What should I say 'bout this concert?
Segulung tahniah wajar diberikan kepada pasukan kerja SMK St.Joseph Papar dan PIBG yang begitu komited menganjurkan Life Concert 2011. Konsert ini bermula tepat pada masanya iaitu pada jam 7.30 malam dan berlangsung selama 3 jam setengah. Konsert ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana dan sekaligus mengetengahkan bakat pelajar ke peringkat yang sepatutnya. Konsert turut dihadiri oleh dif-dif terhormat (maaf, tak dapek la den nak ingat nama-namanya ya...) yang memberikan sokongan padu terhadap kejayaan konsert ini. Apa yang menariknya pada konsert kali ini ialah ia menampilkan beberapa artis jemputan dari Sabah seperti Felix Agus dan Clarice serta persembahan magic yang menghiburkan.
Hmmm...Memang susah nak dapat sekolah yang aktif dan ekslusif macam ni. Rasa bangga betul pernah jadi warganya dulu. Kalaulah zaman kami ada pengetua sehebat Miss Getrude Joak, pasti generasi kami hari ini terisi dengan minda yang lebih kreatif dan produktif. Untung betul budak-budak sekarang ni,kan? Huhu...
Tahniah juga patut diberikan pada AJK pentas yang mampu menampilkan stage present seperti di konsert yang grand, walaupun bajet kecik. Tema warna purple tu memang ngam walaupun terkantoi dengan baju Clarice. Kesian Clarice...tapi bila tengok balik, macam konsert zaman Noraniza Idris pulak kan? hihi...
Dari sudut logistik pula iaitu dari segi persiapan dewan dan kawalan disiplin serta keselamatan memang boleh kasi lima bintang. Terima kasih pada anggota Rela yang mampu memberikan komitment yang padu. Secara keseluruhannya, kalau sasaran utama konsert ini untuk mengumpul dana dan mengetengahkan bakat pelajar, rasanya St.Joseph sudah mencapai matlamat itu. Sekali lagi tahniah diucapkan.
Itu, sasaran SJS. Macamana pula dengan sasaran penonton seperti kami yang sudah membayar harga tiket yang begitu tinggi semata-mata untuk menonton sesuatu yang bernama konsert? Sekeping tiket berharga RM30, RM20 dan RM5 (untuk pelajar SJS saja). So, orang macam kami ni kenalah beli tiket RM20. Mahal ooo...macam nak masuk tengok konsert AF pulak. Kami sekeluarga pergi sudah 7 orang, bermakna RM140. Huyoo...mahal tu....tapi sebab nak support SJS, pergi jugalah. Lagipun, persembahan SJS tahun lepas memang boom habis dengan Earth Konsert-nya.
Tapi, alangkah malangnya SJS kerana telah memberikan satu penanda aras yang begitu tinggi pada Earth Concert yang lepas. Jika nak diberikan sebuah kadar banding dengan konsert malam ni, aku rasa macam langit dengan bumi. Aku masih rasa lagi kehebatan persembahan malam tu. Hebat! Memang hebat! Tak cukup mulut aku nak puji. Tapi untuk konsert malam ni, rasanya macam minum kopi tiada gula. Betul, persembahan artis dan pelajar mantap dan bertenaga,suara pun power gila. Tetapi mungkin bukan itu yang kami sebagai penonton harapkan. Kami seperti mahukan sesuatu yang lebih....lebih mengenyangkan jiwa kami yang dahagakan erti konsert. Kami mahukan sesuatu yang lebih bernilai untuk harga tiket RM20.
Bermula dari persembahan pembukaan yang menampilkan peredaran zaman dan masa mengikut muzik dan journal lagu. Ini idea biasa, yang membuatnya luar biasa adalah garapan kareografernya. Tapi rasanya untuk konsert ni, biasa-biasa sajalah. Tarian pun tak mantap macam tak cukup latihan. Lagi satu, pemilihan lagu pun tak berapa sesuai. Aku rasa lagi bagus kalau peredaran itu berlandaskan pada perubahan muzik di tanah air kita sendiri. Lagi terasa feelnya.
