Pertama sekali, tahniah diucapkan kepada pengarah muda Yusry Abdul Halim dan krunya yang berjaya menghasilkan sebuah filem epik yang begitu mengujakan. Kehadiran idea baru dan segar seperti ini amat diperlukan di negara kita demi membawa industri filem kita ke persada dunia. Kisah kepahlawanan Merong Mahawangsa yang sudah pupus dalam ingatan, akhirnya dikembalikan semula dalam bentuk yang epik yang segar. Bangga juga bila akhirnya Malaysia mampu melahirkan filem epik sehebat ini. Satu percubaan yang begitu berani dan berkesan.
Namun, secara peribadi, banyak sebenarnya yang agak mengecewakan hati saya ketika selesai menonton filem ini semalam. Rasanya saya belum mahu pulang sungguhpun lampu sudah dihidupkan. Saya mengharapkan sesuatu yang lebih. Kepuasan menonton seperti tidak dapat dihidupkan dalam hati saya.
Saya tidak akan mempersoalkan kehebatan teknik CGI kerana itu bukan bidang saya.
Saya juga tidak akan mempersoalkan kehebatan lakonan pelakon-pelakon handalan yang diketengahkan kerana mutu lakonan mereka inilah sebenarnya yang menghidupkan cerita ini. Suara Stephen Rahman begitu jantan dan menyakinkan menjadikan lakonannya lengkap dengan sebuah pakej yang mahal.
Saya bukanlah pengulas filem professional. Namun, hakikatnya, menonton filem ini seperti makan kari tanpa garam. Pedasnya ada tapi masinnya tawar sekali. Ada banyak adegan yang kurang halus dari segi seni penceritaannya,menjadikannya kurang dramatik. Banyak adegan yang seharusnya diberi penekanan terbiar begitu sahaja tanpa satu momentum yang perlu dipegang lebih lama. Seharusnya pengarah perlu 'hold' sesuatu 'moment' itu agar lebih meninggalkan kesan kepada penonton.
Contohnya dalam babak terakhir pengorbanan Merong demi menyelamatkan puaknya dari kekejaman Geruda; seharusnya adegan ini dipegang lebih lama agar kesannya lebih dramatik dan menyentuh perasaan. Saya berharap pada waktu Merong menikam dirinya sendiri itu, suasana perlu ditepukan seketika dan penonton perlu dibawa lebih jauh dalam menghayati adegan tersebut. Ia menjadikan saya terbanding pada kehebatan watak Embun dalam filem Embun arahan Erma Fatima. Moment itu masih saya rasakan hingga kini berbanding pengorbanan Merong yang begitu sekejap berlalu. Serangan kemudiannya boleh diteruskan begitu Merong jatuh ke tanah dengan semangat juang yang lebih membara. Namun, dalam filem ini, adegan tersebut terlalu cepat perginya.
Bahkan, ketika babak kembali semula kepada narrator iaitu Sultan Muzaffar Syah (iaitu adegan akhir dalam filem ini), moment ini juga begitu mudah berlalu. Seharusnya pada ketika ini, kamera perlu lebih fokus kepada close-up wajah Sultan tersebut yang sedang merenung lautan dengan wajah bangga menjadi keturunan Merong. Namun adegan hanya diakhiri dengan perjalannya keluar dari istana dan menuju ke halaman. Ketika ini fokus diberikan kepada CGI kapal layar yang kemudiannya direnggut secara tiba-tiba sebelum sempat dihayati lebih mendalam lagi. Ada banyak lagi adegan seperti ini sebenarnya,namun, malas juga saya nak menaip panjang lebar.
Satu-satunya adegan yang membuat saya meremang bola roma adalah apabila Merong memberi semangat dan amanat terakhirnya sebelum melakukan serangan pada puak Geruda. Kehebatan lakonan teater Stephen Rahman Hughes terserlah dengan pernuh berkesan dalam babak ini. Inilah yang saya maksudkan sebagai 'holding the best moment' in a one short dramatic period. Kesan bunyi yang dimasukkan dalam adegan ini mampu mengalirkan satu elemen patriotik dalam diri penonton. Malah, ekspresi wajah Jehan Miskin ketika itu, sunggupun hanya sesaat banyak membantu meningkatkan mood juang dalam adegan ini.
Rasanya pengarah terlalu cuba memadatkan beberapa kisah di dalam satu filem yang berkisar selama 150minit itu. Ia menjadikan filem ini agak kelam-kabut dan terlalu cepat bergerak sehingga kadang-kadang kita tertinggal moment-moment penting yang diceritakan secara narrator. Sekali lagi saya terbanding dengan filem Forrest Gump lakonan Tom Hanks. Saya begitu kagum dengan susun atur cerita tersebut yang menjadikan kita mampu menghayati setiap pergerakan time lap dan pengembangan isi cerita.
