Thursday, November 7, 2013 | By: Luna Biru

...aku...

Aku tak dapat nak nafikan kalau kehadiran dia dalam hidup aku sedikit-sebanyak telah menambah warna dan perisa dalam mangkuk kehidupanku. Oleh kerana aku ni jenis manusia yang tandus kawan, maka kewujudannya dengan membawa status itu tentu saja dialu-alukan olehku dengan senang hati. Dia mengingatkan aku pada persahabatan akrab dengan Azizul sepanjang tempoh jadi JU dulu. Memang agak malanglah jadi aku yang selalu merasa serasi dengan manusia yang tak sepatutnya jadi kawan kalau dikira dari segi kenormalan tabii fitrah manusia.

Aku tahu ketidaknormalanku ni selalu mengundang banyak bencana berupa fitnah dan salah sangka. Dan aku pun sangat mengambilkira pemikiran serong orang-orang di sekelilingku meski aku sangat terseksa kerananya. Tapi dalam masa yang sama aku juga mahu menjaga keharmonian perasaanku. Terlalu memikirkan perasaan orang pun tak guna juga kan?

Apapun, aku bersyukur sebab abang faham dan betul-betul kenal siapa aku. Dengan segala keterbukaannya membuat aku sentiasa menjaga nilai kepercayaan yang jadi pegangan kami selama ini. 

Ah...betapa beruntungnya menjadi aku!

0 comments:

Post a Comment