Wednesday, March 23, 2011 | By: Luna Biru

Kisah petani dan keldai

This is my friend, Sabastian Cosmas. We called him Rambo Dusun because he has a tough body like Rambo. Since we just met last year, so I can simply say that we are not really close friends. But I knew that he is always there for me whenever I need him, especially when am sad or am in trouble. He is a kind of friend that we can depends on.

Pesal pulak aku cakap english ni? huhu...
Nak dijadikan cerita, oneday, aku berhadapan dengan satu dilemma yang berkaitan dengan masalah pengurusan yang mana ketika itu, aku adalah ketua pada pasukan kerja tersebut. Bukan senang jadi ketua, korang tahu juga kan? Setiap keputusan yang kita ambil selalu menjadi pertikaian. Buat begini orang komplen, buat begitu pun kena komplen juga. Memang susah nak puaskan hati orang, apalagi mereka yang memang jenis manusia yang susah nak bergembira dengan keputusan orang lain. So, waktu aku menghadapi situasi ni, aku pun jadi kalut jugalah. Yalah...aku ingatkan aku dah buat yang terbaik untuk kebaikan semua pihak, tahu-tahu masih juga ada yang tak puas hati dan hentam kita. Sedih jugakan? 

So, my friend, Rambo came to me and tried to motivate me with his simple story. He started his tutored with this sentencs;
"Kenapa kau mesti ambil kisah apa yang orang kata? Kau fikir, bila kau ubah keputusan kau, orang akan berdiamkah? Orang akan cari lagi titik kelemahan kau yang lain dan orang akan terus hentam kau. Kau tahukah kisah petani dan keldainya?"

Korang tahu tak apa kisahnya?
Ha...jom kita share kisahnya di sini. Semoga ianya menjadi pengajaran untuk kita bersama, ya!

Kisahnya bermula bila petani ni nak ke pekan untuk menjual keldainya. Dia mengajak anaknya yang kecil untuk ikut bersamanya.  Kerana sayangkan anaknya yang masih kecil, petani ni suruhlah anaknya duduk di atas keldai sementara dia pula berjalan kaki. 

Dalam perjalanan ke pekan, mereka melalui banyak kampung.

Ketika melalui kampung pertama, dia mendengar orang kampung mengumpat tentang dirinya; "Apalah punya budak. Tak tahu malu...dia siok-siok nak keldai bapa dia yang tua pulak jalan kaki,"
So, di atas keprihatinannya pada cemuhan orang, petani tu pun segera turunkan anaknya dan menyuruhnya berjalan kaki. Petani tu pulak naik ke atas keldai. 

Bila sampai di kampung kedua pulak, dia dengar lagi cemuhan orang; "Apalah punya bapa, dia siok-siok naik keldai, anak dia yang kecik pulak dia suruh jalan kaki. Tidak guna betul punya bapa,"
Sekali lagi, atas keprihatinannya, akhirnya si petani itu membawa anaknya naik bersama-sama di atas keldai tersebut. 

Sesampainya di kampung yang ketiga, sekali lagi keputusannya untuk naik keldai berdua dengan anaknya menjadi buah mulut orang; "Apalah punya orang, sudah pun tahu keldai tu nda kuat, dia mau juga naik sama-sama anak dia. Biarlah ba anak dia saja yang naik. Bodoh betul punya orang,"
(?) Petani pun merasa pelik. Lalu, untuk memuaskan hati orang, dia pun turun dari keldai bersama anaknya. Mereka meneruskan perjalanan sambil berjalan kaki sahaja.

Lalu bila sampai ke kampung yang keempat, keputusannya ini tetap menjadi buah mulut. Kata orang kampung; "Apalah punya orang. Bagus-bagus ada keldai  tapi jalan kaki. Kalau ia pun, suruh la ba anak dia saja yang naik. Itu pun tidak dapat mau fikir ka?"
Huhu...petani ni makin bingung dan kalut. Apa yang perlu dilakukannya untuk puaskan hati semua orang? Dia pun mengambil keputusan untuk memikul saja keldainya. Haha...ini kalilah!

Akhirnya dia pun sampai ke kampung yang terakhir. Kali ni, sudah tentulah keputusannya untuk memikul keldai tersebut menjadi bahan cercaan orang. Semua pun pakat-pakat cakap dia bodoh. Yalah...tak ke bodoh namanya pikul keldai. Tak pernah-pernah dibuat oleh orang. Hihi...inilah kesnya pasal nak jaga hati orang,kan?

Lepas tu, korang rasa apa pulak petani ni buat untuk puaskan hati orang? 

Akhirnya, sebelum sampai ke pekan, dia menghumbankan keldainya itu ke dalam sungai. "Bikin susah saja ini keldai. Buat itu salah, buat ini salah. Semua pun salah. Bagus lagi tidak payah ada keldai," Begitulah kata si petani. Padahal, selepas menyebrangi sungai tersebut, dia akan sampai ke pekan. Padahal, kalaulah dia tak peduli sangat apa kata-kata orang, sudah tentu sekarang ni dia sudah duduk senang-lenang menikmati hasil jualan keldainya. Mungkin sekarang ni anak dia boleh main PS2 di rumah. 

Tapi, itulah hakikatnya kehidupan. Sesungguhnya, manusia itu tidak akan pernah puas dengan apa yang dikecapinya dan tidak akan pernah puas dengan kejayaan orang lain. Mungkin petani ni patut sedar bahawa orang-orang kampung tu sebenarnya jeles ngan dia sebab dia nak jual keldai. Jual keldai bermakna dapat duit, dapat duit boleh pulak beli macam-macam. Pasal tu lah dorang asyik nak kenakan dia sebab dorang tiada keldai nak dijual. 

So, apa pendapat korang tentang cerita ni?

Not this donkey, ya! Hihi...

Thanks to my friend Bas for sharing this story. It means a lot to me. Peace. 

0 comments:

Post a Comment