Waktu mula-mula nak kahwin dulu, abah ada tanya; "Betulkah nak kahwin ni? Tak menyesal ke, kau tu kan muda lagi? Perangai pun malas, masak pun tak pandai. Esok lusa kau nak kasi laki kau makan apa? Kau yakin ke yang lelaki pilihan kau ni memang pilihan terakhir kau? Kau yakin ke dia ni boleh menjadi imam kau? Wali anak-anak kau? Kau kena ingat, lepas ni kau tu dah bergelar isteri orang, tak ada chance lagi kau nak tukar-tukar boyfriend macam dulu-dulu. Ikatan kali ni, kekal. Perjanjian yang bersaksikan Alah. Kau jangan main-main, Cil..."
Wah...panjang benar soalan abah. Berpusu-pusu, berlambak-lambak terus depan mata aku. Waktu tu aku cuma diam saja. Yalah...habis tu nak jawab apa? Kalau tak pandai masak, boleh belajar. Sementara nak belajar, makan kat kedailah. Esok lusa kalau dah pandai, bolehlah makan di rumah. Soal lelaki pilihan yang terakhir tu, memang susahlah nak dijawab, sebab tiada jawapan pun untuk itu. Mana aku tahu juga kalau dia ni boleh jadi imam ke tak. Kalau tak pandai pun, abah kan imam kampung, bolehlah ajarkan dia. Ala...orang baru masuk Islam pun boleh diajar apakan lagi yang memang sedia Islam, kan? Lama-lama pandai lah tu...Aku positif saja. Namun, aku tahu ,abah sebenarnya cuba nak halang perkahwinan kami di usia yang sebegitu muda. Tapi memang dah gatal nak kahwin, akhirnya, kami pun diijabkabulkan juga...
Tahun demi tahun, nampaknya aku mula silap. Aku cuba rajin, tapi memang dah azali aku ni pemalas, jadi rumah pun asyik bersepah saja. Kalau datang mood aku nak mengemas, barulah aku kemas. Kalau tak, biarlah dulu, bukannya kain tu menangis pun. Suamiku pula, memang tak biasa nak belajar-belajar agama ni, jadi memang jarang nak pimpim2 jemaah solat. Kami pun jadi masing-masing...
Tapi sekarang, Alhamdulillah...segalanya sudah berubah. Aku dah pandai masak, dah pandai kemas rumah. Cuma perangai aku yang ikut mood tu sajalah yang masih kekal. Suami aku pun dah banyak belajar agama dari abah. Sekarang kami semua sudah solat jemaah maghrib dan Isyak sama-sama. Sementara tunggu masa isyak, kami mengaji sama-sama. Suami aku pun nak khatam quran hujung tahun ni, bersama anak-anak. Insya Allah...
Apapun, pengajarannya, didikan agama dalam membina sebuah keluarga itu penting, kerana ia memberi kita ruang sabar yang luas. Keikhlasan menerima kelemahan seseorang dan tabah membawanya untuk berubah, merupakan satu ciri asas yang menyemarakkan hubungan rumahtangga. Terus-terang, kami tidaklah sebahagia ini dulu. Kalau dulu, hati tak tenang dan tetap sebab pilarnya goyah. Namun, akhirnya, bila kita kembali semula ke basic, kita akan tahu, bahawa semua jawapannya ada di situ. Kepada suamiku yang tercinta, terima kasih sebab menerimaku seadanya, sabar dengan panas baranku dan rela bersama-sama membangunkan diri kita. Terima kasih juga pada abah dan Umi yang banyak bersabar dengan perangai kami yang kebudak-budakan ni. To abang...Cinta kitalah Ras Anugerahnya. Amin...
Kembalikan aku ke laut
Pages
Cari di sini
IKLAN
Followers
Ikuti di Facebook
Labels
- badai banyu biru (1)
- Bola baling (9)
- cerpen (13)
- Cuti-Cuti Malaysiaku (92)
- Diary Bisnes aku (4)
- Diary Teacher Zue (299)
- Filem (45)
- hiburan (24)
- Hidup aku (247)
- info kesihatan (15)
- KSP (6)
- lunabiru (1)
- makanan yum yum (16)
- malangang (8)
- My Family (204)
- My Journal (39)
- My photography shot (18)
- Novel (8)
- Papar (12)
- Papar event (1)
- Persahabatan (67)
- puisi (95)
- rambling 2021 (1)
- sekadar renungan (61)
Total Pageviews
Popular Posts
-
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1 1. GELANGGANG PERMAINAN 1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 ...
-
Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. Sumandak @ Tondu adalah bahas...
-
MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANG GOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN. Kelmarin sekolah kami dikunjun...
-
"Hidup jangan menongkat langit, kelak tongkatmu patah, baru kau tahu langit tinggi rendah. Baru kau tahu apa rasanya hidup dihempap la...
-
Tanpa ulasan. Sebab aku dah penat nak berfikir untuk menghurai kenapa kurasa filem ini sangat berbaloi. Tanpa menurut urutan tahun kerana a...
-
Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak har...
-
Inilah dia homestay Mak Usu aku yang terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu. Kalau korang berpeluang untuk ke sini dan tiada penginapan, bol...
-
Kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi di Taman Pertanian, Tenom, Sabah. Taman ini terletak di Kg. Lagud Seberang, Tenom sejauh 1...
-
21 Dis 2011 (Rabu) Hari ke 7 Hari ni hari terakhir kunjungan kami di Tawau. Lepas ni kami akan bergerak ke Semporna pula untuk meneruskan ...
-
Kepada penggemar siri cerita seram, tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton aksi drama yang menggegarkan bola roma ini. Ia aka...
Powered by Blogger.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- Luna Biru
- Cari aku di neverland saat sang peri dan Peter Pan berterbangan di langgit jingga menuju ke bulan. Cari senyumku di bibir pantai saat senja nampak sempurna menanti mentari ungu hitam. Tunggu warkahku yang kutitip di botol kaca menuju hatimu, mengetuk mimpimu.
Blog Archive
-
▼
2011
(577)
-
▼
March
(32)
- GT128 Modenas
- Attending CELEBRATING LIFE CONCERT 2011 anjuran be...
- Abah is killing me with his new hobby.
- My best friend is annoying...always!
- PROGRAM PEMUAFAKATAN IBUBAPA SK.SURATI PAPAR SESI ...
- escape lagi...!
- Kisah petani dan keldai
- My birthday gift
- Pembebasan selama 3 tahun! - delayed entry
- Small gathering in Secret Recipe
- Bila hati salah-delayed entry
- Happy Birthday To Me!
- Music is a soul mate
- Ladies outting day
- Suamiku...
- Persahabatan II
- Aku cikgu kampung
- Transformasiku...
- Biarlah masa yang menentukan
- Mesyuarat Penataran Standard Prestasi Pentaksiran ...
- Hikayat Merong Mahawangsa...The watching day...
- Anak, permata hati...
- Kasih Umi...
- Umi...
- MBSB is annoying!
- PIERS OFFICIAL LAUNCH 2011
- Reunion SJS 94 & Majlis Perpisahan
- RPH PSV KSSR Tahun 1 (1)
- Mesyuarat Pentaksiran PSV KSSR Tahun 1
- Connie Husny
- Kursus PIERS yang WAJIB
- Aku buat silap lagi.....!
-
▼
March
(32)
0 comments:
Post a Comment