Saturday, November 2, 2013 | By: Luna Biru

Potassium vs Demam Viral

Ini adalah lanjutan daripada entry sebelum ini
Saat enty ini kutaip, kami sudah selamat sampai ke rumah. Alhamdulillah...Mizan sudah melewati musim kritikalnya. Seharusnya saat ini kami berada di salah sebuah bilik dingin dan kaku dalam bangunan Hospital Likas. Tapi aku berkeras mahu membawa Mizan pulang. Masih ada alternatif lain, kukira. 

Keputusan darah Mizan yang kami tunggu-tunggu sejak tengahari tadi sudah selamat kami terima. Jawapannya memang sudah diduga iaitu dia memang mengalami kehilangan zat makanan berupa garam mineral yang secara hukumnya dipanggil potasium. Kehilangan bukan kekurangan, bak penjelasan dokter cina muda itu tadi. Kehilangan potasium adalah rentetan dari demam yang berlarutan hingga menyebabkan kekurangan air dalam badan, pembuangan cecair berupa urine dan muntah juga dari peluh. Ia boleh digantikan sekiranya si pesakit segera mengisikannya kembali dengan makan dan minum. Malangnya selera makan pesakit lazimnya akan jatuh merosot hingga akhirnya kehilangan ini tidak dapat digantikan dengan kadar segera. 

Mizan memang sudah sakit semenjak pulang dari Ranau minggu lalu. Sebenarnya bukan Mizan saja yang diserang demam, tapi juga Abe. Panas di badan yang menyerang seakan tidak pernah mahu dihalau pergi meski sudah berpuluh ubat ditelan. Aku dan abang dengan penuh setia menuam badan mereka dengan tuala basah tapi panas itu masih terus degil bertahan. 

5 hari berlalu, keadaan masih begitu-begitu juga. Aku mulai risau dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Aku bertanggapan bahawa demam mereka ini adalah satu simptom kepada penyakit lain, dan bukannya sekadar demam biasa. Tatkala Mizan mengadu kakinya sakit tadi pagi, sangkaanku hampir mengena sasarannya...

Lanjutan daripada pemeriksaan darah Mizan tadi, hasil diagnos, ternyata Mizan juga mengalami kekurangan sel darah putih yang diakibatkan dari demam viral. Apa itu demam virus, maka kenalah goggle sendiri. Aku pun jenuh nak mengoggle sebab dokter tu cuma bagitau sedikit saja...

"Selalunya viral fever ni akan ambil masa Ubat-ubat yang diberikan bertujuan memberi kelegaan dari tanda-tanda jangkitan virus-virus ini seperti selsema, sakit sendi, sakit badan dan batuk. Pemulihan tubuh dari jangkitan virus ini hanya apabila tubuh anda menghasilkan antibodi yang sesuai untuk membunuh virus-virus tersebut. Jangkamasa pemulihan dari semua jangkitan virus secara umumnya bergantung kepada berapa lama masa yang diperlukan oleh sistem pertahanan anda menghasilkan antibodi khusus terhadap virus yang sedang menjangkiti anda. Antibodi perlu dihasilkan oleh tubuh sendiri." Sources: DR SHAHRIAH

Besok, pemeriksaan Mizan akan dilanjutkan lagi di Hospital Papar. Mudah-mudahkan segalanya akan beransur baik. Besok juga aku mahu bawa Abe bersama. Simptom yang ada pada Mizan, ada pada dia juga. Jadi mungkin mereka berdua mengalami penyakit yang sama. Wallahuaklam. 

0 comments:

Post a Comment