Hari ini aku ingin
mengongsikan kejengkelan perasaanku pada beberapa puak manusia yang mempunyai
satu sikap yang sangat membuatku muak. Sikap itu adalah terlalu yakin pada
pendapat sendiri dan selalu merasa bahawa pilihan mereka adalah sesuatu yang
sangat tepat, berintegriti tinggi dan punya 100% kebolehpercayaan tanpa ragu.
Berkomunikasi
dengan manusia seperti ini memaksa kita untuk bertindak lebih baik diam
daripada berkata-kata. Membantah ertinya harus berdebat dan mendengar
hujah-hujah yang kedengarannya hanya rasional dari sudut perspektif mereka
sendiri. Manusia seperti ini tidak pernah menganggap bahawa pendapat dan
perasaan kita penting. Ridicilous, itulah hukuman buat kita kalau ternyata
bercanggah pendapat dengan mereka.
Dan aku,
Bukanlah terlahir
dengan jiwa sang pendebat. Makanya bila berhadapan dengan kumpulan manusia ini,
aku hanya dilihat sebagai wanita pasrah yang ranum untuk diperbodohkan. Perdebatan
bagiku hanyalah suatu hal yang sia-sia kerana titik akhir pada suatu perdebatan
hanyalah antara menang atau kalah. Bila bercakap tentang menang atau kalah,
maka tidak ada satupun dari kita menginginkan kekalahan. Maka untuk meraih
piala kemenangan, kita lazimnya akan melakukan apa saja; termasuklah memberikan
hujah-hujah yang tidak masuk akal, atau lebih fatal lagi kalau sampai
berkelahi. Lalu atas alasan itu aku mengelak untuk berdebat. Dalam konteks ini,
diam ada solusi terbaik.
Persoalannya sekarang,
ke manakah arahnya hala tuju sebuah persahabatan itu kalau hanya salah seorang
menikmati keseronokkannya kerana merasa pendapatnya telah diterima? Sedangkan
di satu pihak lagi, si pengalah merasa sangat terpinggir, merasa tidak
dihargai, hingga kemudiannya kehilangan rasa ikhlas pada hubungan itu?
0 comments:
Post a Comment