Saturday, November 2, 2013 | By: Luna Biru

Ke mana hilangnya potasium?

Pagi tadi Mizan mengadu kakinya sakit dan terlalu lemah untuk berjalan. Satu2nya kebimbangan yang ada di kepalaku saat itu adalah jangkitan penyakit polio yang selalu kutakuti terjadi.
Jadi Mizan pun kami kejarkan ke hospital Papar. Malangnya prasarana yang kurang menyebabkan Mizan terpaksa menerima rawatan lanjut ke SMC Likas...

Kini, setelah beberapa jam berlalu, setelah entah berapa ribu titik air garam masuk ke saluran darah Mizan yang kecil dan sempit, kami masih terus menunggu keputusan darahnya. Diagnosis awal menunjukkan dia kehilangan potasium. Punca belum diketahui.
Kemana hilangnya potasium dari tubuhnya, mungkin bakal kekal misteri. Apa yang pasti, kehilangan itu akn berakibat sangat fatal kerana Mizan mungkin akan kehilangan keaktifan kakinya dalam tempoh yang kekal. Dalam kata lain, dia akan lumpuh.

Aku tahu aku akan tabah hadapi ini, kerana itu Tuhan mengujiku. Tapi aku berharap agar Tuhan cuma sekadar bercanda dan sekejap lagi, keputusan menunjukkan bahawa Mizan takkan apa2. Dia cuma sakit manja, minta perhatian dan cengeng.

Mungkinkah?

0 comments:

Post a Comment