Monday, November 18, 2013 | By: Luna Biru

biarkan aku menulis

Aku ingin menulis sebanyak2nya. Tentang apa saja! Asalkan aku bisa mengetik2 papan kekunci ini dan mencurah2kan untung nasibku di dinding bisu ini. Barangkali di sinilah letaknya bahagiaku. Sepertimana umi bahagia hidup dengan leteran dan aduan2nya; seperti abah yang bahagia dengan facebooknya; abang dengan gajetnya; Arin dengan bolanya; Ayang dengan kemalasannya dan Anies dengan lamunannya.


Kita semua terus-menerus mencari bahagia setelah gagal meraihnya dalam bentuk yang kita inginkan. Kita cuba mencipta dunia yang kita percaya akan berpihak pada kita. Itukah makna bahagia? Atau sebenarnya kita adalah pembohong?

Ah...aku ingin terus menulis. Menulis sampai dada dan lidahku terbakar oleh asap racun nyamuk dan rokok. Aku mahu hitamkan jiwaku sepekat kopi2 yang kuminum setiap dua jam. Aku ingin masuk ke dunia matriks dalam ruang CPU ini dan memekik2 di dalamnya. Mana tahu pekikan itu berubah jadi kod2 tulisan lalu menhasilkan sebuah novel yang menyingkap seluruh gontai jiwaku? Jadi tak perlulah lagi aku menghabiskan masa menulis2 lagi. Aku sudah letih memalingkan bahagia di ruang ini.

Aku mahu terus menulis dan menulis. Idea di kepalaku adalah ibarat pheonix yang marah. Pheonix itu tak sedar kalau ia hidup ditubuhku yang kerdil. Aku sudah mendamprat sistem pendidikan dan ketua jabatanku yang memegang periuk nasiku kerana kegilaan menulis ini; juga kerana sang pheonix sudah terlanjur hidup dalam kepalaku.

Berlandaskan pada prinsip percaya yang kupegang selama ini, maka kemanakah halatuju kepercayaan itu sekarang? Adakah aku percaya bahawa bahan penulisanku bakal mengubah dunia? Ya, barangkali yang bakal diubah adalah duniaku sendiri.




P/S: kalau kamu tidak memahami makna tulisan ini, itu bermakna otakku sudah benar2 biul. Sebentar lagi penyakit murung bakal menyusul dan aku akan hilang makna percayaku.

0 comments:

Post a Comment