Rawatan Mizan di hari kedua pun dilanjutkan di Hospital Papar.
Beberapa simptom yang masih belum terjawab memaksa Mizan untuk menjadi penghuni di sini. Saat ku ketik keypad ini Mizan sedang tidur di pembaringannya yang terlalu sempit untuk kutumpang sekaki. Nyesal pula tak admit di Likas kelmarin. Kalau tak, tak perlulah aku tidur atas lantai. Lagipun, selain resting dan rawatan asas, tiada apa yg dpt Mizan dapat di sini kerana semuanya pun kena tunggu keputusan dari Likas juga. Ok. Di situ aku dan abang silap membuat keputusan.
Pagi tadi Mizan mengalami kekejangan perut yang begitu menakutkan. Dia segera dihantar ke bilik x-ray dan dokter mengesan kalau urat perutnya terbelit. Mizan segera diberi rawatan kritikal. Menurut dokter, kalau rawatan itu tidak berhasil menyembuhkannya, maka dia akan segera dibedah.
Kepalaku mendadak sakit. Baru semalam kami dikejutkan dengan cecair nanah yang tiba-tiba keluar dari penisnya hasil dari implikasi virus dalam saluran pundi kencingnya. Belum pun hilang kekalutan itu, hari ini kami dikejutkan lagi dengan berita yang mengejutkan ini. Saat hatiku bergumam dengan penuh tanda tanya, tiba-tiba aku teringatkan seorang sahabat yang pernah melalui kekalutan yang lebih parah dari yang aku lalui. Ah...dugaannya jauh lebih berat dariku. Apa yang kuhadapi saat ini ibarat sekelumit dugaan yang sama sekali tidak wajar untuk meruntuhkan dinding ketabahanku. Kalau dia boleh melaluinya dengan tabah hingga takdir pun mengalah dengan doanya, kenapa tidak aku?
0 comments:
Post a Comment