Aku tidak dapat mencari jawapan pada teka-teki mistik mengenai Venezuela dan Melaka. Kalau ditanya persamaannya dengan Sabah, mungkin aku dapat menjawab bahawa keduanya berada di satu garisan khatulistiwa yang sama. Venezuela dan Melaka meski berada pada garisan lurus, tapi Melaka berada pada kedudukan sedikit ke bawah, hanya dipisah beberapa darjah. Suatu hal yang pasti, kalau Venezuela ditebuk dari bawah, terowongnya pasti akan membuat kita sampai terus ke Melaka. Tapi apa kaitannya? Kenapa mesti menebuk terowong sedangkan laluan darat dan udara kan ada....(?)
Aku terus menggali informasi lain yang mungkin boleh membawaku hampir kepada jawapan. Apa yang aku ketahui ialah Venu adalah negara yang pernah melalui reformasi menentang Kapitalisme. Sementara Melaka pula (kalau diambil dari zaman Kesultanan dulu-dulu), adalah pengamal Kapitalis. Still, aku tak menemukan perkaitan.
Kawan halimunan aku cakap, cuba tengok hantunya...mana tau sama? Tapi apa bezanya? Hantu di mana-mana pun sama. Kalau di barat ada Drakula, kita ada pontianak. Dua-dua pun penghisap darah. Lainlah balan-balan....
Akhirnya aku pasrah dan tak mampu menjawab teka-teki mistik yang dihantar melalui mimpi berkali-kali ini dalam tempoh 6 tahun. Mungkin sebaiknya kubiarkan saja meski ia agak menganggu kerana sudah terlalu kerap berulang seakan memaksa aku untuk ikut-ikutan berfikir. Aku tak mampu pula mencari pentakwil mimpi sejati sehebat Nabi Yusuf a.s. Atau mana-mana manusia yang mewarisi ilmu itu darinya. Mungkin juga Adi W. Gunawo benar bahawa segalanya adalah berasal dari pemikiran bawah sedarku. Wait....bawah sedar? Aku tidak pernah punya apa-apa impian tentang Venu. Aku tak pernah tengok telenovela dorang pun walaupun sekitar tahun 2000, negara kita dilanda wabak ni. Sangat sedikit yang aku ketahui tentang Venu. Sama juga seperti Melaka yang baru sekali bahkan tak sampai sehari aku kunjungi seumur hidupku.
Well....mungkin ini juga bakal jadi X-Files.
1 comments:
kawan saya cakap, wajah org venu mcm org nusantara. yela dari segi warna kulit, bentuk wajah. cuma bentuk fizikal dorg lebih kepada org barat
Post a Comment