga suka menggabungkan ketiganya, atau kemudiannya ada juga yang bangkit dengan cara sendiri. Hasilnya pula bergantung kepada daya usaha itu sendiri. Tidak ada teori yang benar 100% kerana keputusan hasil usaha itu kadang-kadang sulit diramalkan. Persoalannya, bukan siapa yang benar, soalnya, cara mana yang lebih produktif itulah yang perlu diambilkira. Pun kadang-kadang, produktiviti juga tidak akan ada maknanya kalau kualiti tidak ada. Nah...lalu di sinilah wujudnya satu sisi yang perlu diperdebatkan lagi antara keduanya. Tapi tidak mungkinkah keduanya dapat disatukan dengan satu cara yang lebih mudah tanpa perlu menyeksa diri dan menyusahkan orang lain?

Derit pintu


Derit di pintu buat aku sedar
kalau marahmu sudah sampai.
Aku sudah bersedia menunggumu dengan
api di tanganku dan pedang di bibirku.
Kita pun bertempurlah.

Namun ini bukan soal samada kau betul atau aku salah.
Atau aku menang dan kau kalah.
Tak ada satupun yang untung
kalau jawapannya memihak salah satu dari kita.
Pada akhirnya, kita hanya menggadai langkah yang sudah sejauh ini
bersama arang dan abu di tapak tangan.

Mengertilah bahawa aku ingin sekali menikmati bahagiamu,
tersenyum di sisimu melihat kejayaanmu.
Tapi aku tak sanggup melihatmu membakar diri.
Sedang apa yang kau cari ada di depanmu, tapi kau tak melihat.
Lelah kubuat kau percaya.

Jangan dihempas pintu lagi. Ia sudah sakit, sesakit kita.

Persetan kau setan!


Kadang, saat kesabaran berpaling,
kita pun jadi masing-masing.
Hanyut mencari isolasi untuk mendakap rasional kembali.
Waktu pun sepi.
Membawa pergi bayang bertindih antara kau dan aku.

Lantas, saat hati sudah mulai kembali tersenyum,
aku mendengar lagumu mendesik di sukmaku.
Sumbang sekali bunyinya.
Tapi aku tahu itu memang kamu,
datang lagi bersama getar cinta yang kau bawa di bibir maaf.
Ah...bukan semuanya silapmu.
Aku juga bukan malaikat yang wajar menghakimimu
sedang aku sendiri punya setan dalam hatiku.

Persetan dengan setan yang meniup!
Aku menyintaimu lebih dari semesta duniaku.
Bukankah kita memang tercipta untuk saling menyatu?
Rusuk kirimu sudah kuambil satu, ada di dalam aku.
Mana mungkin bisa kupisahkannya lagi dariku.
Dan kau juga takkan bisa mengambilnya lagi diriku.

Kita yang tersesat waktu



Suatu waktu kita dipaksa berdepan untuk berkata benar tapi pahit
   atau terus berdusta untuk bahagia.
      Lalu kita memilih diam.
         Namun hati tidaklah tercipta untuk terus berhipokrasi dalam tempoh yang lama.
              Maka saat emosi mengalahkan logika, kita pun tewas.

Entah lantaran khilaf atau bebal, ataukah sememangnya kebenaran itu harus memang terungkap dalam bentuk menyakitkan?

Cinta memang aneh.
Ia mampu saja menyasar kita ke landasan yang mengelirukan
hingga akal pun selalu tersesat jalan.
Kalau warasnya terhenti di simpang tiga,
kenapa kita tidak balik saja di jalan yang cuma ada satu tanpa simpang,
supaya langkah kita tak semakin tersiur?

Aku juga sudah lelah menjadi kompasmu, sedang kau juga sudah penat meminjamnya dariku.  

Akmal Hariri plays Selamat Pagi Cinta - HQ piano solo

Aku ditugaskan untuk memilih lagu tema dan muzik latar untuk short movie sempena Hari Guru. Aku belum jumpa yang power killer. Tapi mungkin ini salah satu yang bakal menjadi pilihan. Indah betul alunan muziknya. Tahniah untuk Akmal Hairi.

Makan-makan di First Beach, Tanjung Aru, KK

Jom lepak di First Beach, KK, Gerai Lot No.39. Memang sedap! Marvellous!

