Tuesday, November 26, 2013 | By: Luna Biru

kalau saja suprise mungil itu berlaku...

Perkara terbaik saat bangun pagi adalah mendapati telah tersedia hidangan sarapan pagi di meja makan. Itu adalah impian semua orang. Kesenangan semua orang tak kira apa jantina, status, jawatan bahkan gelarannya di rumah itu. Dan orang itu tentu saja termasuk aku. 

Tapi mungkin agak malang menjadi seorang ibu yang tidak berkemampuan untuk mengupah seorang pembantu rumah menyediakan sarapan di awal pagi. Maka meski dia sendiri lapar, maka terpaksa jugalah dia menyisihkan rasa lapar itu dan menyediakan sarapan untuk ahli rumah. Malangnya lagi, ahli rumah tidak pernah pula mahu tahu kalau di dapur sudah tiada apa-apa lagi yang boleh dimasak, tidak pernah pula peduli kalau kantung si ibu sudah kosong semuanya, tidak pernah pula bertanya kalau-kalau si ibu kekurangan apa-apa untuk penyediaan sarapan. Tidak pernah pula mengadakan kejutan menyediakan sarapan untuk si ibu walaupun cuma sekadar merebus telur setengah masak seperti sinetron-sinetron barat yang bukan main bikin cemburunya. Mereka cuma tahu bahawa tanggungjawab mengisi meja makan itu adalah bagian dari tugas si ibu. Bukan salah mereka. Masyarakat Melayu tipikal kita yang telah menetapkannya begitu, meski dalam Islam ia bukanlah suatu tanggungjawab yang mandatori untuk digalas oleh si ibu. 

Aku mungkin berada di kategori sedikit lapang kerana masih ada umi yang mahu berganti tugas. Meskipun mulutnya ampun2 bisingnya setiap kali menyediakan sarapan, namun ia banyak membantu meringankan beban. Dan sebulan penuh cuti sekolah ini barangkali adalah hukuman termutlak untukku untuk melaksanakan tugas itu. Tiada pilihan. Sebab umi sudah menaikkan bendera kemalasannya.  

0 comments:

Post a Comment