Keputusan UPSR sudah diumumkan
dengan rasminya pagi tadi. Sekolah hanya naik sekelumit persen denga kejatuhan
deficit GPS berbanding tahun lalu. Impian 5A juga berhamburan di lantai
harapan. Keputusan tertinggi cuma 4A dengan kuantiti yang membuatkan kedudukan
kami berada di aras yang sangat tidak selamat. Masa depan sudah mampu dijangka
yang pastinya akan bermula petang nanti saat pembentangan post mortem bersama
PPD.
Namun di sebalik getir rasa, dua
berita yang menggembirakan adalah bila keputusan BI ku melonjak ke 70%. 19
orang gagal aku selamatkan out of 64. Hampa rasanya hati bila murid-murid yang
kukira mampu mencapai keputusan yang lebih baik seperti Hadi, Kee dan Hafizah
tewas mempertahankan kedudukan. Syukurlah Wanie, Dayang, Ayu, Nadia dan
beberapa murid kritikal yang masih kritikal di saat-saat akhir bisa juga timbul
di permukaan laut.
Berita kedua sebenarnya lebih
mengujakan. Abe Haiqal yang paling handal dalam mencipta kegundahan hati
ternyata lulus jua dengan keputusan 2A 3C. Aku menangis saat membaca
keputusannya. Betapa tidak, anakku yang selalu menempah tempat paling akhir di
kelas itu ternyata mampu juga menyelamatkan dirinya meskipun pada akhir ujian
percubaan, dia masih juga tenggelam ke dasar laut. Aku senyum sepanjang hari.
Bahagia benar. Kalau orang ketawakan aku pasal bangga ada anak macam tu pun aku
tak kisah. Kalau korang ada anak macam dia, baru korang tahu makna bahagia aku.
Ok. Ni muka happy mothers in the world untuk kejayaan anak yang tak seberapa. Tapi kami tak mengukurnya dengan anak orang lain. Kami membandingkannya dengan kemampuan anak2 kami sendiri. Dan walaupun keputusan itu tidak memenuhi kriteria pelajar cemerlang, kami tetap bahagia...
Seterusya, kami pun semua merai hari terakhir batch 2008-2013 ini dengan air mata...ah...tiada lagi anak yang paling bikin sakit hati ni tahun depan...
1 comments:
Tahniah Abe...semoga Allah selalu merahmati dan memberkati kamu
Post a Comment