Kekuatan Cinta Seorang Guru : Behind the scene at SMK Takis Papar


Akhirnya shooting untuk short movie sempena pelancaran Hari Guru 2011 pun bermula sudah. Sebenarnya, shootong sudah bermula sejak kelmarin di Sk.Kambizaan. Hari ni giliran aku pula untuk memulakan babak aku di SMK.Takis. Aku benar-benar berharap agar casting yang aku buat kelmarin membantu kelancaran shooting hari ni.

Perdana Park, KK : A date with kids


Teringin betul mau tengok air menari di Perdana Park (musical fountain), Tanjung Aru, KK. So, petang tu dalam hujan lebat kami pun berangkat. Apa yang berbeza kali ni, abang tak ikut sebab sibuk editing dan digantikan pula dengan umi. Kami sampai ngam-ngam jam 7.30. Fuh! Punyalah cantekkk! Cakap banyak pun tak guna, kalau korang ada masa, jomlah datang ni. It's free! Cuma bayar parking fee RM1.50 saja.

Banyak betul peristiwa lucu yang terjadi hari ni. Kami gelak sepanjang perjalanan sampai terpaksa berhenti tepi jalan sebab terkencing dalam seluar. Hahaha! Terima Kasih, Ya Allah, kerana mengurniakan hari yang indah ini. Semoga ia kekal di hati anak-anakku...



Kad Hari Guru Acik

Semalam Acik berusaha buat kad hari guru untuk Ustazah Masnih, kesayangannya. Dekat jam 11.00 malam baru tertidur. Dia mau buat sekeping kad yang teramat special. Akhirnya, siaplah juga kadnya....saksikanlah...

Wednesday, June 15, 2011 | By: Luna Biru

Buku skrap ku dah hampir siap!


Sudah sebulan aku dan ahli kumpulan anak didikku berusaha menyiapkan buku skrap sempena pertandingan BUKU SKRAP yang dianjurkan oleh PENGGUNA.
Tarikh tutup pertandingan ini ialah pada 17 Jun 2011. Mudah-mudahan lah kami menang. Hanya satu yang merisaukan aku ialah tentang pertindihan tugas yang sangat mendesak sekarang ini. Aku telah menerima surat rasmi dari PPD pagi tadi yang menyatakan penglibatan aku dalam projek filem pendek abang.
Terus-terang aku rasa aku tak berapa nak kerja dengan abang sungguhpun aku suka dengan kerja baru ni. Tapi melihatnya bersungguh-sungguh mengajakku, maka aku rasa aku tak patut nak kecewakan dia. Lagipun selama ni, abang sentiasa ada di sisi aku untuk membantuku dalam urusan rasmi.
Entahlah...apapun jom tengok Buku Skrap kami yang Cuma perlu melalui proses pemurnian terakhir.

Sekitar majlis perkahwinan anak mantan PK Kokum : Cikgu Salleh Tami

11 June, 2011 bersamaan dengan hari Sabtu, Majlis perkahwinan anak mantan PK Kokum aku sekaligus my old best friend. Rasanya, inilah kali pertama kali bertemu kembali sejak hari persaraannya. Bahkan majlis persaraannya pun hari tu aku tak sempat pergi. Meriah betul majlis yang diadakan di dewan Lok Kawi Height ni. Pelamin pun bukan alang-alang mewahnya. Semoga bahagialah hendaknya pengantin kita ke anak cucu. Amin....

Salah naik keretapi

Atas pujukan Abe, akhirnya kami pun naik keretapi dari stesen Tanjung Aru ke Papar. Teringin betul dia merasa naik keretapi baru yang menggantikan keretapi lama yang banyak nostalgianya. Malangnya, bila sudah beli tiket, baru kami tahu yang rupanya hari tu KTM memang gunakan keretapi lama. Huhu....apa boleh buat, terpaksa jugalah naik. Kesian Abe...terpaksalah naik lagi lain kali.

Casting untuk Short Movie


Idea membuat filem pendek ini adalah kesinambungan daripada tayangan sempena Pelancaran Netbook 1 Malaysia yang telah disempurnakan oleh team multimedia yang diketuai oleh abang sendiri.

Kami telah melalui beberapa perbincangan untuk mempersembahkan satu jalan cerita yang telah dipersetujui bersama. Aku bertugas sebagai penulis skrip dan pengarah lakon layar. Lokasi pilihan kami untuk menjayakan filem ini ialah Sk. Kambizaan dan SMK Takis, Papar.

KL Gangster! Terbaik wok!

Add caption
Apa yang nak aku katakan tentang filem ni?