Apapun, saya tetap tabik spring pada Yusry. Saya bukanlah mempertikaikan segala usahanya. Hanya memberi pandangan peribadi dari sudut pandangan saya yang agak rabun ini. KRUstudios adalah himpunan manusia yang mengkagumkan. Betapa saya juga ingin sekali bekerja di bawah mereka sekiranya diberi peluang untuk itu walaupun sekadar tukang bancuh air. Tahniah juga diberikan kepada penggunaan bahasa sastera yang begitu mempesonakan. Sudah lama benar bahasa-bahasa sebegini tidak menjadi pilihan pada industri perfileman.
Dan sesungguhnya, jika diberi bandingan antara filem ini dan Magika, saya beri lima bintang penuh untuk Magika dari segi garapan cerita dan seni. Mungkin ini yang membezakan daya fikir Yusry dan Edry.
Pada anda yang belum menonton, jomlah beramai-ramai memeriahkan filem kita. Support our film industry! It is a great movie,ever!
http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=408035198919306652&postID=7400197076407677972
Kembalikan aku ke laut
Pages
Cari di sini
IKLAN
Followers
Ikuti di Facebook
Labels
- badai banyu biru (1)
- Bola baling (9)
- cerpen (13)
- Cuti-Cuti Malaysiaku (92)
- Diary Bisnes aku (4)
- Diary Teacher Zue (299)
- Filem (45)
- hiburan (24)
- Hidup aku (247)
- info kesihatan (15)
- KSP (6)
- lunabiru (1)
- makanan yum yum (16)
- malangang (8)
- My Family (204)
- My Journal (39)
- My photography shot (18)
- Novel (8)
- Papar (12)
- Papar event (1)
- Persahabatan (67)
- puisi (95)
- rambling 2021 (1)
- sekadar renungan (61)
Total Pageviews
Popular Posts
-
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1 1. GELANGGANG PERMAINAN 1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 ...
-
Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. Sumandak @ Tondu adalah bahas...
-
MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANG GOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN. Kelmarin sekolah kami dikunjun...
-
"Hidup jangan menongkat langit, kelak tongkatmu patah, baru kau tahu langit tinggi rendah. Baru kau tahu apa rasanya hidup dihempap la...
-
Tanpa ulasan. Sebab aku dah penat nak berfikir untuk menghurai kenapa kurasa filem ini sangat berbaloi. Tanpa menurut urutan tahun kerana a...
-
Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak har...
-
Inilah dia homestay Mak Usu aku yang terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu. Kalau korang berpeluang untuk ke sini dan tiada penginapan, bol...
-
Kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi di Taman Pertanian, Tenom, Sabah. Taman ini terletak di Kg. Lagud Seberang, Tenom sejauh 1...
-
21 Dis 2011 (Rabu) Hari ke 7 Hari ni hari terakhir kunjungan kami di Tawau. Lepas ni kami akan bergerak ke Semporna pula untuk meneruskan ...
-
Kepada penggemar siri cerita seram, tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton aksi drama yang menggegarkan bola roma ini. Ia aka...
Powered by Blogger.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- Luna Biru
- Cari aku di neverland saat sang peri dan Peter Pan berterbangan di langgit jingga menuju ke bulan. Cari senyumku di bibir pantai saat senja nampak sempurna menanti mentari ungu hitam. Tunggu warkahku yang kutitip di botol kaca menuju hatimu, mengetuk mimpimu.
Blog Archive
-
▼
2011
(577)
-
▼
March
(32)
- GT128 Modenas
- Attending CELEBRATING LIFE CONCERT 2011 anjuran be...
- Abah is killing me with his new hobby.
- My best friend is annoying...always!
- PROGRAM PEMUAFAKATAN IBUBAPA SK.SURATI PAPAR SESI ...
- escape lagi...!
- Kisah petani dan keldai
- My birthday gift
- Pembebasan selama 3 tahun! - delayed entry
- Small gathering in Secret Recipe
- Bila hati salah-delayed entry
- Happy Birthday To Me!
- Music is a soul mate
- Ladies outting day
- Suamiku...
- Persahabatan II
- Aku cikgu kampung
- Transformasiku...
- Biarlah masa yang menentukan
- Mesyuarat Penataran Standard Prestasi Pentaksiran ...
- Hikayat Merong Mahawangsa...The watching day...
- Anak, permata hati...
- Kasih Umi...
- Umi...
- MBSB is annoying!
- PIERS OFFICIAL LAUNCH 2011
- Reunion SJS 94 & Majlis Perpisahan
- RPH PSV KSSR Tahun 1 (1)
- Mesyuarat Pentaksiran PSV KSSR Tahun 1
- Connie Husny
- Kursus PIERS yang WAJIB
- Aku buat silap lagi.....!
-
▼
March
(32)
0 comments:
Post a Comment