Sunday, November 10, 2013 | By: Luna Biru

Sumbu, lilin dan api

Sudah beberapa kali aku dan abang berselisih pendapat pasal perkara yang sama. Fokus utama perbincangan ialah sejauh mana peranan guru dan ibubapa dalam hidup kanak-kanak a.k.a murid.

Sudah tentu ibu bapa memainkan peranan paling besar. Itu kenyataan yang tidak mampu kita nafikan. Tapi persoalannya, sejauh mana peranan kita sebagai guru dalam menyuntik semangat perubahan dalam diri murid hingga mereka mampu mengadaptasikan masalah yang mereka hadapi sebagai satu kekuatan dalam diri?

Kita guru tidak akan mampu mengubah ibu bapa. Itu pun satu kenyataan yang perlu kita terima. Lainlah kalau kita tinggal di Jepun atau di barat yang mengamalkan budaya parents day setiap bulan. Tapi masalahnya kita tinggal di Malaysia yang ibubapanya sangat sombong untuk berbincang, sangat ego untuk ditegur bahkan sangat angkuh untuk berubah. Buatlah seminar motivasi ibubapa, jemputlah pakar-pakar motivasi terhebat dunia, ia takkan mampu ubah apa-apa. Semua itu hanya akan membuahkan bibit2 ego yang akhirnya membuat mereka, si ibubapa ini sanggup bertindak samada memindahkan anak mereka ke sekolah yang lebih sporting atau paling kejam memberhentikan anak mereka terus dari sekolah.


Jesteru, mengharapkan ibubapa ini berubah adalah satu harapan yang fatal. Meskipun ia bukanlah hal yang mustahil untuk dilakukan terutamnya di sekolah2 bandar yang ibubapanya lebih berpendidikan. Tapi sekarang fokus kita adalah kepada ibubapa di sekolah separa luar bandar. Baiklah. Aku khususkan  topik ini untuk sekolah di daerahku saja hasil pengalaman 16 tahun mengajar.

Oleh kerana kita tidak mampu mengubah ibubapa dan meletakkan harapan agar mereka mahu berubah, maka kitalah yang berubah. Betubah dalam menerima kelamahan sistem kekeluargaan ini sebagai sesuatu yang perlu kita hadapi dalam dunia keguruan. Sebagai guru, kita juga kena fahamkan budak bahawa apapun masalah keluarga yabg mereka hadapi di rumah, itu adalah sesuatu yang di luar kemampuan kita untuk mengubah. Murid itulah yang perlu berubah dan menerina kehidupan mereka dan kemudiannya mengadaptasikan hidup mereka sesuai dengan kehidupan yang merrka jalani. Sebab itu kaunseling sangat penting di sekolah. Ia membantu murid menerima kenyataan hidup. Tapi masalahnya, ramai yang ingatkan kaunseling ni sebagai atu bantuan keajaiban.

Dalam hal ini aku percaya, kalau kita guru mampu membuatkan murid memahami akan tanggungjawab mereka dalam dunia, kita tak perlu susah2 nak mengubah ibubapa. Diibaratkan ibubapa adalah sistem, maka aku percaya bahawa sistem adalah perkara yabg paling sukar untuk diubah. Tapi kalau kita berubah, maka sistem akan berubah dengan sendirinya. Maksudnya di sini, kalau kita mampu menyuntik semangat kerajinan dan tanggungjawab pada diri seseorang murid hingga mereka jadi komited di rumah, maka secara automatiknya sikap ibubapa yang suka menyuruh anak membuat kerja2 sampingan di rumah akan berubah juga. Cuba bayangkan kalau seorang murid yang datang dari keluarga nelayan, yang setiap petang membantu ayah mereka di jeti membawa buku kerja sekolah  ke jeti. Sudah pastilah ayah itu akhirnya akan mengalah dan memberi laluan pada si anak untuk membuat kerja sekolahnya dulu.

