Friday, March 11, 2011 | By: Luna Biru

Transformasiku...

Seorang sahabat lama ada memberi pandangan tentang blogku. Katanya bahasa yang aku gunakan terlalu direct dan melulu. Tercenung juga aku seketika. Pas tu aku tanya, "ko baca label mana satu?" Katanya dia tak tahu. Well, kalau dia kata tak tahu, ertinya dia bukanlah follower blogku yang aktif. Mungkin cuma sekali-sekala saja berkunjung. Yalah...masing-masing pun busykan? Takkanlah nak jadi kerja dorang pula nak ikut blog aku ni sepanjang masa.
Tapi, maaflah. Aku rasa komen tu agak prejudis juga sifatnya. Confirm dia cuma baca label My Journal. Yalah...dah nama pun journal, takkanlah nak guna bahasa skema pulakkan? Kalau nak baca yang skema, silalah berkunjung ke label Pendidikan, Novel, Diary Teacher Zue atau lawatlah ke blog lain yang dibawah management aku yang lebih professional. Aku bukanlah tidak dapat menerima komen, apalagi kalau komen tu dibuat untuk membangunkan diri aku sendiri. Tapi, biarlah melalui satu penilaian yang adil dan logik. Contohnya, waktu Xifu Fairus komen pasal penggunaan warna blog yang agak suram dan lay out yang agak panjang; aku terima dengan terbuka dan terus minta ajar dia cara memperbaiki mutu blog. Itu satu contoh komen yang membina dan tidak prejudis.

Ada juga seorang lagi sahabat lama yang memberi komplen pasal setiap kontent yang aku sampaikan. Ada saja yang tak kena pada pandangannya, yang bagi aku lebih berpihak pada kepuasannya sebagai pembaca semata-mata. Kadang-kadang, aku rasa dia seolah mahu menentukan apa yang perlu dan tidak perlu aku catatkan dalam My Journal. Namun bagi aku, selagi entry yang aku tampilkan tidak sensitif dan menyentuh soal maruah peribadi seseorang, kenapa mesti diperbesarkan? Kenapa aku mesti ditentukan batas-batas tertentu, apa yang boleh, apa yang tidak boleh, sedangkan aku hanyalah mencatatkan sebahagian lakaran kehidupanku dalam bentuk yang sudah cukup rapi tapisannya. Setakat ini rasanya aku tidak menyentuh sensitiviti peribadi mana-mana pihak.

Kedua sahabatku ini, ada persamaan dari segi sejarahnya dalam kehidupanku. Mungkin mereka punya alasan tersendiri untuk melakukannya. Yalah...aku dulu pun bukan macam ni,kan? Tapi, manusia itu boleh berubah sifat dan pengembangan intelektualitinya sesuai dengan peredaran masa. Terimalah transformasiku...

2 comments:

{ RinDiana Ali } said...

bagi aku nada masalah bahasa dan olahan ayatmu...aku hanya nampak bahasa yg santai dan bersahaja.. itu lah sebenar2 dan sebaik bahasa yg sesuai bagi setiap 0luahan perasaan kita sebenarnya...

dah namanya pun BLOG ARTIFAK DALAM BOTOL..."Setiap kisahku akan kuhanyutkan ke lautan" ...kira macam diari lah..kita boleh atur ayat apa sahaj yg kita mahu...selagi kita rasa itu logik dalam pandangan minda empunya kisah..bagiku,lagi bagus dr sikap berpurapura dalam mengatur ayat...

aku suka baca setiap baris ayat mu dalam blog ni...
sebab kadang2 aku jadi terfikir "apa yg kita boleh taakulkan dan tafsirkan sesuatu itu, mungkin x sama dengan kebolehan taakulan dan tafsiran org lain"...ku rasa, kita boleh belajar kelebihan dan kekurangan dari situ...

antah eih..byk ckp pulak..wallahu a'lam..hehe

Luna Biru said...

wah...thanks Rin. Ini yang paling positif aku pernah terima. Thanks again. Luv.

Post a Comment