Fuh! Terbaik wok! Mantap gila. Inilah yang dikatakan filem. Ia bukan saja menyajikan satu jalan cerita yang berbekas tetapi juga satu kepuasan yang membuatkan kita tak menyesal melabur duit di pawagam. I love the fighting scene yang nampak natural dan antogonis. Rasanya inilah satu-satunya filem melayu yang buat aku bersemangat tengok aksi bergaduh.

Cuma aku fikir cerita ni akan lebih mantap kalau Syamsul beri sedikit perhatian pada hal-hal kecil yang boleh menyuntik rasa kemanusiaan yang lebih mendalam. Contohnya, adegan lebih mantap kalau Malek gunakan pedang samurai Fadhil untuk balas dendam berbanding kayu baseball. Begitu juga dengan watak Zeti yang kurang diberi penekanan. Sepatutnya, sedikit sebanyak, Syamsul kena juga buat adegan flash back. Lebih daripada tu adegan juga lebih mantap kalau King ambil berat pasal mak Malek. Yalah, dorang kan kawan...Tapi mungkin Syamsul tak cukup bajet masa. Aku juga tak puas hati yang last sekali Dragon pula yang bunuh Shark. Apapun, memang terbaik!

Jalan-jalan tengok wayang...




Friday, June 10, 2011 | By: Luna Biru

Karam Singh Walia, aku dan Jebat

Merujuk kembali kes hina kaum melayu yang dicanang dari mulut Karam Singh Walia. Aku dah tengok video tu yang dikongsi oleh Shafizah. Terpempan juga aku seketika saat menyaksikan perkelahian yang agak dramatik itu.

Aku malas nak komen jauh-jauh. Pertamanya, isu ni dah lama dan Encik Karam kita pun dah minta maaf secara terbuka. Dia juga sudah pun memberi penjelasan secara rasmi.

Kompas waktu


Barangkali saja kompasku cicir di lumur waktu yang hingar. Meskipun hingar tapi aku masih terasa kerdil dan sepi. Kosong. Lalu kosong itu membuang aku ke laut rasa yang hampa. 

Kalau benar kompasku hilang, kenapa angin tak memandu aku pulang? Mentari pun menyisih di balik awan hingga bulanku suram warna. Aku tak melihat bayangku lagi. Masih wujudkah aku sedang kakiku terpacak di atas tanah?

Ke mana aku?
Monday, June 6, 2011 | By: Luna Biru

Terima kasih,cikgu!!

Kita pendidik mestikah meracau
pada yang namanya sebuah kepayahan
   - jalan-jalan yang tak berturap
   - rangkaian listrik yang tidak berpacak
   - sungai,onak dan lumpur menghampar ke papan tulis
Kalut, jaringan Internet yang tidak berjalur lebar?


Kita pendidik mestikah meraung
pada nama yang kononnya 'Modenisasi'
   - anak-anak didik bergayutan di kaki nafsu
     adab diinjak tak bertuan
     tularan bohsia,anak ikan,hippies,kaki rempit
     black metal ke penjara dadah,aids dan maut
     yang kian hebat melatari dunia didikan?


Kita pendidik bisakah bertitah
Mendabik dada mewadaat jasa
Merasa punca pada yang 'Kemilau'
   ...yang Megah di kerusi parlimen
      yang Bermandi peluh di bilik bedah
      Bersabung nyawa di sempadan negara
      Melantang laung di legar hukum
      yang gemerlap di medan seni
      atau sekadar mengetik di ruang hawa dingin
      sekalipun yang cuma pewaris gelaran kita ?


Kita pendidik keluhan adalah klise
Sepadang persoalan direntang
Sehampar harapan dibentang !


Tidak mudah menjadi kita
Kerana imbalan bukanlah rasuah
untuk bertahan di arena ini
seringnya dicanang 
   ....yang 'Kemilau' bukan kita penggilapnya
   ...yang 'Malap' kitalah penguburnya 
Inilah Gadai Maruah seorang yang bernama kita !


Kita pendidik 
biasa tersandung dan telungkup
bisa tersasul dan melatah
pernah di pasak dan di pasung
Seharusnya kecundang bukan kehancuran
Sememangnya kita masih dimandatkan !


Siapapun kita pendidik 
masih tiada jeranya ' mengasah belakang parang'
Sekalipun yang meleper,membulat atau berkarat !


Terima kasih Cikgu !!


Merah Kasih
01062011.
16.20

Puisi ini ku cedok dari koleksi puisi kekandaku, Zat Zarina.