Perkara ni memang susah pada mulanya. Aku sendiri sudah melalui hal2 yang kurang menyenangkan semata2 kerana percaya pada prinsip yang mustahil ini. Aku pernah diserang dengan parang, aku pernah diadu di PPD, seorang ayah pernah menghentakkan kepala anaknya ke dinding kerana hal ini di depan mataku, sekumpulan geng pernah menjumpai aku di sekolah untuk mengugutku, bahkan, aku sudah berkali2 dijumpai ibubapa. Semuanya kerana anak yang mereka gunakan untuk membantu mereka di kebun, di gerai, di rumah selama ini mulai mengubah sikap dengan mengambil berat pada pelajaran. Mereka marah kerana anak yang mereka harapkan itu mulai menghabiskan masa dengan membuat kerja rumah. Anehkan? Tapi itilah hakikat yang berlaku di sini, di daerahku, sebahagiannya tentu saja.

Tapi Alhamdulilah, akhirnya mereka berubah juga. Begitu melihat kesungguhan anak mereka, apalagi melihat perubahan peningkatan mata pelajaran, kemarahan itu segera menyusut. Persepsi mereka mulai berubah. Paling penting, mereka sudah mulai mengurangi penggunaan tenaga kanak2 dalam membantu kehidupan mereka seharian.  Keajaiban berlaku. Sesuatu yang dianggap mustahil oleh sebilangan guru2 sebenarnya bukanlah terlalu sukar untuk dilakukan asalkan kita kuat semangat untuk tahan dimaki.

Sekarang kau lihatkan? Kita memang susah mengubah sistem. Tapi bila kita berubah, sistem akan berubah dengan sendirinya. Sistem itulah yang kemudiannya terpaksa mengadaptasi dirinya dengan perubahan...

Kesimpulannya, kalau diibaratkan lilin, maka peranan kita adalah sebagai sumbu dan murid itu adalah si pemetik api yang menyalakan lilin itu. Api yang dihidupkan pada lilin, dan cahaya yang menerangi kegelapan itu adalah suatu proses yang memerlukan kesepaduan dari semua pihak. Lilin tidak akan hidup tanpa sumbu. Sumbu takkan berguna tanpa api. Lilin takkan berguna kalau digunakan di tempat terang. Baik guru, ibubapa, masyarakat dan persekitaran sama2 penting dalam menghasilkan individu yang luhur. Namun mungkin peranan kita lebih penting kerana kita adalah yang paling berpendidikan antara semuanya. Kita adalah golongan professional yang diberi latihan dan didikan semata2 untuk menjulang gelaran guru. Apalah yang kita harapkan dari ibubapa yang kebanyakannya datang dari sosioekonomi yang rendah, latarbelakang pendidikan yang lemah, malahan ada antaranya yang masih terlalu muda untuk menjadi ibubapa. Dengan segala tekanan ekonomi yang melanda negara kita, dengan kenaikan harga barang dan petrol, ibubapa semakin struggle menghadapi hidup hingga kerahan tenaga muda anak2 dalam membantu mencari pendapatan sampingan terpaksa dilakukan. Kita takkan mungkin dapat mengubah semua itu. Apa yang boleh kita lakukan adalah menerima keadaan itu dan memastikan murid juga menerimanya agar kita sama2 mengadaptasikan keadaan itu dengan cara yang paling bijaksana.

Wallahuaklam...


P/s: teringat satu peristiwa bila seorang ayah membawa parang ke sekolah kerana marah anaknya buat kerja rumah di kebun. Katanya:
"Cikgu, kau tu cikgu gaji ribu2. Anak aku pandai ke tak pandai ke kau tetap terima gaji. Kau peduli apa kalau anak aku tak pandai. Suka hati diaah dia nak jadi apa besar nanti. Dia mau jadi pencuri ka, pelacur ka, kau peduli apa? Oi cikgu, ulat dalam batu pun hidup ba, apalagi manusia!"
Waktu tu aku cuma tatap muka dia dgn dahi berkerut. Last2 aku ketawa dan cakap adalagi manusia fikiran maca kau ni dunia rupanya...punyalah dia marah besar. Sikit nak dilibasnya aku dgn parang...hampeh.

0 comments:

Post a Comment