Pemilihan lagu dari adik Presley juga menjadikan konsert ini kurang berkesan sungguhpun disampaikan dengan penuh jiwa. Adik Presley merupakan juara kebangsaan bintang kecil dan pernah bergandingan dengan penyanyi terkenal Jamal Abdillah. Maka seharusnya dia memilih sebuah lagu yang lebih mantap dan menyengat yang membawanya ke tahap itu. Tetapi alangkah malangnya lagu yang dipilih adalah lebih sesuai dinyanyikan pada konsert hari Kemerdekaan. Tercengang juga kami di belakang tadi. Hmmm...takkan pihak penganjur tak tertengok benda kecik cam ni?
Aku rasa part yang paling best dalam konsert ni (yang memberikan santapan jiwa) adalah persembahan magician. Memang menghiburkan. Aku juga suka pada persembahan lagu Miley Siries, The Climb. Kemunculan DJ Harold pun seakan tidak dapat menaikkan seri konsert tersebut. Floor manager dan DJ pula seakan tidak bersatu menyebabkan banyak acara tersangkut-sangkut. Sepatutnya floor manager kena pastikan artis sudah bersedia ke belum sebelum dipanggil keluar. Ini tidak, main belasah panggil saja asalkan ikut tentatif. Kalaulah waktu ni floor manager ambil tindakan, perkara ni takkan berlaku. DJ Harold pulak bukan professional sangat, susah dia nak sembunyikan kecacatan majlis yang mula kelam-kabut tu. Untung kami kat bawah tengok punggung pelajar dan cikgu lama-lama sementara tunggu dorang bersedia. Huhu...aku cubit juga laki aku.
Namun kemunculan Felix Agus yang pada saat akhir berjaya menceriakan majlis. Felix menyanyikan dua buah lagu diselangi dengan game show bersama peminat. Felix mampu menambat hati penonton dengan kelucuannya. Sebelum tirai ditutup, persembahan deklamasi sajak yang menyampaikan mesej tersirat tentang ketuhanan. Hmmm.....frankly aku dah agak dah mesej ni akan keluar. (?) Tak nak komenlah...Akhir sekali, tirai persembahan ditutup dengan lagu You Raise Me Up, gandingan guru-guru, pelajar dan artis jemputan. Part ni sepatutnya memberikan impak yang berkesan. Namun, sekali lagi ia gagal menembusi hati dan jantung kami. Entah di mana silapnya....
Adalah diingatkan bahawa kehebatan sesuatu konsert itu bukan bergantung kepada artis atau nyanyiannya semata-mata. Rasanya kalau Datuk Siti tidak mempunyai stage present yang bagus dan hanya mengharapkan vokal semata-mata, beliau tidaklah dipanggil ke Royal Albert Hall untuk membuat konsertkan? Penceritaan dan perjalanan kareografer sesuatu konsert itu lebih penting dan perlu lebih ditekankan.
Hmmm...panjang juga komen aku ni. Bukan apa, rasa macam tak berbaloi ba...huhu...nasiblah tolong kakak aku, kalau tak...huhu...
Sekitar konsert...(sori, kualiti gambar tak bagus, duduk jauh...)
Pelajar St. Joseph |
Magician |
Ni lagu favorite aku ni. Hancus.... |
Banyak g kerusi kosong |
memang mantapla suara Tan. Tapi, kenapa klon? |
Ni part paling best! |
Felix Agus |
Game show. Peserta perempuan tak sporting la... |
best persembahan budak-budak ni |
2 comments:
persembahan mantap, tapi hos kurang menyerlah dan suasana konsert kurang menyengat. Kalau konsert ni 1st time ok gak, but ini the 4th time... got to do something SJS, mcm floor/stage management takda jak... Overall, it was GREAT. Kalau bukan pasal donation, RM20 tu mcm tak berbaloi...
Tu la pasal...kalau setakat mau dengar persembahan yang mantap, bagus beli kaset jak. Ni konsert ba...we want some thrill.
Post a Comment