Alhamdulillah...selesai kini musim-musim kritikal Mizan. Hasil ujian darah petang tadi menunjukkan Mizan sudah benar-benar bebas dari virus yang menghukumnya semenjak dua minggu lepas. Hampir menitis air mataku. Hilang segala kemarahan kerana terpaksa menunggu lebih 8 jam di luar wad...
Sudah dua kali Mizan melalui fasa kritikal. Dua tahun lalu dia sakit sampai tinggal tengkorak. Kali ini sakitnya bakal membawa lumpuh kekal. Kedua-duanya diberi keajaiban oleh Allah dengan kesembuhan yang luar biasa. Maha suci Engkau, ya Allah...! Betapa cepatnya Dia menunaikan permintaan kami.
Ah...apalagi nikmat Tuhan yang engkau dustakan?
0 comments:
Post a Comment